Jun 30, 2012

Jun 29, 2012

Nurul Batrisyia-11bulan

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Setiap 29haribulan mesti mama tunggu dan kira usia kakak.
Harini genap 11bulan usia kakak. Alhamdulillah..
Tapi babah asek syasyul cakap kakak 9bulan lagi.. Ingat dara dia masih kecik lagi.
Macam2 akai dah sekarang.
Tdo pun buas. Mesti nak tido meniarap. Mesti nak ngendeng ngan babah.
Tade can mama nak manja2 ngan babah.hikhik.
Pagi tadi sebelum jam 5pagi lagi dah jaga.. Tapi nak nangis. Tepuk2 muka mama.muka babah..
Last2 tak layan.dia nangis..
Sampai pegi sekolah tak tidur.
Sampai je sekolah nangis2.. Tau dah tu ngantuk..
Harini ada besday party kawan sekolah kakak.
Insyaallah bulan depan mama buat untuk kakak. Tapi puasa la pulak.. Sian kakak2 pengasuh tu nanti:D
Tunggu lepas raya la kot..

Semoga kesayangan mama&babah terus membesar dengan sihat menjadi penyejuk mata penawar hati semua orang. Semoga kesayangan mama&babah sentiasa dilindungi Allah SWT

Mama&Babah sayang kakak ketat2.
♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 27, 2012

Impian bakal jadi kenyataan

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Insyaallah..sooner or later dapat la ni..
Terima kasih suami sebab bagi izin :D
Go for New Ipad kot.. aka Ipad3 :D
Tunggu noe review.
Dah tanya sorang kawan semalam. boleh buat JB eventhough ada sorng Ipong user cakap risky sikit buat benda tu.
Betul kata nisa memang certain apps nak download kena bayar. Android pun ada yang kena bayar.
Tunggu hadapi sendiri kalau impian menjadi kenyataan..

Tadi teman ciksomi tengok e46 tuuuuu..

♥dengan penuh kasih sayang♥

Wordless Wednesday

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kegiatan gigih Sabtu haritu. SERATAS sports day @Taiping

♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 26, 2012

Mari Makan Ubat

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ada pill box baru.
Maka tak perlu bawak botol2 ubat kulu kilir lagi :D


♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 25, 2012

Update Hujung Minggu Lepas~Nak jeruk nama PakAli ja

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hujung minggu lepas 16&17Jun2012
Pi Pulau Pinang, ziarah Tok Abah kakak yang jatuh motor tu.
Pastu masa nak pi rumah Pak Long kakak, pi round2 area balik pulau tu,
Jalan dia memang agak horror, siap tayar kena tembak dengan apa tah.sampai pecah tak boleh pakai terus.Nasib hari sabtu, babah tukar tayar spare yang halus mulus tu.
Kemudian pi kedai tayar terus tukar yang baru,Melayang RM180..
Kemudian balik rumah Pak Long kakak tido sana.
Eh sebelumtu pi pusing Bukit Bendera, Ingat nak ajak babah naik..Tapiiii..kakak laa..tidoq pulak..terus tak jadi.

Ahad:
Ingatkan pagi tu nak keluar awai.. Tapi babah cakap Pak long kakak pun nak ikut sekali
Sebab nak pi tengok tok abah lagi sekali.
Last2 pukul3 lebih baru keluar,,mana nak pi rumah sedara babah lagi,,,Mama okay lagi,
Sebab babah dah janji nak lalu Teluk Bahang..Mama nak cari jeruk
Pi la rumah sedara tu.. Kat Balik Pulau jugak...
Masa nak balik tu dah lalu jalan menghala Teluk Bahang, tapi Pak Long kakak cakap lalu jalan tu nanti lmbat smpi hospital sebabnya Tok ABah dah nak transfer balik Hospital Kangar..
Takpelaaa
Mama cakap dengan Babah nak jugak cari jeruk
Babah boleh cakap "Nak jugak ka?"
Ha....sentap la mama... Terus tak cakap rasa nak nangis semua ada.
Sampai hospital boleh pi nangis.hahaha.. babah siap mintak maaf.mama cuma cakap "Lenkali jangan berjanji"
dah la sedih tak dapat naik Bukit Bendera. Last naik 16tahun yang lalu.. :'(
Sampai hospital ,Tok Abah dah gerak pun dengan ambulan.tak sempat jumpa..
Kemudian babah ajak pusing Batu Feringghi.. rupanya babah nak carikan jeruk.. Tapi tak jumpa
Pusing georgetown pulak.cari bazar chowrasta.tak jumpa jugak. Last2 jumpa jeruk Pak Ali dekat dengan KOMTAR,tapi dengan sedihnya dah tutup...
Masa pusing2 tu bersalahnye la rasa dekat babah..bazir 2jam pusing pulau cari jeruk
Sampai babah nak ajak pi beli jeruk Pak Ali minggu ni..tapi mama tak la kejam sangat nak dera babah sampai lagu tu..hehehe..
Baru tau babah sayang mama..bukan dia xnak usaha apa mama nak =)
Jeruk nak jeruk Pak Ali je..ngada2 pulak rasa kali ni..
Maafkan mama, babah... <3
♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 21, 2012

6 Sebab Beruntungnya perempuan mempunyai rahim

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..
6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….
Alhamdulillah,diberi izin olehNya untuk mengandung lagi.
Semoga kelahiran kali ini dipermudahkan juga.


♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 20, 2012

bz beeeee

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Baru lega selesai satu konvensyen KIK(Kumpulan Inovasi Kreatif) salah satu kriteria kenaikan pangkat dalam gomen.
Lepas ni ada training student untuk PKM(Pertandingan Kemahiran Malaysia)
Jumaat ada perhimpunan bulanan.
Celah mana nak buat asiment ni..Dah la JAVA yang xpaham (errkkk..taip blog post sempat pulak)

pastu balik rumah serabut tengok rumah semak.bila tah nak kemas2..
hujung minggu je berjalannnn
minggu ni insyaallah tak..
tapi encik suami kesayangan kerja separuh hari pulak.memang tade semangat =p
lepas tu sekarang ni dah takdak stok barang mentah..
asek atuq kedai ja makan..
sian adik baby dan kakak..
haih...
suami pulak bila ajak beli barang masak..asek tanya larat ke masak..hee
sape kata suami tak sayang..

nanti nak cerita kes merajuk p penang tak dapat jeruk.jeruk nak jeruk Pak Ali jeeee ..ngada2 lorh mama neh...

seronok sekarang kalau sms, sebut mama-babah ..
iluvutilldeath suami
♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 17, 2012

17Jun2010-17Jun2012 - 2years and counting

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah... sudah menjangkau 2tahun usia perkahwinan..
Kebetulan 17Jun2012 bersamaan 27Rejab1433h, Israk Mikraj
Macam biasa tade apa yang istimewa
Tade pun tukar-tukar hadiah bagai..
Tapi ada hadiah istimewa...
Cik baby is on the way... Lagiiiii
Tahun lepas, giliran kakak
Tahun ni, giliran adik..
Tahun depan? agak2...adik ada lagi tak? heee

Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga akhir hayat.

Mama sayang babah banyak2..
Walaupun suka merajuk. membebel. marah2.
Tapi babah menten sabar.. Ilebiu bang..


♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 15, 2012

Kakak oh Kakak

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tiba-tiba teringat nak menaip..
Nanti mana tahu masa depan boleh intai2 semula apa yang ditulis..
Setiap pagi macam biasa lepas babah siapkan semua barang mama dan kakak masuk kereta, mama akan salam babah..cium tangan
Lepas tu..mama dan babah akan siomsiom laaaa :">
Tadi pagi, salam dan siom2 sambil babah dukung kakak.
Terkebil2 kakak tengok..Lepas babah siom kakak baru dia sengih2.
Sekarang sungguh pandai merap babah..MEsti babah kena dukung dulu..
Lepas babah pi keja,, mama memang xleh buat apa laa
pagi ni pakai t-shirt menyusu dengan kain hitam je.. =P

Kakak sekarang sudah pandai:
1)  lambai tangan bila sebut "bye-bye"
2) masa melambai tangan tu..kerasnye lahaai.. sekarang dah okay sikit
3) pegang botol sendri
4) lepas minum, dengan bangganya akan campak botol ituu..
5) jalan dengan walker laju2, lepas tu capai apa saje yang nampak
6) campak barang2 bila bagi main
7) xnak pakai baju... ;susahnyeee nak pakaikan diapers, baju, seluar
8) milih makan; nasi lembik dah tak berapa mau
9) nak makan; sibuk nak makan bila mama dan babah makan

Mama dan babah sayang kakak lillahitaala,
Sama2 tunggu adik baby dengan sabar 

♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 14, 2012

Checkup 23w6d

Esok baru 24w of baby dalam womb mama.
Still tiny, dengan berat 654gm saje
Sangat behave adik baby ni
Tadi tengah intai pun duk lena kot
Letak tangan kat muka.. Comeellll
Normal je Dr Raoofah cakap dia tak rasa dia gerak sangat,sebab organ masih kecil
Tak rasa dia gerak tak bermakna dia tak gerak okay mama ;)
Alhamdulillah berat mama pun tak naik banyak sangat,. baru 64.2kg. Checkup lepas 61.8kg..
Harapnya tak kembang macam masa mengandungkan kakak..
Adik baby sangat behave, bila mama usap baru dia bagi tanda dia ada.. dia akan gerak2.
Babah as usual, sentiasa cool walau mama kalut semesta alam.. Aiyaaa

Mama tetap eksaited tunngu kamu
Dengan takut nak beranak sekali pun ada.

Amalan Semasa mengandung

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Antara surah-surah yang boleh dijadikan amalan sepanjang tempoh kehamilan...
Semoga mendapat manfaat untuk ibu,ayah dan baby..
Bukan ibu saje kena amalkan,ayah sekali..
Insyaallah

♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 12, 2012

Syokknya balik kampung

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Cuti walaupun tak banyak, amek jugak untuk balik tengok mak ayah kat kg :D 
Ajak mak datang Ipoh, tak boleh nak datang lagi, sebabnya rumah dekat kampung nak salin bumbung baru, balik haritu ribut kuat, tercabut selai dua bumbung,
So  mak amek keputusan untuk salin semua sebab en .suami sajes camtu.hehe
Insyaallah awal Julai nak bawak mai Ipoh..
Aktiviti dekat kampung macam biasa, ulang alik rumah mak, kat Tok Kepak, dengan rumah mak ayah dekat Pida 3.
Yang penting jumlah bermalam tu adil .hehe. Semua encik suami aturkan.saya ikutin sajeee

Alhamdulillah, dapat balik makan bihun sup dekat Kuala Perlis,
Mempelam harum manis je tak dapat rasa sebab tak sempat nak pi masa pi anta barang Kak Fae.
Padahal dah dekat sangat dah, tengok2 jam dah jam12,Dekat nak waktu solat Jumaat dah.
Sebelum balik, ahad tu, Mak Pida 3 buat laksa... (lagiiiii) tau2 je anak menantu hantu laksa.
Mak Tok Kepak pulak buat lepat pisang. (feveret mama tisya everrrr)
Alhamdulillah
Bertolak balik Ipoh lepas maghrib dah
Selamat sampai jam 130pg.. sian babah

♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 6, 2012

Terimakasih cik penyengat

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebab minat jari kaki saya yang gemuk.hehe
Kalut kakak ofis nak kuarkan sesungut dia. Pastu tak sampai 5minit dah bengkak
SMS suami, terus suh pi kelinik amek injection
Mula2 bantah jugak tak pela apa semua
Last2 pi jugak sebab selalu kalau bantah cakp suami mesti ada something xkena..
Pi la round,TC, Ampang semua kinik doktor tade.
Rasa nak marah..
SMS suami lepas kat beliau.
Maafkan mama babah, mama tak sengaja.. heee
Last2 jumpa satu kinik dekat ngan Pekan Razaki..
Amekla injection.. so nanti tak payah dh injek utk kancing gigi.
anak kedua sekali je injek
anak sulung 2kali.. legaaaa
kena la rm55 :D
terima kasih cik penyengat ataupun tebuan tu.sampai sekarang sakit
hukhuk..

tak sabarnya nak balik sorga doniaaaaa
balik tampung laaa

♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 5, 2012

Kakak demam lagi

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Baru lepas bawak kakak jumpa paed, Dr.Kuldeep Singh kat Pantai Hospital Ipoh.
Paed feveret kakak kat Ar-ridzuan ptg ni baru ada..lambat sangat
Macam biasa, kalau jumpa Dr.Kuldeep, mesti kakak nangis.
Babah cakap sebab dr tu xle baca bismillah.hehe
Kakak demam 37.5..takberapa tinggi tapi masih demam sebab 37.
Esok kalau tak baik juga, mama je la mc.Siann pi tinggal kakak kat nurseri. Haih..
Nak boleh apa pulak la ucuk acam mama tuu.
Semalam bagi makan ubat, tak bukak kipas, xpakai baju. Babah rajin jelum kepala kakak.
Semoga kesayangan mama dan babah ni baik2 saja



♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 4, 2012

Apa yang paling hampir dengan kita?

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Suami? Isteri? Anak? Ibu bapa? Keluarga?
Semua itu memang paling hampir dengan kita.
Namun yang paling hampir dengan kita adalah..
MATI
Sebab itu adalah janji Allah yang takkan berganjak hatta sesaat. Kerana, kehidupan di dunia bukanlah satu pengakhiran, tetapi satu persinggahan sementara untuk kita mencari bekalan bagi menuju kehidupan akhirat yang abadi.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah Ali Imran, 185) 

♥dengan penuh kasih sayang♥

Sebulan sekali demam

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebulan sekali pasti kakak demam. tapi ni rasa belum cukup lagi ni sebulan.
Haih..cuti mama pun dah tak banyak..ada 9hari je lagi. Nasib tahun ni mama beranak lagi.hikhik
Tadi jam 4pagi dah bagi ubat. Dah pesan dekat kakak pengasuh tisya, suruh bagi lagi sekali
Nanti tengah hari mama pi tengok kakak.. Kalau demam lagi, mama bawak kakak jumpa dr. Hadrami ye dekat Ar-Ridzuan.. Paed feveret kakak :)
Haih.. nak boleh apa pulak la bulan ni.. agaknyaa nak berjalan kot :D
Gigi atas baru nak keluar lagi satuuuu...


♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 1, 2012

Kahwin kahwin ---> Kematoes kawinnnnn

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tahun ni pun banyak jemputan kahwin.
Hari ini, sorang lagi kawan baik saya (read:BFF) bakal mengakhiri zaman bujang.
Beliau ialah kawan makan nandos saya. kawan sedorm zaman matrix, kawan sebilik zaman u
Beliau yang ajar saya makan nandos. Kami selalu makan nandos di the Mines (ayat karangan x)
Alhamdulillah, dia pun dah lalu zaman bercinta,putus cinta, dan mengakhiri dengan orang yang tak disangka sebabnya, perkahwinan yang rasa macam tiba2. hehehe. sama macam apa saya rasa bila nak kawin dengan encik somi :D

dear kema, semoga berbahagia hingga akhir hayat, selamat melalui pahit-manis alam rumahtangga.
After maghrib 1Jun2012, insyaallah kema akan jadi isteri orang dah.
lepas ni xleh nak curi ajak pi ronggeng lagi daaaaah.
SELAMAT PENGANTIN BARU IN ADVANCED


♥dengan penuh kasih sayang♥

Makanan Tambahan

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Day 1
Breakfast
HL Choc Shake
Nasi Putih+Ayam Paprik+Sayur
Plain water 500ml
B-Complex Shaklee
Kalsium
* salah menu ni.. patutnya breakfast tu hanya Shake sajeee :D

Baru nak start consume HL semula..
Baru 2-3hari lepas timbul kesedaran
Sebabnya nak bersedia untuk puasa supaya tak letih dan dapat tenaga optima
Nak2 masa puasa nanti kelas mesti padat.
Nak disiplin minum susu dan makan vitaminsssss

Semoga anak mama di dalam rahim sihat sentiasa
Semoga mama dapat susukan adik baby sepenuhnya macam kakak Tisya untuk sekurangnya 6bulan pertama
Semoga kakak mahu sambung balik menyusu dengan mama.

Mama dan babah love you both

♥dengan penuh kasih sayang♥