Dec 13, 2017

Beli barang secara atas talian

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Zaman dah berubah.
Teknologi pun dah makin canggih.
Kalau dulu nak online kena guna komputer saja.
Tapi sekarang, bila-bila masa dan di mana saja boleh online.
Mula guna internet sejak sekolah menengah.
Tapi masa tu cuma kenai MiRC ja. Haha.. Zaman awal tahun millenium dulu.

Bila dah kerja, dah tau online internet banking .. Haaa masa tu la pandai beli barang online.
Barang pertama beli secara online rasanya masa dalam pantang kakak-- 6 tahun dulu.
Beli anbebe seat dari One Baby World.. Sayangnya seat tu dah reput dan dah terbakar.


ha... ada pun gambar barang pertama beli online.

Sejak ada anak5 ni, kalau window shopping  di internet pun, mesti tengok barang depa ja,,
Mak2 sangatttttt
Selain tu, gajet jugak antara barang yang KakNaem suka beli online.. 

Yang best beli barang online, tak payah fikir pasal tempat letak kereta.
Tak payah keluar cash dan bayar di kaunter,
Barang sampai depan pintu.
Alhamdulillah setakat duk beli barang online, belum pernah ada masalah lagi.

Sentiasa kena beringat beli dekat laman web yang boleh dipercayai.
Salah satunya, Lazada ..
Lazada
buat Online Revolution sales. 
Masih sempat lagi ni window shoppping di Lazada.
Depa buat sale dari 11.12 hingga 14.12..
Tinggal harini dan esok..
Lekaih klik Online Revolution sales

Teringinnya nak beli laptop  baru..
Laptop cap peti ais dah dekat 7tahun usia dia,
Dah bagi tanda kena tukaq baru dah,,
Harap sempat grab offer di Lazada.





♥dengan penuh kasih sayang♥



Jul 23, 2017

Selamat 6bulan Bahira Nurtaseefa

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Dah masuk bulan ke tujuh untuk tahun 2017--
here is the first post.. haha
punya la malas...

Hari ni 23-Julai-2017 genap 6 bulan usia puteri bongsu mama dan abah
Moga mama dapat beri solid food harini..

6bulan lepas,

Macam biasa setiap pagi dalam 515-540 mama akan terjaga--
sebab selalu tak solat isya' lagi..
Pagi tu mcm biasa bangun lepas susukan abang tasnif zayyan awak..
Lain macam sakit dekat bawah tu, terus p toilet buang apa yg patut.
Setel hajat, amik wudhuk semua, dah rasa tak boleh nak jalan.
Gagah jugak pergi duduk atas kerusi. Selesai isya dulu
Lepas tu tunggu abah habis mandi (abah memang selalu lama dalam bilik mandi) :')
Bagitau abah, mama dah menggigil ni, rasa macam nak bersalin
Tak boleh duduk sebab rasa dah seram sejuk.
Ketaq abeh kaki semua..
Turun balik untuk selesaikan jugak subuh sambil duduk
Dalam 6lebih, gagah pi mandi siap2 pakai baju

luckily bakul semua dah siap - tinggal masuk kereta
Dalam 7 lebih keluar dari rumah
Sebelum tu mama salam dengan tok cakap macam dah sampai masa--
Minta maaf apa semua
Abah call tok dengan tok ayah suruh mai amik bang cik, kakak dengan abang.

Dalam kereta , on the way ke Pusat Rawatan Mahsuri, abah ikut jalan kampung, keluar dari rumah dalam 710 macam tu, gelap lagi..
Sampai dekat Hospital Jitra mama rasa nak ajak abah singgah situ sebab tak tahan sangat dah.
Dalam kereta dah sakit dalam 5minit sekali
Mulut mama tak berhenti zikir " laila ha illa anta subha naka inni kuntu minazzolimin"
Abah tanya nak breakfast tak pun mama hanya mampu geleng kepala

Sebab mama dah lalui perasaan macam ni, masa nak bersalin abang thaqif,
sakit all the way along from shah alam to ipoh 2012 dulu

sampai je di Pusat Rawatan Mahsuri, dalam 740 macam, nampak kakak nurse yang teman mama masa bersalin abang tasnif baru sampai.
lambat snagat tunggu abah bawak wheelchair, mama turun sendiri pi dekat kaunter.
nurse tanya pun mama hanya mampu angguk ja..sakitttt sangat
 nurse tolak mama masuk labor room dalam pukul 745, salin baju je sebab mama dah poo poo dekat rumah..haha.
so selamat xmasuk dah ubat untuk beroooon

nurse pasang ctg, call dr rohana, mama dengar nurse bagitau, ada patient OS dah full
OMG terkejut mama
dalam hati berdoa cepat laaa doktor sampai. tak tahan dah

dalam 750 ke pukul 800 doktor sampai
dr pecahkan air ketuban
sebab doktor cakap awak tinggi lagi
lepas air ketuban pecah terus mama rasa nak terberak
akak misi tu mintak nak cucuk jarum untuk pasang line pun tak sempat

mama bagitau dah rasa nak berak
rupanya awak dah nak keluar
tak sempat pasang jarum
tak sempat bagi ubat tahan sakit
tak sempat induce pitocin macam selalu
cuma pecahkan air ketuban,

alhamdulillah
syukur.
antara semua, awak paling mudah lahir.
Allah makbulkan doa mama untuk bersalin secara normal tanpa induce even induce drip

jam 810 awak lahir
active labor mama hanya kurang sejam

Semoga awak jadi anak y ang solehah penyejuk hati mama abah dan semua orang

eh lupa, abah dan abang tasnif teman mama sepanjang mama bersalin
abang tasnif senyap apa tak kata tengok awak hahaha
mama sempat pegang tangan awak yang penuh dengan meconium(tah macam mana eja)

♥dengan penuh kasih sayang♥