Aug 24, 2011

suamiku kawin lagi?

siap duduk serumah,
tgk madu layan suami.semua orang mengalu2kan isteri baru suami,,,
sediihnyaaaaaaaaaaaaaaaa..

walaupun dalam mimpi,tapi terkesan sampai sekarang,
jaga tidur tadi pun rupanya tengah nangis,,

terus sms suami..
suami cakap
"hahaha..naema teringat dekat abang tu,minggu ni abang balik"
"tak boleh duduk kg lama2 ni, lepas raya balik ipoh"


huish,,macam mimpi ngeri pun ada..haih..
mintak simpang,,tak sanggup berkongsi kasih dengan orang lain :'(
kuat sungguh rupanya penangan cinta Faridzul ni,,
padahal masa kawan dlu tak pernah terpk untuk sukakan beliau...hihi..

semoga Allah pelihara cinta ini sampai syurga
Photobucket

Aug 21, 2011

Macam Tak percaya dah lahirkan seorang puteri

Setiap kali sikecil lena nyenyak,,mesti akan perati dia lama2..
Hari ni si kecil dh 24hari.. Macam tak percaya pun ada dia dah tak ada dalm rahim
Rasa macam baru semalam je duduk dalam bilik bersalin
Rasa macam semalam je sakit nak beranak macam nak berak..hihi
Alhamdulillah,si kecil dah sihat.
Paling seronok tengok gelagat dia menyusu
Paling teruja bila tengok dia mengeliat macam orang besar;dengan bunyi dengan badn melengkung
Paling hairan bila dia suka perati keliling,,
Tak tau la dia usia ini dia dh nampak ke belum..
Suara dia jarang2 sekali dengar
Nak dengar kena tunggu dia nangis..haha

hari ni,babah dia dah balik Ipoh.
Terharu tengok suami sanggup balik naik bas Jumaat haritu
Kalau dia nak memandu memang saya tak bagi balik la.kasian.nanti mesti dia letih.
I LOVE BOTH OF YOU; SAYANGS <3
Photobucket

Aug 18, 2011

hadiah paling berharga

Nurul Batrisyia adalah anugerah terindah buat kami suami isteri.
Yang mengharukan, masa dalam bilik bersalin, lepas saja si kecil menjengah dunia,
suami terus cakap "terima kasih sayang"
hilang rasa penat lelah bawa perut yang sarat
hilang rasa penat lelah kerah tenaga supaya si kecil keluar.
saya cuma mampu ucap alhamdulillah alhamdulillah sebaik saja si kecil keluar.

2hari selepas nurul batrisyia dilahirkan, 31Julai adalah hari lahir saya.
bangun pagi saja terus suami ucap "Happy Birthday"
seminggu selepas 31Julai, 8Ogos, hari lahir suami
saya hanya mampu hantar pesanan ringkas sebabnya saya dan sikecil di Hospital Ipoh.

Ya.. ulangtahun hari lahir kami dekat2 saja
Dan ya, suami saya seminggu lebih muda dari saya.hee
Ha..nanti adik Batrisyia kena plan bagi dekat2 dengan babah dia pula =P





p/s.sekarang suami di Ipoh,saya di kampung.dan saya sangat rindukan beliau.. sobsob

Photobucket

Aug 12, 2011

Senarai Barang Baby & Mama

Entry melekat :)
Senarai ni saya dapat dari manjaku ,,tapi dah di edit dan di sesuaikan dengan apa yang saya rasa perlu..

Aug 11, 2011

Puteri saya: Nurul Batrisyia binti Faridzul

Alhamdulillah..baru sempat nak update
Sebenarnya si kecil baru keluar wad semalam
Demam + Jaundice.
Demam lebih 38degree then kena masukkan antibiotik
Kena monitor 5hari, sebab tu duduk wad sampai dekat 10hari

Puteri kecil dilahirkan pada 29julai2011 jam 1055 pg
Jam 6 pagi saya ditolak ke bilik bersalin
Relaks saja sebab takde rasa sakit.Air tak pecah
Kemudian misi bagi ubat berak.hehe...
Lepas berak segala.. Dorang cek bukaan..masih lagi 3cm sejak dari checkup sari sebelum tu.
Dalam 730 dorang pecahkan air ketuban
Haaa...lepas tu baru la kau tau rasa sakit..hehe.. mula2 5 minit sekali
lepas tu ha..seminit sekali..
Dalam jam 830 camtu misi bagi ubat tahan sakit
Lega sikit sbb sakitnya hanya masa contraction
Masa tu jalan nk buka lebih luas...
Sakit nak beranak tu adalah sakit yg xtau nk digambarkan..semua org berbeza2 habuannya
Alhamdulillah..saya rasa saya dipermudahkan Allah untuk melhirkan nurul batrisyia,
Berkat doa suami,mak,keluarga dan kawan2..
Sokongan suami masa bersalin amatla ditagih
Terimakasih dekat suami sebab ada bersama masa saya bersalin..
sekejap je saya sakit nak bersalin..kurang dari 4jam..sicomel sudah kuar...
yang seronok...masa tengah sakit
"nurse..saya nak berak..nak p toilet boleh tak"
berak kencing je dekat situ.nt kita salin alas..
tu bukan nak berak..tu kepala baby tgh cari jalan..hehe..mmg rasa nak berak yang tak boleh tahan2 dah..
kemudian nurse semua suruh saya belajarteran sebelum dorg panggil doctor
Sbbnya kalau xpndai teran doctor akan vacuum atau forceps.
teran pnya teran sekuat hati
suami ckp, nmpak dh kepala bby
sikit lagi
ada kot dalam 5-6 kali teran..keluar la kepala bby..,
legaaaaa sangat2..penat semua ada
doc seluk amek uri cek darahbeku jahit semua dah tak rasa apa...
Alhamdulllah...saya selamat bersalin di Pusat Perubatan Islam Ar-Ridzuan
Anak teman orang Perak leee

Photobucket