Dec 20, 2013

Setiap anak berbeza kelahirannya -- pengalaman bersalin kali ke3

Mengandung kali ni, masuk je 36w mama dah cuak.
Takut2 adik keluar awal macam abang.
Mengandung kali ni juga mama selalu solat sambil duduk.
Senak sangat perut.
Kali terakhir mama scan adik sebelum pi kursus di Perlis, masa tu 34w--
Kepala adik kat bawah. OK la
Sepanjang 2 minggu mama kursus, memang nampak sarat sangat.
Lepas tu ada beberapa kali mama asek angin je.
Abes kursus,mama masuk ofis baru seminggu.
Jumaat 30/11 mama balik Ipoh, jumpa dr mama, 
Scan,xnampak kepala kat bawah.
Rupanya adik berpusing. Tu yang dr terus pusingkan adik tu.
Sabtu
Ahad
Isnin - mama amek AL
Selasa --
Pagi tu, bawak Tok pergi Hospital Pantai Puteri,Ipoh. Cek telinga Tok.
mama ingat nak jumpa dengan Dr.Mimin, nak scan tengok kepala adik sambil amek MC.
Kehkeh
Tapi.. Dr Mimin ada kat labor room pulak.
Balik rumah dulu, pegi jumpa aunty Adah dekat PUO
Pukul 3 keluar semula.
Pergi shaklee.
Pergi Klinik Dr Raoofah dekat Silibin.

Lepas daftar apa semua. Mama tunggu jela.
Lepas tu pembantu doktor cam mama sebab dah datang.
Terus dr suruh buat CTG tanpa masuk jumpa dulu.
20 minit buat CTG, rupanya contraction dah kuat. Tapi mama biasa je.
Nurse cakap "2 in 10"
Dr Raoofah buat VE(cek bukaan), dia cakap dah 3-4 cm.
Dia suruh admit terus, hehe .. Memang induce lagi la kali ni.
Mama minta nak balik n janji nak datang jam 9
Nasib petang tu makcik dah sampai,
Boleh tolong jagakan abang dan kakak.
Pukul 10baru mama ngan abah kuar. Siap singgah makan dekat dengan klinik lagi
Masa tengah makan rs contraction yang kuat.
Pukul11 malam baru admit. Dalam wad,xsakit sangat pun.
Esoknya...

Lepas mandi dalam pukul9 macam tu, SN SALINA bawa masuk LR.
Lepas proses2 semua, masukkkan induce dalam drip apa semua.
Dr raoofah naik, dia cakap dalam pukul11 bersalin la ni
Mama cakap,ha pukul 11?lamanyaaaa.sebab mama takut sakit comtraction kuat.
Dalam masa tu,ada kot 2-3 kali Sn Salina tambahkan dos induce tu, pitocin kot ye. Kata k.fae
Contraction walaupun dah kerap rasa sakit gitu2 je.
Tak sama sakit dia macam mama bersalin kakak dulu.
Kali ni rasa sangat mild je. Alhamdulillah.
Tiapkali sakit datang, mama baca doa Nabi Yunus je dengan rabbi yassir ..
Dalam masa menunggu tu, air ketuban masih keluar.
Sangat banyak,patutla kali ni perut besar Ya ampunnnn.
Dalam pukul 1120 camtu kot. Mama panggil nurse yang leka berborak cakap nak terberak.
Sempat depa cek bukaan,masa tu dah 8cm dan air ketuban masih keluar.
Kemudia dr naik, terus teran,rasa ada benda dh kat bawah.
Alhamdulillah,sekali teran terus keluar. -- sebelum masuk LR mama sempat sapu VCO dekat perineum.
Semasa proses menunggu nak bersalin,minum air selusuh dan air zamzam.
Alhamdulillah dalm 3kali teran adik berjaya dilahirkan tepat jam 11.29pagi.
Luka mama pun tak banyak, 3jarum saje.

Mama dan abah percaya,ada hikmahnya walaupun kali ni kena induce.
Takde apa induce tu.
Mama sempat tanya pada Sn yang 30tahun berkhidmat di GH.
Goverment tak induce sebab tak cukup bed dan staff nak handle patient. 
Legaaa.takpe laaa.
Yang penting masa mama bersalin, ada makcik dan abang2 sepupu jaga dan layan abang dan kakak di rumah.

Alhamdulillah -- 
Harini precious no3 mama dah berusia 16hari

Dec 18, 2013

Nak update

Tapi malas.
Adoi.
Banyak benda tak sempat setel sebelum beranak haritu.
Rumah tak siap kemas.
Barang tak siap packing.
Urusan KWSP -- tadi gagah juga.haha
Urusan streamyx -- pindah talian telefon.

Terima kasih IPOH -- PUO untuk tiga tahun ini.
Dapat "precious"no 3 pada tahun ke 3 di Ipoh.
Genap 3 tahun jadi penjawat awam -- pendidik.
Balik semula ke kampung setelah 15tahun merantau.

Semoga masa yang ada,
Masa yang dipinjamkan oleh Allah dapat memberi bakti kepada mak, mak dan ayah suami (tak suka nak sebut mak mertua atau mak ayah suami sebenarnya).

Semoga Allah mudahkan semuanya
Semoga cepat dapat sesuaikan diri dengan suasana kerja baru
Semoga gigih siapkan MASTER IN COMPUTER NETWORKING

Dec 10, 2013

Precious no three


Sejam selepas dilahirkan
11.29pagi
3.42kg
Lelaki
O+
SVD
Permata Specialist (Klinik Dr.Raoofah), Silibin


Dec 2, 2013

Pengalaman melakukan ECV aka pusing bayi

Jumaat lepas adalah rutin checkup yang biasa.
Balik Ipoh dari kampung sebab dah aemk cuti dan memang berniat nak bersalin sini.

Dr Raoofah mulakan pemeriksaan mcm biasa,dia nak check kepala baby dekat bawah tapi xjumpa.
Buat scanning,tengok2 kaki duk bawah dan kepala duk atas.
Erti kata medical, dalam posisi breech. Breech yg mcm mana mama tak sempat perasan.

Dengan tenangny Dr Raofah cakap "saya nak pusing baby ni,sakit cakap ye"
Terasa baby berpusing tapi Alhamdulillah langsung tak rasa sakit.
Dengan izin Allah atas bantuan doktor yang pakar.
Mata mama masa tu tak yah cakap laa.dah bergenang risau baby terusan breech. 

Lepas wat ECV (external cephalic version) ,kena buat CTG, dalam 20minit ada 3kali contraction.
Dr nak wat VE tapi mama riso. Dr macam nak suro admit. Tapi dia ubah fikiran cakap if sakit terus datang.
Pemeriksaan seterusnya adalah Jumaat ni. Lamanyaaa rasa.
Hari ni mama rasa macam nak pi check kedudukan kepala baby.
Risaunya hanya Allah yang tahu.

Rupanya, ruang rahim yang luas membolehkan baby masih berpusing walaupun memasuki 37minngu.
Adik baby ni boleh tahan,dah 3kg .

Semoga Allah mudahkan urusan bersalin mama dan adik baby remain cephalic until his birth.

Nov 27, 2013

Mengisi Masa Lapang

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Datang ofis pun berhantar berambik
TQ mr hubby.
tak payah dah nak serabut dengan traffic lite yang banyak.hehehe
walaupun rasa macam sedikit jauh, setengah jam dah boleh sampai.

datang ofis pun takde buat apa sebabnya student belum masuk
dapat jadual pun tak boleh nak prepare apa sebab semuanya belum di email lagi

line internet pun tak berapa nak okay,
just datang amek feel nak kerja tempat baru.hahaha adoi

bila la adik baby nak bagi sign yang kuat ni
mama asek makan-sakit perut-berak dah ni..
jalan kadang2 dah rasa macam penguin
nak2 bila adik tengah mengeras. :D
semoga baik2 saja kamu kat dalam rahim mama.
tak sabar namun nebes tetap ada.

sekarang tanya kakak ada berapa adik
dia cakap 2.
mana?
satu akan tunjuk abang thaqif, satu lagi tunjuk perut mama
semoga anak2 mama dan abah membesar jadi anak2 yang bijak dan soleh solehah

♥dengan penuh kasih sayang♥

Nov 26, 2013

Bersiaran Kembali

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama kot xupdate
Dan masih belum bersalin ;)
Now bersiaran dari tempat kerja baru.. Kekeke
Contraction belum kuat sangat macam nak bersalin abang Thaqif dulu dan sekarang dah 36w 3-4d..
Hopefully sempat balik Ipoh; mama nak bersalin dengan Dr. Raoofah Mohamed Amir jugak :D

kiri : tempat keje lama kanan:tempat keja baru
persamaan: dedua hidung dah superkembangssss :P

♥dengan penuh kasih sayang♥

Oct 24, 2013

Rutin bulanan

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rasanya sedar period delay dalam bulan4@5 camtu.
Masa awal2 tu asek angin dan pedih ulu hati je.
Memang tak pernah macam tu. Pedih ulu atiselalu time pregnant je.
Lepas amek ubat di klinik, malam tu kot saje buat UPT test. sekali dabel line.hahaha
Kali ini overrr.. 3kali test. siap beli clear blue digital.hahaha. gatai


10/6 - buka buku di Ar Ridzuan dengan Dr Tun Khamsiah. Amek darah apa semua.
     - rupanya result O-ve. Masa abang Thaqif dulu, Dr Raoofah just amek record buku merah
8/7 - repeat semula amek darah sebab Dr Tun nak verify. Tunggu result la tu jugak n confirm O-ve
9/7 - Dr Tun call mintak datang untuk amek darah lagi, kali ni untuk ujian antibodi.
     - if dah ada antibodi, keberangkalian untuk efek kandungan seterusnya tu ada.
     - alhamdulillah, abang Thaqif takde sebarang masalah. Allah tu Maha Mengetahui.
     - Jika ibu berdarah -ve, anak kedua dan seterusnya yang mungkin ada kesan.
11/7 - awal2 mengandung memang selalu sakit kepala. harini buat keputusan jumpa gynae kesayangan.Dr Raoofah. dapat MC 2hari dan terus decide nak checkup di klinik Dr Raoofah di Silibin.
     - cerita dengan Dr pasal rhesus, dan minta opinion dia patut tak wat blood group test lagi.
     - maka decide buat test di BP lab pulak.
     - Jumaat tu buat test kat BP, sabtu dapat result dan sah adalah O-ve. Tiga kali kot buat test.
     - Canelah Klinik Kesihatan boleh tulis +ve masa mengandung Kakak Tisya dulu
     - Masa ni dah scan adik baby aka lil qaliph dah siap nampak gender dah. XY :)
2/8 - Masa checkup ni bawa result ujian antibodi, and alhamdulillah semua keputusan negatif
     - Dr Raoofah bitau, kena amek suntikan rhogum sebab dahtau O-ve takleh amek mudah.
     - Selalunya 3 dos akan diberikan depends pada practice health centre tersebut.
     - Suntikan akan dibuat pada 28w.33w dan lepas bersalin
30/8 - Checkup biasa, scan. Baby dah berada pada kedudukan cephalic (kepala di bawah)
27/9 - Rutin biasa juga. Dr mintak prepare untuk Rhogum injection on next week.
       - After dia bagitau kos, terus tanya boleh ke nak amek kat gomen. (better saving utk delivery nanti)
      - Immediately dia call SN di KK Gunung Rapat, dan RHogum hanya ada di GH.
      - Dapat referal letter to GH Ipoh. Pegi GH dapat appointment.
9/10 - Dapatkan suntikan Rhogum di GH, xperlu jumpa pakar pun sebab nak inject je kan.
      - Alhamdulillah dapat HO perempuan chinese, muda lagi and lembut je dia buat kerja.
     - Suntik dekat montot. kekeke. sakittt. (selamat 1K++)
     - Terus dapat double dose ,xyah pi lagi dah dan terus continue checkup dgn Dr.Raoofah
23/10 - Sepatutnya appointment 25/10. tp pegi awal sbb other half cuti. malas nak drive jejauh
       - Kepala baby tinggi lagi. still in cephalic position.
       - Cerita dengan dr pasal nak pergi kursus 10/11-20/11 di Kangar. Dan masa tu dah 35w.
      - Mula2 dia cakap takpe boleh lagi sebab 23/11 tu baru genap 36w.
      - Dia tanya sebelum ni macam mana?
      - Bitau je abg Thaqif lahir on his 36w3d in mama's womb, Dr Raoofah macam dah riso.
      - Kalau saya bagi surat,tak boleh ke tangguh kursus? Saya dah tolak 3kali dah dr.
*Mudahan adik baby bagi mama peluang pergi kursus.
13/11 - Next checkup, rasanya kena pergi awal juga. Sebab 10/11 dah start kursus

Tolong doakan saya ye semua :)
Nervous tetap ada walaupun anak ketiga.
Baru selesai beli barang sambut orang baru.
Barang mama belum lagi.


♥dengan penuh kasih sayang♥

Oct 19, 2013

Oh my hospital bag

Now i'm enterring the 32w of preganancy.
Nothing has been prepared.
Just bought the new born diapers only.
Oh.. One pair of baby's sleepsuit.

My 1st daughter born when she was 38w in my womb.
While her younger brother was born on his 36w 3d in my womb.
Fuuuhhh..
Is it possible if this lil qaliph also wants to be born earlier??
My colleague just made me super nervous yesterday..
Hehehe

Whatever it is.
My continuous asessment marks for students just settled.
I will try to get momentum for my dissertation before get busy with the final exam paper marking.

Rabbi yassir wala tu'asir rabbi tamim bil khair.

Oct 16, 2013

Salam Aidil Adha

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setiap pengorbanan dengan keikhlasan pasti akan ada kemanisannya.
Cewah.
Apa pun, yang penting, semoga pengorbanan kita diterima dan diredhai Allah.

Cerita raya kami macam biasa, tiada yang terlalu manis.
Akhirnya, balik juga kampung,
Dalam pada hubby xberapa sihat..Balik juga tengah hari ahad tu.
Dan malam tadi terus balik Ipoh.
Bertolak jam 10malam,sampai 7pagi.
Dasattt kan...
Bukan hiway sesak...
Tapi aseklaaa berenti tido kat R&R..

Hari ni hubby ada interview.
If ada rezeki, ada laa..
Usaha dan tawakal.

Rasanya, kali ni patut raya belah hubby,
Tapi dia decide raya je kat rumah mak. Katanya kesian dekat mak.
Alhamdulillah, keluarga hubby terutamanya mak sangat tak berkira.
Siap datang anta laksa lagi untuk menantu yang sarat ni.
Padahal petang sebelum raya balik sana memang mak tak cadang pun nak buat laksa.
Sebab ingat kami tak balik.haha.
Memang dedua mak terkejut tengok kami balik.

Kat rumah mak, kakak n abang ipar bertungkus lumus masak lauk untuk nasi tomato.
Pagi raya, baru saya masak kan nasik.
Hahaha nasib jadiiiiii, Main agak ja bahan.
Janji licinnnn.

Lepas ni nak call pusat bersalin mahsuri.
mana la tau dapat pindah balik kampung.
Nak bersalin dengan doktor perempuan jugak.
Moga Allah mudahkan urusan kali ni.

Semua orang duk tego perut dah turun
Hospital bag pun xprepare lagi.
Adik baby asek mengeras ja...riso mama tau..
Please behave sayang.. Tunggu at least 36w dulu if nak kuar pun.
Now is entering 31w only.

♥dengan penuh kasih sayang♥

Oct 12, 2013

Rasa nak balik raya

Memula setuju je hubby nak raya kat Ipoh.
lepas tu bila kakcik balik, mula rasa nak balik.
Tapinyeee, dengan cuti xapply.
Dengan keje banyak.steresss makk
Tapi kalau balik pun,petang raya dah kena balik Ipoh,
Sebab keje exam xsiap lagi. Markah students pun xsiap lagi.
Now jam dah 1.25ptg, hubby and abang tido
Kakak pegi rumah opah.
Mama setel urusan rumahtangga.
Padahal online senanye. Kihkih

Balik ni nak singgah pusat rawatan mahsuri.
In case kena balik bersalin sana.
Tapi hubby gigih je nak bawak bersalin dengan dr raoofah.
Dia cakap, masa abang dulu boleh dari shah alam balik ipoh.kekeke.

Semoga Allah permudahkan semuanya.
I put all my trust in Allah.
And everything is done lillahi taala.
Allah knows best for us and HE is the best planner ever.

Kun fayakun




Oct 2, 2013

Pertukaran PPPT

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Sekadar untuk peringatan diri sendiri
Pertukaran sesi2/2013

 Ada rezeki ada la peluang balik kampung berbakti dengan mak sementara masih ada :)

♥dengan penuh kasih sayang♥

Sep 30, 2013

Memperkenalkan adik baby baru

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hihi..belum la lahir lagi..
Insyaallah lagi 2bulan :)

Rasa kakak dan abang tak pernah publish kat sini.
Alhamdulillah, checkup Jumaat lepas dan scan adik baby baru dah in cephalic position.
Means kepala dah ke bawah. Hopefully maintain di situ ye sayang.
Supposely by this week should have rhogum immunization. Tapi minta dengan Dr Raoofah nak refer GH.
So pegi la O&G clinic kat GH, as usual set up an appointment, hopefully next week terus dapat suntikan.
Macam biasa kena ikut prosedur yang sangat banyak tu..
Kenapa tak amek suntikan dekat private?
Sebab nak saving untuk bersalin. Kekeke..
Nanti jika rajin nak cerita pasal rhesus negative carrier.

Lepas dah confirm rhesus negative banyak pulak benda nak kena consider.
Hopefully mama dan next adik baby takde apa.
Adik baby yang ni, Insyaallah tade masalah.
Dan Alhamdulillah Abang pun takde masalah.
Semua kuasa Allah. Mama xminta untuk jadi 1 dalam 1000 (kalau tak silap)


Insyaallah adik baby dijangka lahir pada 22/12/2013.
Tapi naluri mama rasa awalllll je..
Sila behave ye adik..
Biar mama setel keje mama dulu supaya tak menyusahkan orang lain nanti :)

♥dengan penuh kasih sayang♥

Sep 27, 2013

To my dearest student


To my beloved studentsss.. 
Canela kamu semua jumpa ye?keke
Thanks for dropping by.
Dah baca tu simpan dalam hati je tau.
Belog ni dah lamaaaaa.
Sejak dari zaman frust bencinta. Haha menyampas dengan diri sendiri pun ada

Apa pun,tadi pegi checkup
Alhamdulillah, kepala adik baby dah kat bawah
Berat pun dalam 1.1kg.
Mama dah beratttt dah 64.5kg, orang tengok pun macam dah sarat sangat.
Legaaa tinggal 2minggu je lagi perkuliahan.
Adik sila behave sampai bulan 12 tau,,
Mama banyaaaaak kerja.
Mama nak buat writing.
Insyaallah tahun depan kita konvo.hahahaha 

Sep 26, 2013

Rindu anak-anak

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dekat 5hari abang demam.
Rasanya demam nak boleh jalan.sebabnya dia boleh jalan lebih dari 5langkah.

Kakak minggu ni ikut mood saja nak pi taska.
Kadang ok,Kadang nangis bila sampai.

Desktop background sekarang, both taken in january. Insyaallah next January will be added new one ;)
Kakak maintain debush, abang maintain slim. Adoiiii.. Nak pediasure ke nak oi..

Lagi xsabar nak checkup esok. Nak jengah adik baby lagi :)

♥dengan penuh kasih sayang♥

Sep 19, 2013

Sesuatu berlaku hari ini

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

la tahzan source
Dan rasa sangat sedih..
Dugaan waktu mengandung sangatlahhh hebat.
Lepastu masing-masing ego.
srob

♥dengan penuh kasih sayang♥

Sep 15, 2013

Semoga ada rezeki

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Demi mak, demi suami,
Dan sudah semestinya demi Allah.
Semoga dipermdahkan.
Semoga ada rezeki.
Semoga diberi peluang untuk berbakti dengan mak sementara masih ada.
Semoga Allah permudahkan.

♥dengan penuh kasih sayang♥

Sep 6, 2013

2 going 3

Dengan izin Allah; semua benda boleh berlaku.

Rasa macam ada dua EDD --
20/12/2013 & 22/12/2013

Beza 2 hari ja.
Tahun masih sama.
Kekeke. 
Beranak setahun sorang selama 3 tahun berturut-turut.
Alhamdulillah, rezeki.

Pengalaman bersalin sebelum ni, dedua awal dan induce.
Adakah kali ni boleh rasa natural birth?
Masih lagi dengan doctor feveret :-)
Nanti nak kena suntik rhogum pulak.
Kalau rajin nanti di update pasal rhogum -- 
Sebabnya saya adalah O-ve carrier.

Ada sesape yg O-ve dijemput tinggal komen. Kekeke
Senang nak cari blood donor nanti :-)

Semoga Allah permudahkan segala urusan dan yang paling penting mudah bersalin macam sebelum ni dan selamat semuanyaaa

Jul 28, 2013

Ramadhan Kareem

It has been 20th day of holy month of Ramadhan.
And more than a month since my last post.
Being so busy with my duties.
But the biggest thing is the laziness I guess.

Happy Ramadhan 1434h to all fellow frens and passer by.

Oh ya.
Allah is fulfilling my hope--
To get 3kids before 30 :)
Who are we to say no to HIS plan--
kan?
If Allah's will, this 'hafiz to be' will see  mama,abah,kakak and abang in the mid of Dec.

  

Jun 20, 2013

Usaha untuk memudahkan proses bersalin

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Banyak cara yang boleh kita usaha untuk memudahkan urusan bersalin.
Namun,apa cara yang kita usaha sekalipun, semua berlaku atas izin-Nya.
Entry ini sekadar perkongsian cara penggunaan akar fatimah.
Ni pun saya jumpa dengan blogwalking .
Pengalaman saya sendiri, untuk anak pertama saya hanya sempat minum seteguk
Namun masih Allah permudahkan urusan selepas diberi ubat tahan sakit dan induce.
Untuk anak kedua, minyak selusuh hanya sempat sapu dalam bilik bersalin
Bunga ni untuk anak kedua, tak sempat buat.
Sebagai rujukan diri sendiri juga.

Kredit kepada Puan Mardhiah dan saya hanya ambil comment beliau dari blog ini

♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 17, 2013

3tahun dan terus mengira

Tajuk tak sedap?
Okayyy
3years and counting.
Alhamdulillah,lepas zohor tadi,3tahun dulu,
Selamat menjadi isteri yang sah kepada suami.

Ulangtahun ke-3--
Sakit perut,pening kepala--
Semalam sekali saja makan nasik--
Terus berangin sampai muntah.
Harini cuti sakit.
Memang kali ketiga juga agak teruk.
Semoga terus dapat kekuatan.

Pahit manis sepanjang 3tahun tersimpan rapi.

3tahun dulu,
Majlis yang sangat biasa,
Walaupun ada kecik hati,namun berjalan lancar.
Terima kasih sangat dekat famili,sebab semua diuruskan.
Pengantin perempuan yang tak berada di rumah 2hari sebelum majlis.
Sebab,pergi temuduga jawatan kerja sekarang.
Ikut cakap abang long,pergi ja temuduga.
Urusan di rumah semua diurus oleh mak,kakak2,abang2 serta anak menakan.

Buat suami,
Terima kasih untuk 3tahun ini.
Saya rasa suami saya antara suami yang sangatttt penyabar.
Dari melayan kerenah isteri dan anak2.
Isteri yang sangat banyak kerenah.
Tambah lagi bila mengandung.

Kek ulangtahun--esok baru dapat.
Fuuh tak sabarnya nak makan kek pelangi.kekeke

Semoga rumahtangga yang dibina sentiasa dalam rahmat Allah dan dilimpahai kebahagiaan.
Semoga diserikan dengan anak2 yang menjadi penyejuk mata penawar duka.

Mama loves you babah.
Till death do us apart--



Jun 3, 2013

Rutin harian - pagipagi

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



♥dengan penuh kasih sayang♥





May 29, 2013

Penggunaan Walker-Beza Thaqif dan Tisya

Kakak Tisya 
Diperkenalkan dengan walker seawal usia 6bulan.
Rasanya perkembangan kakak agak lambat.
Usia 12bulan baru boleh berdiri.
Berjalan di usia 14bulan,tu pun lepas adik lahir.
Merangkak di usia hampir 12bulan.
Usia 12bulan dengan 4batang gigi.

Adik Thaqif
Diperkenalkan dengan walker hampir usia 8bulan.
Memasuki usia 9bulan dah boleh berdiri.
Merangkak masih belum tapi dah ada gaya cuma belum letak langkah.
Gigi dah 3batang pada usia memasuki 9bulan.

Okayyy..gigi mungkin tade kaitan dengan baby walker. Kekeke

Lepas ni boleh jadikan pengajaran untuk adik2 mereka yang seterusnya.
Ye,saya memang nak anak ramai. 6sekurangnya 😎

Sebenarnya,bagi saya,baby walker ada baik dan buruknya.
Untuk jangkasa masa yang pendek,okylah kott.
Letak sekejap masa mama nak buat kerja kan.
Yang bahayanya kemungkinan untuk anak2 terjatuh agak tinggi.

Boleh rujuk laman Dr.Zabidi dan Dr.Muna tentang baby walker.

Maafkan mama kakak.
Tapi kakak sekarang tak kurang hebatnya,petah dah berkata2 dan faham butir bicaranya.
Jagan bercakap pelat dengan anak2.
Keletah kakak sangat menghiburkan mamam dan babah.
Adik pun sama.
Tak sabar tunggu kakak dan adik main sama2. Walaupun kakak dah nampak potensi tamau berkongsi.hahahahha.bersiap sedia babah.iPad mama dh kena handover ke kakak. Adik satu.Mama nak iPhone 5 jeeeeeeeee

May 20, 2013

yeay hari jumaat ni cuti

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

monday blues lagi


harini kakak nangis2 takmau masuk taska.
apetah tak kena
adik okay je

gambar tade kaitan dengan entry

bila tah nak boleh abeskan baucar buku ni..
puan kema awak tak sihat lagi ke?hehe.

♥dengan penuh kasih sayang♥

May 3, 2013

banyak benda rasa / teringin nak buat

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Tapi satu pun tak terbuat
Yang duk terbayang2 ni rasa nak buat blog/web mengenai Shaklee dengan harapan boleh serius.
Tapi sekarang malam2 memang flat sangat rasa.
Supplement makan pun tak ikut aturan. Gi mana mau sukses ni.
Lepas tu nak mula sirius buat "writing", dan nak buat "method" lepas tu nak "testing"
Kekdahnyaaaa,saya adalah nak pakai jubah "double line" Mudah-mudahan tahun ni abes.
Sebabnya, target sebelum umo 35, dah nak sambung pHd,,, I is adore u Pn nurul akmal :P
source 


♥dengan penuh kasih sayang♥

Apr 25, 2013

really need a short a getaway

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
















jom~~~
boleh cebret beday mama n kakak.
agak2 buat surprise best kot ni :D
♥dengan penuh kasih sayang♥

Apr 3, 2013

Saya seteressssss

Kursus
PB students
Stok dah tak banyak

Pastu rasa menyampah apa tah.

Hari emo..kahkah

Mar 25, 2013

gedik dan geli .. sorry. haha

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

rasa nak feeling bercinta sikit.
bila bosan2, ni la cara kami bercinta. haha
perlu ke nak bitau ?? keke
saja nak simpan kenangan sendiri :P

♥dengan penuh kasih sayang♥

Mar 11, 2013

Wordless Wednesday

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
First meal adik


♥dengan penuh kasih sayang♥


Mar 8, 2013

maafkan mama,adik

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk catatan mama dan babah

Semalam (7/3/2013) mama bawak adik pergi klinik pakar kanak-kanak LIM di fair park. seronok tengok doktor ni sebab lembut je mukanya and soft spoken juga.

6/3/2013
mama ina call mama,bagitau najis ada darah.
tgh hari tu,tayar kete pancit. lambat mama amek adik haritu.
lepas amek adik dan kakak,terus pergi Ar-Ridzuan nak jumpa Dr.Hadrami,dr pun MC. mama ajak babah pergi Hospital Fatimah nak jumpa pakar disitu, pun dah tutup.

7/3/2013
pukul4 baru mama sempat amek adik pergi jumpa dr.lim di fair park
mama cerita kisah adik berak sehari 2-3 kali. tu adalah tak normal.
mama bitau adik minum frozen EBM, dr pesan tokleh simpan susu bersama stok bahan mentah.
mama cuai uruskan stok susu adik
maafkan mama.
mama risau.
mama hantar stool adik untuk buat stool culture. hopefully adik sentiasa dalam rahmat Allah.

Mama,Babah,Kakak sayang adik.

♥dengan penuh kasih sayang♥

Mar 6, 2013

officially become a student back

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Now, im in part 5 already.OMG.supposed to be finished within 3semesters.
Only 3among my 20++ classmates grade  on time.hee.
Already took for a special leave due to my maternity leave :)
Now I must proceed with my dissertation.
By hook or by crook the thesis must be completed within these two semesters
*lap2 peluh*

hopefully everything will be completed smoothly.

this week is among of the hectic weeks due to practical observation after 3days of medical leave due to diarrhea.
lots of things in my mind and nothing has finished yet.

wawwww entry in english kah?hahaha
♥dengan penuh kasih sayang♥

Feb 26, 2013

still counting

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

♥dengan penuh kasih sayang♥

Feb 25, 2013

Cherry berry ...

Sabtu haritu tinggal bertiga dengan anak2,babahnye p bekerja.
Kalut apa tah sampai tak makan, dengan kakak pun asek minum susu ja,siaan
Kakak pun dah 2hari cirit birit due to virus.
Mama pula rasanya sebab tak makan,tapi dari Jumaat malam lagi dah rasa nak demam.
Sebelum tu pegi makan dekat Station18.
Aseklaaaa makan kat luar.sian babah.
Sabtu,Ahad cherry berry.. Asek nk tekeluar je.
Ni tadi pi anto anak2, kinik tak buka lagi.
Balik makan dengan harapan perut lega.
Tapi takkkkkk
Masih lagi.
Tengah tunggu orang TM datang pasang phone line.
Lepas ni baru pi kinik.
Siksa lahaiii


Psst:dah test,tapi -ve :">

Feb 14, 2013

Keghairahan sekarang ...

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 source:googled

♥dengan penuh kasih sayang♥

Feb 6, 2013

BF jounery #hasil

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


♥dengan penuh kasih sayang♥

Feb 4, 2013

It was my bad :(

Adik jatuh katil malam tadi..maafkan mama
Ye..kami memang tidur berempat.
Jangan tanya kenapa tak tidurkan dalam katil bayi--
Sebab saya dan suami amalksn asuhan alami(natural parenting).
Mak cakap"anak kecil,ada malaikat jaga"
Alhamdulillah,adik xmuntah atau apa.
Maafkan mama ye dik;adik kena tough nanti nak jaga kakak;kan?


Note to self:adik meniarap di usia 4m2w

Jan 29, 2013

Nurul Batrisyia #18mo

Alhamdulillah,anak sulung mama dan babah dah genap 18bulan harini.
Macam2 perangai dah sekarang yang sangat menguji kesabaran.
Dengan nak main airnya
Dah mandi susah nak pakai diapers dan baju
Dah kenal jajan
Dah potpet mulut
Sangat manja
Sangat sayang adik
Mama Babah sayang kakak selamanya
Nanti jadi kakak yang baik ye;jaga mama dan babah,jaga adik2.
Semoga sentiasa menyenangkan hati semua orang.
Tak sabar tunggu kakak 2tahun--
Mama nak ajak babah pergi studio.hihi