Dec 20, 2015

Merancang kewangan

🏆 🏆TIPS DARI
: ) DR AZIZAN OSMAN   

👑 Merancang kewangan kita sebelum terlewat.
.
💥Waktu Pagi:
❎Jgn Withdraw Duit Dari Atm
❎ Jgn Byr Loan
❎Jgn Byr Hutang
.
🎈Pagi adalah Utk Kita:
🎉 Sedeqah
🎉Jemput Rezeki Melalui Dhuha
🎉 Berzikir Dan Selawat
.
💰Semua untung bersih@gaji bersih mesti diagihkan ke dlm 6 TABUNG
.
👉 Tabung NEC 55%
Singkatan kpd neccesity @ keperluan.
Semua perbelanjaan rumah, byr sewa, kete, bil.,amik dr tabung NEC ni
.
👉Tabung FFA 10%
Financial Freedom Account. 
Saving tetap kita. Jgn guna langsung utk tempoh yg pjg.,cth 10 thn. 
Option simpanan utk FFA - 
1. Unit trust 
2. ASB
3. Fixed deposit
4. Tabung Haji
5. Beli gold
6. Simpan dlm tabung kt rumah.
Yg penting kita dh start create passive income utk masa depan kita.
.
👉 Tabung LTSS 10%
Long term saving for spending.
Simpanan jangka masa pjg utk dibelanjakan.
Cth. Kumpul utk beli hp, deposit kete.,dll
.
👉Tabung FUN (PLAY) 10%
Duit dr tabung ni br boleh guna utk joli, blanja mkn, reward diri
.
👉Tabung EDU 10%
Tabung pendidikan.
Utk siapa?
Utk anak?
Diri sendiri mcm pi motivasi ke coaching ke
Yee...utk diri sendiri. Sbb yg nk kaya dan berjaya tu kita.
Duit tu guna tuk gi seminar, beli buku dll
Lps ni x de alasan x de duit nk blanja utk tambah ilmu. Korban skit tuk dpt yg lebih besar
Ank akn ada bhgn dia bila kita dah berjaya nnti
Kita slalu pikir ank je...tp x pernah pikir nk majukan diri sendiri dulu
.
👉Tabung 5% CHARITY
Yang ni yg paling penting. Gunakan utk sedekah dan derma
Wajib ada
Tabung kebajikan
Tabung tu kita guna tuk bantu org lain
INGAT💥💥
Kita jgn jd perompak kpd bisnes kita sendiri!
.
...besarkan kapasiti tabung anda..supaya kita boleh masukkan lebih byk rezeki...

Untuk mengelakkan Kebocoran Wang ..
Kita perlu menjadi MONEY MAGNET...
Dengan Kata Lain Duit Yang Berkat...
.
Banykkan sedekah dan mengeluarkan zakat pendapatan
.
kebocoran berlaku sbb duit tu bkn hak kita sebenarnya. Byk faktor yg jd penyebbnya
Ada duit je adalah masalah dtg, kete rosak, ank sakit dll...
Bermakna duit kurang berkat..,selalu berlaku pd ramai org...
Lps ni check blik diri kita.

❤Hubungan dgn manusia, ibubapa, suami, ank2
Ada dendam sesiapa
Ada x maafkan org..
Ada sakitkan hati org
Pikir semula.
.
Mohon maaf dan memaafkan org adalah perkara yg terbaik.

💙❤💗✌🏻️😊

Nov 17, 2015

Testing

Masih rasa tak okay 😂
hahaha penuh skrin kalau tgk di hp :P
muka tak siap

Nov 16, 2015

Telefon hampir penuh

Terus transfer ke i flash drive
Ni lah masalah bila beli telefon yang hanya ada internal storage
Tapi 32GB kotttt


Nov 9, 2015

Semester baru

Baru draft untuk semester baru starts on 30november
Semput mak tengok hari senin tu😭
Kena berubah banyak ni 💪💪

Sep 14, 2015

Melepaskan sendu di blog :P

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Waa..dah lama mengabaikan blog sejak post terakhir pada 1Julai2015.
Tapi yang sedihnya berat masih belum cecah angka 5..
Mak is stressssssss...
Niat nak diet tapi mengenangkan anak2 masih menyusui..terpaksa lupakan
Nak start balik dengan herbalife supaya dapat nutrisi tambahan
Semoga istiqamah
Now tengah istiqamah amalkan NonaRoguy
Bila tiaphari wajib ke tandas, Insyaallah boleh detox hari2... kikikiki

Baru lepas booking WhiteHouse Homestay @Ipoh
Homestay tiga tingkat depan rumah sewa Ipoh dulu.
Bagi kakak dan adik2 jumpa atok opah dan along dan baby Zara

Kali kedua untuk travel jejauh berenam
Moga anak2 semua behave well

♥dengan penuh kasih sayang♥

Jul 1, 2015

37hari lepas pantang

Betul ke berat mama dah macam ni
Dapat angka 5 syok nih.huhu
Berat baby zayyan 4.0kg masa hari 35



Jun 17, 2015

Selamat lima tahun

Ulangtahun ke lima
Terima kasih suami untuk segalanya
Susah senang sama sama
Terima kasih sebab bersabar terus dengan kerenah mama
Meroyan tak kira masa hahaha
Sentap ikut suka
Semoga terus bersusah senang bersama


Hadiah untuk diri sendiri dan suami 😁





Jun 16, 2015

Abang thaqif setahun sembilan bulan

Rasa nak update pasal anak nombor dua
Dia punya tantrum sekarang memang boleh tahan
Sampai abah tak sempat teman mama dalam labor room la masa bersalinkan iamno4
Ada beberapa words dari abang yang buat mama ngan abah gelak berdekahdekah

Piton - hospital
Angget - nugget
Aeroplane - polen
Ambulans - embelon
I like to move it (madagascar) - mubek mubek

Sekarang suka nyanyi lagi drama pukul tujuh tu tapi nyanyi tang "jauuuuh" lepas tu dia sambung la sendiri hahaha

Memang bikin mama potpet time dalam pantang ni
Suka tarik rambut kakak

Jun 3, 2015

Pengalaman bersalin kali ke -4 -edited

Entry yang panjang
Next entry akan cerita pasal Pusat Rawatan Mahsuri,Jitra

Alhamdulillah
Khalifah kecil dah berusia sembilan hari
Nama diberi Muhammad Tasnif Zayyan-pengarang yang cantik.

Sedikit catatan pengalaman untuk kenangan mama masa depan.hihi
Setiap anak berbeza pengalamannya.

Selasa minggu lepas,26/5/2015 rutin checkup dengan Dr Rohana di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra. Genap 38minggu.
Pagi tu hantar kakak pergi pasti.
Dalam pukul 9lebih baru sampai Jitra.
Dalam 10lebih dapat masuk jumpa Dr Rohana. Scan, alhamdulillah kepala masih di bawah.dah masuk laluan.
Dr cek bukaan masih lagi 3cm sejak hari Sabtu. Then Dr suruh buat ctg.
Pergila buat ctg di labor room.
Contraction dah ada tapi tak kuat.
Dr tengok2 dia kata jantung mcm drop.
Jam tu jugak Dr suruh admit. Tapi minta nak admit petang sebab nak pi Sg. Petani. Dr cakap jgn lewat sangat nanti saya balik 😂
Maka pergilah kami bertiga ke sg petani. Mama abah dan abg thaqif.
Balik ke Jitra semula sampai di Pusat Rawatan Mahsuri jam 4.40
Sempat sembahyang asar dan hajat. Tak tau nape takut sangat.
Jam 5.05 masuk LR tukar baju.
Jam 5.15 nurse masukkan ubat berak.
Elok masuk je terus rasa nak beron 😷😷
Setel urusan tu jam 5.30 nurse masukkan pasang line untuk drip. Pasang ctg semua
Masukkan air. Elok masuk air je terus contraction graph nampak tinggi. Belum masuk pitocin lagi😂. Nurse check bukaan baru 4cm.
Jam 5.45 dr rohana datang pecahkan air ketuban
Kali ni xrasa air ketuban keluar banyak
Rasa macam keluar tak abes.
Dr rohana suruh masukkan pitocin or dh masuk sebelum pecah air ketuban,lupa dah. Lepas tu baru surges makin kerap.
Dia tanya nak epidural tak?
Cepat saya geleng kepala.tak pernah amek
Kalau tak tahan kita bagi entonox yg sedut atau masuk ikut drip.
Saya boleh tahan.dengan confident kawab
Lepas tu dgr dr pesan nanti lag sejam tambah lagi.2-3jam lagi bersalin la.
Dan dia pun keluar pi anta anak dia balik.
Tak lama lepas tu dh rs surges makin kiat.
Masa ni abah bawak abang p beli susu.dia pun bajet lambat lagi.
Dalam 5.45-6.00 mcm tu rasa nak kencing,nurse pun pasang paip.
Lepas tu mintak pakaikan stokin. Sejuk sangat.
Dalam hati if surges mai lagi nk mintak painkiller sebab tak tahan.
Lepas tu baru nurse cakap adik rasa dalit adik teran. 
Dalam pukul 6.00 dah rasa surges makin kuat. Cuba teran.
Lepas tu bagitau nurse saya sakit perut rasa nak pi toilet. Memangla baby dh nak keluar. Nurse jawab.mama tanya dah sampai ke, dia seluk dh rasa kepala dah.
Saya tak tahan dah ni
Dengar depa kalut2 panggil Dr Norhaida datang, masa dia duk pakai apron mama dah mula meneran. Masa dia duk pakai glove kepala baby dah keluar.
Dr norhaida cakap sabar sayang baby awak ni. Hahah mama yang tAk menyempat. Rasa macam sekali dua je teran. Sambil depa duk handle baby rasacam something keluar dari montot.
Sorry saya terberak
Tak penah2 teberak masa bersalin
Then depa cakap, awak berak anak la.mana ada tahi.hahaha gelabah mama
Sempat pegang tangan baby masa dr tunjuk once dia lahir.sambil doktor sbut sbil dia iqamat ke azan ntah.lupas jugak.
Lepas keluar uri baru rasa lega
Terus tanya banyak tak nak jahit

Doktor cakap tak kena jahit
Calar sikit je

Rupanya intact svd
Alhamdulillah. Perineum tak terkoyak langsung. Anak no 4 kot.

Mama rasa baby kuar awal lagi dr 610.tapi sebab masing2 sibuk xsempat tgk jam.haha

Alhamdulillah smooth kelahiran kali ni
Tanpa jahitan tanpa ubat tahan sakit dengan sedikit pitocin.
Memang ditakdirkan baby nak keluar hari selasa

Jam 6.30
Lepas doktor dah bersihkan baby dan setelkan mama
Baru abah tercongok depan LR dengan abang thaqif? 
Mau tak terkejut tak sempat teman mama kalini mai tengok adik baby dah siap duk dalam baby coat
Naik bilik baru azan semula.
Alhamdulillah sangat

May 20, 2015

37th week checkup

Pagi tadi 19/5 checkup dengan Dr Rohana Pusat Rawatan Mahsuri
Sebelum dia scan tekan2 perut cari kepala baby;tanya dr dah engage ke? Dia cakap sudah
Neves disitu
Lepas tu dia cakap nanti cek bukaan sebab ada history bersalin at 36th week
Cek2, baru 1cm dilated
Surges pun xberapa kuat sangat
Malam ni siapakn slide KIK untuk presentation dengan pengurusan esok.
Harapnya adik baby boleh bertahan sehari dua lagi
Mama and abah dah tak lalu nak makan
Hahaha

May 13, 2015

Karenah anak-anak-anak

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah lama tak coret pasal anak3
Hujung2 pregnancy, macam2 karenah sorang2 akan muncul

Abang Thaqif pun dah suka merap dengan mama
Tiap2 malam sebelum tidoq akan cari mama; buatkan susu, tidur sambil peluk dia,
Kalau masa tu tengah susu Abang Chik Zharfan, dia akan cakap; letak la adik

Kakak pun sama, nak tiduq malam nak kena peluk

Adik or soon Abang Chik to be masih lagi conquer mama
Masih menyusu. Wonder jugak susu rasa apa ye. Ada susu ke.
Tapi dah pesan, cakap dia akan kongsi susu dengan baby boy.

Moga Allah murahkan rezeki untuk anak2 saya.

Mama sayang semua anak-anak-anak mama.
Cuma mama minta maaf di hujung2 ni mama selalu bebel marah bagai,
Masing-masing nak perhatian dan masing-masing tahun akan dapat adik.

#countdown:27more days...

♥dengan penuh kasih sayang♥

May 11, 2015

29 more days

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ya Allah, permudahkan segala urusan ku.
Barang tak packing masuk beg lagi
Baru duk kalut membasuh bagai.
Perut mengeras saban waktu bila nak masuk 36w nih
baru nak belajar hypnobirthing
harapnya masih belum terlalu lewat

♥dengan penuh kasih sayang♥

Apr 29, 2015

41 days to go

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Fuhhhh..
Nevesnya lahai
Walaupun dah empat kali mengandung
Semalam buat checkup dengan Dr Rohana di Pusat Rawatan Mahsuri
Sangat lembut doktor ni.
Tadi pergi checkup di Klinik Kesihatan Ibu Anak Air Hitam, Dr Fahrulshima cakap tak payah scan dah sebab dah scan dengan Dr Rohana.
Dr Rohana sangat bagus :)
Doktor di KK pun sangat baik (nama dia to be revised :D)
Neves yet tak sabar even satu apa pun tak prepare lagi.
Sebab kalut dengan anak sedia ada. hahahha
Apapun, Alhamdulillah . Mintak 3 sebelum 30 Allah bagi 4 terus

Saya doakan ibu2 yang tengah TTC dikurniakan rezeki anak oleh Allah SWT.
Allah tahu yang terbaik untuk kita.
Sentiasa husnuzon dengan Allah.

♥dengan penuh kasih sayang♥

Mar 17, 2015

I am number four

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

 Husband cakap " nanti mama buh gambaq kat facebook tulis ' i am number four ' tau..
Hahaha
tak tau la sarcasm ke memang betul suruh
dekat FB x up pun lagi..
up dekat belog sebab tau xde n xramai orang baca.

hehehe

He is now 28 w in my womb.
Yerp it is a he ; Insyaallah.
Had my rhogum just now in O&J Jitra Hospital.
Persekitaran yang sangat tenang untuk bersalin, tapi malangnya orang yang ada faktor risiko tak boleh. *sad*
Sebab baru nak terbuka hati nak try service hospital gomen
I is neves tengok org ramai2. hahaha
Hospital Bahiyah pun okay sebab penah warded dekat 4hari haritu.

Excited, Exhausted while pregnancy macam sebelum2 ni jugak
N of kos neves nak bersalin tu tetap hadoooo
Even ni kali keempat.
Doakan semoga semua di permudahkan.

Al Fatihah untuk kawan baik saya di UiTM yang kehilangan zuriat di dalam kandungan.
Kalau tak beza sebulan saja.
Allah knows best.
And of kos saya sedih sangat.

Barulah gigih kira fetal movement.

To consider Pusat Rawatan Mahsuri lepas ni :D kalau cukup bajet :PPPPP


Kurma feveret;kurma nabi

♥dengan penuh kasih sayang♥

Feb 13, 2015

Belasungkawa : Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perginya seorang ulama pada malam Jumaat yang penuh barakah.
Moga rohnya ditempatkan di kalangan para solihin.

"Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah(seksa) kubur" HR Ahmad dan Tarmidzi"
 1931 - 2015
Januari 10 - Februari 12


♥dengan penuh kasih sayang♥

Jan 23, 2015

Subway Arau

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Dua tiga menjak ni duk teringin nak try subway,
Google2 tengok2 rupanya F&B premises yang franchise ni depends dekat premis tu utk apply sijil halal
Tak walk in lagi dekat subway arau...
Dekat website halal direktori takde lagi SUBWAY Arau.
Mungkin sebab baru buka dan website halal direktori tak update lagi

Jumpa review dari doctor blogger ni http://zouldahanblog.blogspot.com/2013/06/aku-gila-ke-subway.html


♥dengan penuh kasih sayang♥

Bila henfon di tangan anak #1

Jan 21, 2015

Kisah anak kedua


Mengandung
Melahirkan
Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan
Sekarang Allah uji bila dia pun dah jadi abang di usia setahun dua bulan
Sekarang dia ad jugak meragam
Macam biasa nak perhatian😁 
Tapi yang paling mama dengan abah senang adalah dia mudah sangat tidur
Harini bawak dia datang ofis






Jan 20, 2015

Bank Rakyat

Teruja dapat card holder bank rakyat masa pi buat kad baru tadi 😁

Jan 15, 2015

Rasa tak lengkap bila keluar tak cukup korum

Screen short conversation dengan suami
Harini cuti sebab tadi pi klinik
Now kat ofis sebab anta kakak pergi sekolah
Sementara dia dah okay nak pi sekolah
Kejap lagi nak keluar cari barang
Adik ada dengan pengasuh
Tiba tiba suami mesej tanya.
Selalunya mama yang berat hati if keluar tak bawak semua anak
Haritu pergi shah alam tinggal kakak dan abang tasa tak lengkap
Haih laaa
Ni nanti kena tanya if adik tak tidur angkut semua
Hahahaha
Walaupun jenuh nak kepung nanti
Kami tidak pernah bawak stroller even anak dah tiga
Tapi mama depa dah teringin nak belu babyzen yoyi bila adik baru nanti
Mihmihmih


Jan 9, 2015

Tak sabar

Tak sabar tunggu minggu depan
Tak sabar tunggu bulan dua
Mama dan abah sama sama tak sabar
Nanti baru"reveal"

😏

Mode:stress construct soalan exam😭😭

Jan 7, 2015

Tragedi

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Entry kedua 2015 dimulakan dengan penuh kesedihan. :'(




















Terjatuh di KFC dan kena jahit 5jarum





















Mama dan abah mintak maaf kakak :'(


♥dengan penuh kasih sayang♥



Jan 2, 2015

Bagaimana nak meneruskan penyusuan semasa mengandung

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tentu ada ibu-ibu mengandung yang masih menyusukan anak.
Dan sudah tentu tertanya-tanya adakah selamat untuk menyusukan semasa mengandung
Perlukah mengambil milkbooster untuk boost up kan susu badan?

Saya hampir nak mengambil milkbooster ..
Saya sempat berkonsultasi bersama Pn. Nur Zuain ; pengasasas pumponthego
Berikut merupakan jawapan dari Pn. Zuain

Bila kita pregnant memang susu kita akan drop/ berkurang secara semulajadi. Sebab bila kita mengandung hormon penghasilan susu akan menurun dan hormon wanita kita (estrogen&progesteron) akan meningkat.
Pengambilan sebarang pil/milk booster mungkin tidak dapat meningkatkan semula susu ibu sebab perubahan hormon ini dalam badan.
Penyusuan semasa hamil boleh diteruskan sebagai memenuhi keperluan psikologi anak. Jika anak dah berumur lebih dari 1 tahun, Naema boleh tambahkan pengambilan makanan lain sebagai sumber nutrisi anak.
Naema boleh terus menyusu selagi tiada rasa sakit pinggang, sakit di bahagian ari-ari atau sakit seperti contraction. Rangsangan pada puting susu ibu boleh menyebabkan pengecutan rahim. Jika Naema ada simptom seperti di atas, mungkin Naema mengalami contraction dan boleh merisikokan kandungan.
Saya tak galakkan pengambilan milk booster (terutamanya habbatussauda) semasa hamil sebab milk booster merangsang kelenjar susu. Bila kelenjar susu mula bekerja, dan ada stimulasi yg kerap pada puting susu, contraction boleh berlaku.Habbatussauda, kandungannya boleh merangsang pengecutan rahim. Ditambah pula dgn rangsangan hisapan bayi, ia boleh menyebabkan contraction.
Jadi cadangan sy utk Naema, susukan baby seperti biasa tanpa sebarang milk booster selagi tiada simptom sakit pinggang / ari-ari. Naema boleh mengambil supplemen kesihatan seperti vitamin atau makanan berkhasiat tinggi seperti kurma untuk menambah tenaga.
Makan yg natural sgt bagus. Kalsium boleh dapat dari sayuran hijau juga. Kurma pn sangat baik utk ibu hamil dan tenaga. 
Semoga boleh memberi manfaat kepada semua.

p/s: kak fae jangan terkejut :P

♥dengan penuh kasih sayang♥