Dec 2, 2013

Pengalaman melakukan ECV aka pusing bayi

Jumaat lepas adalah rutin checkup yang biasa.
Balik Ipoh dari kampung sebab dah aemk cuti dan memang berniat nak bersalin sini.

Dr Raoofah mulakan pemeriksaan mcm biasa,dia nak check kepala baby dekat bawah tapi xjumpa.
Buat scanning,tengok2 kaki duk bawah dan kepala duk atas.
Erti kata medical, dalam posisi breech. Breech yg mcm mana mama tak sempat perasan.

Dengan tenangny Dr Raofah cakap "saya nak pusing baby ni,sakit cakap ye"
Terasa baby berpusing tapi Alhamdulillah langsung tak rasa sakit.
Dengan izin Allah atas bantuan doktor yang pakar.
Mata mama masa tu tak yah cakap laa.dah bergenang risau baby terusan breech. 

Lepas wat ECV (external cephalic version) ,kena buat CTG, dalam 20minit ada 3kali contraction.
Dr nak wat VE tapi mama riso. Dr macam nak suro admit. Tapi dia ubah fikiran cakap if sakit terus datang.
Pemeriksaan seterusnya adalah Jumaat ni. Lamanyaaa rasa.
Hari ni mama rasa macam nak pi check kedudukan kepala baby.
Risaunya hanya Allah yang tahu.

Rupanya, ruang rahim yang luas membolehkan baby masih berpusing walaupun memasuki 37minngu.
Adik baby ni boleh tahan,dah 3kg .

Semoga Allah mudahkan urusan bersalin mama dan adik baby remain cephalic until his birth.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen supaya diri ini rasa lebih dihargai .. hehehe :) Terima kasih