Dec 14, 2012

BF journey #stok

Tak semeriah ibu2 lain--
tapi masih bersyukur.
Alhamdulillah,moga terus diberi kekuatan.
Suami akan tanya --
"harini berapa kali pam?"
"banyak mana dapat"
Yang paling best bila suami cakap--
"nasi kena makan 3kali sari"
"air kosong kena minum banyak"
Memang betul,baru perasan harini bila skip lunch tadi,cik b x engorge pun.
Memang xleh diet tanpa makan.
Moga terus diberi kekuatan oleh Allah dan murah rezeki

Dec 12, 2012

Thaqif 3bulan

Alhamdulillah,isnin haritu thaqif dh genap 3bulan
Hari pertama ditinggal dengan pengasuh.
Sangat bagus anak mama ni,susu kena bekalkan lebih 15oz sehari.
Alhamdulillah bila pam dekat ofis pun mama dapat lebih kurang macam tu untuk 2sesi.
Masa nak balik mesti adik tido dalam carrier. Senang hati mama sebab mama risaukan kakak yg duduk sorg2 di belakang.
Semoga anak2 mama diberi kesihatan yg baik oleh Allah SWT.

Dec 9, 2012

Demotivated;sebab cuti lama

Esok start kerja.
Harini tamatla cuti 90hari bergaji.
Ada perubahan organisasi--
sangat berharap dapat balik kerja kampung.
Mesti rinsu keletah kakak.kalau tak ada je nak report ke babah.
Haaa.adik dah nak ngiringkn badan sendiri dah..tak boleh biaq sorang2 dah

Dec 3, 2012

Alhamdulillah:hasil terbanyak

Rasanya ni session terbanyak untuk anak-anak mama.
Alhamdulillah.
Semoga terus dipermudahkan dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT

Nov 29, 2012

Kakak 16bulan

Sekejapppp je rasa ms berlalu..
Tak puas tgk kakak masa baby
Dah ada adik umur 2bulan 2minggu lagi
Cuti tiga bulan ni mama sukaaa sangat tengok perkembangan kakak..
Dah banyak faham bila suruh buat itu ini
La ni duk kalut nak tengok apps dekat ipad..
Nak tdo dalam carrier laa
Buat mama rasa nak beli rocker fisher price jaaa .tunggu bonus lahh.hihi
Semoga kakak jadi anak yg solehah,kakak yg penyayang kepada adik(2)..hihihi

Nov 9, 2012

Macam sekelip mata dah balik ipoh

Semuanya sebab kerja tak siap
Nak beranak dlu tak siapkan siap2(sebenarnya x expek adik nak kuar awal)
Kat sini kalau pensyarah yang preggy mesti dapat bersama so nanti bila bersalin yang sorang ni handle kelas terus.
Ada 2kelas yg markahnya tak siap lagi.
Rabu tgh hari call babah,malam tu terus dia sampai kodiang.
Petang khamis pecut balik ipoh,dengan kakak demam.
Alhamdulillah adik pun baik je.
Ni baru balik dari ofis.angkut ank2 dgn sorg ank buah buat teman main ngan kakak.
Tapau kepsi ngan sikret resepi...
Yummmmeh

Oct 16, 2012

Gadjet terbaru

Baru sampai..
Kebetulan valve pump anakku dah koyak.. Menagih simpati incik suami dan kebetulan ada rezeki lebih; then approved ~weee xsabaq
Thanks dekat k. Fae sbb recommend nuriz shaz on fb.

Oct 13, 2012

Bila nak dapat berat idaman neh???

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

11/10 masa cucuk Thaqif sebulan..
Naikla penimbang, 59.8kg
Banyakkkkk lagi kena turun..
Dapat 55kg pn xpa dah.. Fuhhh
Tapi ni duk makan macam jin makan gimana mau kurus sihhhh..

♥dengan penuh kasih sayang♥

Oct 8, 2012

Stok EBM setakat ni

Start kumpul stok rasanya dalam umur Thaqif 10@14hari..
Yang dalam botol stok bulan 9..
Dalam bag plastik tu,stok bulan 10..
Total rasanya lebih dari 200ml.
Baru nak start buat label..
Freezer dh nak penuh..bahagian bawah untuk stok makanan..
Moga dipermudahkan kali ni.
Kalau rezeki melimpah ruah,boleh pujuk babah beli deep freezer..

Oct 5, 2012

Thaqif's EDD

Supposed to be his EDD today. But he is 25days young today 👀
Almost a month earlier.. Hehe
Whatever it was, Allhamdulillah he is in good condition..
Another 19days for mama to confine..

Oct 3, 2012

Agaknya orang dalam pantang memang cani kottt

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Asekkk online shopping ja..
Haritu beli ESP shaklee..
Beli swaddle pod untuk adik...
Sarung bantal untuk adik, rompers untuk kakak...

Ni baru sampaiiii



Kena rasuk apa tahhh
Simpan beli avent manual ada pekdahh
Ha,yg ni bli xbitau suami. Fuhfuhhhh
Muka sangat kering sekarang..mau try ini produk pulak

♥dengan penuh kasih sayang♥

Oct 1, 2012

Nak balik utara ...

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Erk, Ipoh ni belum cukup utara ke?

Babah,kalu dpt pindah mama nak iphone5 sebagai ganjaran.boleyy?hehe
Ek,laen mcm y mnx..bole dpt pndah ke?hee insyaallah,ada rzeki lbh,bole bli

Ni apa kes cerita pindah2 ni?
Hehe
Pertukaran PPPT sudah dibuka mulai harini sampai 14hb.
Kenapa nak pindah? Tak seronok ke duk Ipoh?
Nak jaga mak, suami redha, family dia pun ok saja. Ayah lagi laa, kalau balik duk kampung memang suruh duduk dengan mak tok kepak.
Suami nak balik kampung sebab nak buat kerja sendiri.
Duk Ipoh seronok tang kejiranan. Semua amek berat..

Harap ada rezeki..
Mintak PTSS dan POLIMAS.

♥dengan penuh kasih sayang♥

Aktiviti berpantang

Alhamdulillah hari ni genap 20 hr adik Thaqif.ke 21 tah.xtau gena kira..isnin ketiga buat Thaqif.

Waktu ni tiga minggu lepas,duk menahan contraction kat bendahari ipsis,uitm

Rutin harian lepas beranak baru:
Bangun siapkan barang kakak utk ke sekolah,
Salin diaper kakak ms dia tengah tido/kejut kakak,
Salamcium suami,cium kakak,babaibabai,
Masuk bilik,
Golek2 ngan adik,salin diaper adik,susukan adik
Kadang2 sambung tido,
Sarapan,makan ubat,mandi,bertungku,berbengkung/barut,
Adik bangun;mandikan adik
Ye,saya mandikan sendiri,
Kadang lapar,milo/kopi panas sama hup seng,
Makan tengah hari;mak masak,kadang sendiri masak,
Hadap fb sampai jemu,
Tunggu mara clara,dan bila esok,
Tunggu dua buah hati balik,
Mandi adik,mandi,
Tunggu julia,
Makan malam dengan suami sambil layan kakak,
Rajin;bertungku lagi,

Haih...tak sabar nak sihat betul;nak dukung kakak
Kena rajin pakai pb, baru rs selamat je miss v tu, if x rs sakit nak macam nak luruh ja..
Harapnya kejadian tahun lepas xberlaku lagi
Pantang kali ni memerlukan saya lebih aktif dan kuat
Semua kena buat sendiri, basuh baju,bakar tungku
Mak dah tak berapa kuat,tengok mak masak pun dah kasihan sangat

Semoga Allah beri kesihatan dan umur yg panjang untuk mak

Ohhh saya amek supplement shaklee+dua jenis pil leesa formula..
Nak try shaklee?email me ;)

Sep 27, 2012

Keperluan dan kehendak

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Masa pregnant haritu saya teringin sangat nak beli Avent manual breast pump.
Saya dah ada dua jenis breast pump;manual(anakku),electric (medela swing)

Rasa macam sedap dengan manual..
Tapi sekarang rasa nak ambil supplement, either shaklee;esp ataupun herbalife;formula1.
Bajet saya limit untuk salah satu sajs,sebab bajet bawah rm200.
Kalau nak beli lagi satu breastpump, kos akan jadi 300 lebih
Mesti babah susah hati..
Sekarang saya rasa, breastpump baru--> kehendak
                                 Supplement--> keperluan
Antara shaklee dan herbalife,dedua tu soy based. ESP Shaklee saja xpernah try lagi..
Ermmm..nanti dipikirinnn..

♥dengan penuh kasih sayang♥


Sep 24, 2012

Pengalaman bersalin Thaqif-finale

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Internet ni selalu tamau bagi kerjasama tau..
Okay sambung balik.
Poyo ja nak ber part2 bagai kann. Hehe

Dalam pukul4 dapat turn jumpa dr raoofah di klinik dia sendiri.
Sepatutnya checkup dengan dr raoofah di ar ridzuan esoknya..
Tapi dah sakit sgt xdan tunggu esok dah..

Masuk2 bilik dr pun terkejut tengok saya. Hehe
Cakap dengan dr, saya baru balik dari shah alam. Contraction dh sepuluh minit sekali.
Sebab sy travel ke?dr pn ckp mungkin jugak..
Lepas tu dr cakap, jum kita check jalan..
Saya minta izin pi toilet sbb nak cuci..
Tupt tgk rupanya dh ada discas hitam
sepnjg perjlnn tadi mmg xmasuk toilet..
Masa ni babah tengah handle kakak dalam kereta..

"naematul,cuba teka dh berapa cm?"
"berapa doktor?"
"6cm"
Saya terus..."allahuakbar"
Terus nangis
"sakit ke?"
"bukan dr,cuma xsangka"
Terus dr prepare surat suh sy p ar ridzuan..
Dt tak kasi balik rumah..
Tapiiiii..
Saya balik rumah jugak....
Masa tula call mak-mak,adik beradik..sms kawan2.
Then opah sebelah rumah offer nak jaga kakak.nasib dgn opah ni kakak nak..

Sampai hospital dalam 515 camtuu.
Elok sampai je menggigil lutu..dari elok2 boleh jln, terus mintak wheelchair..
Bagi surat dari dr.raoofah,saya inform kt dah dilate 6cm n dr dah cek..
Terus ditolak masuk labor room..
Tukar baju semua..
Jam 545 nurse masukkan air, buh ubat suh sakit semua..
Dorang tanya dah makan ke? Saya cakap belum.jumpa nasi pg tu je kat umh abg.
Dorang kasi milo n roti..tu pun xabes..xlalu dahh
Saya cuma minum air zamzam dgn kurma je.
Kemudia babah sempat sapu minyak selusuh kat perut..
Then dorg pecahkan air keyuban.. Ha lepas ni siap sedia la sakit.
Bitau nurse nak kencing..then dorg perusah agi sy kencing..buh tiup bagai..
Dalam pukul6 batu contraction kerap..tupun lepas dorg tambah dos.
Tak sakit sgt jalan lmbt bukak..
Rasanya dlm 615 dr dh ada kt luar..
Nurse pesan,saki je teran..
Mulut dh terkumat kamit..genggam tangan babah lagi..
Sekali teran tak berjaya..
Dua kali tak berjaya..tiga kali pn xberjaya..
Bila dengar dr sebut. Allahuakbar naemah lagi lagi dah nmpk kepala..
Bila dengar kata dh nmpk epala baru bersemangat..
Terus tetan sekuat hati...
Alhamdulillah..anak teruna saya pun keluat..kali ni dapat tengok thaqif dibersihkn oleh nurse..
Thaqif keluar tepat jam 6.27ptg.. Kan xlama tu sakit dalam labor room.hehe
Sambil menikmati proses menjahit..
Kali ni beranak tak penat sangat..sebab sakit contraction lepas nurse pecahkan air xlama..
Proses bersalin setengah jam saje..
Alhamdulillah sangat2..
Saya request nk cuba bf baby..
Lepas dah setel semua,nurse pakaikan pad..babah pi azankan baby.
Mama berehat sementara tunggu masuk wad..

Tamatla penglaman yg saya rasa macam drama ni..
Kenapa drama?..
Sebab boleh pi merata walhal serviks dah dilate.. Hehe
Cuma Thaqif consider as premature sebab lahir pada 36w3d

K.fae, ur experience inspiring me..
At last narm pn xlama duk lam labour room.hehe
♥dengan penuh kasih sayang♥

Pengalaman bersalin Thaqif-part2

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

10/9
Pagi subuh tu bangun solat macam biasa.
Prepare baju nak pi uitm satgi.
Masa nak iron tu pun sakit xsangga..tahan ja
Contraction dah makin kerap. Duk rs dah nak bersalin harini.
Makan breakfast yg kakak ipar sediakan.
Masa duk ulang alik pi dapo pn dah terbongkok2 than sakit.
Dah siap semua, geral pi uitm.
Pergi ipsis dulu untuk setel bayaran sebelum jumpa coordinator program.
Naik ipsis sorang2 babah dan kakak tunggu dalam kereta.
Masa duk setel hal kat kaunter contraction ada dalam 3-4 kali.
Dalam masa setengah jam setel semua.

Lepas dah setel baru masuk kampus,jumpa coordinator.
Opis dr wan kat tingkat 3,gagah panjat. No lif okay..
Setel satu hal.
Ada lagi dua hal nak kena setel.
Pi kwsp dan bank.
Ingat nak setel semua kat shah alam,siap dah pusing balik seksyen15, tapi tak jumpa.
So decide nak setel kat ipoh.
Masa tu dah jam12.

Muka babah memang risau gila.
Drive memang laju.
Masa nak masuk tol bukit raja, cakap dengan babah. "rileks laa.mama boleh rileks lagi"
Masuk je highway, saya dah monitor contraction selang berapa minit.
10MINIT sekali. Dan sakit tu berlarutan dalam 5saat.
Tiap kali sakit, saya akan genggam tangan babah. Sambil baca doa sakit bersalin tu.
Memang dah rasa sakit nak beranak.
Sebenarnya sebelum balik tu saya berniat nak buat VE kat shah alam. Tapi sebab xtau kinik mana, so biar je la..

Dalam kereta, Alhamdulillah, kakak behave well.
Tido dan makan dengan baik.
Sampai ipoh dalam pukul 2.30
Tuun tak terus pi kinik.
P kswp dulu.. Setel semua, nasib cepat.
Then pergi bank dekat dengan klinik Dr. raoofah, dekat silibin.
Nasib bank tu ada kaunter ekspress.. Pun setel cepat..

Dalam pukul 4lebih baru pergi klinik..
Masa ni kakak dh start cranky..
Tunggu turn jumpa dr.Raoofah.

Alamak..Nak uruskan Thaqif pulak..
Sambung nanti

Baca part1
♥dengan penuh kasih sayang♥

Alhamdulillah...Baby Thaqif dah bebas kuning

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Maaf ye,entry sebelum ni telah di draftkan semula.hehe
Harini hari ke 14 baby Thaqif.
Tadi pergi kk gunung rapat repeat bacaan jaundice.
Semalm bacaan 157.7
Harini 129.7
Alhamdulillah..turun banyak.
Doc cakap tak pyh repeat dah.. Dah boleh discharge.
Dia pun pelik kenapa doc semalam suro repeat..
Tengok doc harini dh UD48, MO lama..oklahh..
Agaknya semalam tu MO baru.
Tak bc pun history Thaqif.
Saya tau la photolevel Thaqif berapa.
Apapun..alhamdulillah
Tadi pun merajuk ngn babah.siap nk drive sendiri.amek teksi bagai
Last2 babah balik jugak.
Terima kasih sayang
Maafkan mama sebab selalu macam-macam
Terima kasih sebab sentiasa dan terus bersabar
(macam laa babah baca kan)

♥dengan penuh kasih sayang♥

Sep 22, 2012

Pengalaman bersalinkan Thaqif-part 1

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Macamana nak mula tah..hehe.
Pengalaman bersalin kali ni rasa sangat indah sampai tak percaya thaqif dah menjengah dunia.
Berlaku dengan pantas rasanya.
Terpengaruh dengan pengalaman bersalin k.fae sampai sy wish to hv the experince like hers.
Alhamdulillah kali ni sakit tak lama dan rasa macam mudah. Wallahu'alam laa.
Okay..sudah part mukadimah..

7/9
Pagi jumaat ni ada makan2 kat opis..
Kemudian masuk kelas mcm biasa,sampai kul 10.
Kelas 10-12,sy bg latihan je dekat students.
Sebabnya kakak demam dan saya sendiri tak sihat. Selsema dan perut asek menegang.
Pi klinik,dapat MC terus pi amek kakak kat sekolah.
Kemudian rush pi hospital pantai,jumpa dr mimin,nk amek surat pengesahan sbb nk apply cuti uitm n cuti awal bersalin
Terus scan juga,baby ms ni dh 2.7kg. +- 350gm.
Tnya dr.mimin pasa braxton hicks n perut mngeras yakni ontraction, dia cakap normal.
Dr khaoruddin kat taqwa tadipun ckp normal.
Mas ajmpa dr.mimin,kema jagakan kakak.
Lepas tu p beli lunch n balik rumah..

(sambung semula,tadi kakak jaga dari tido)

Malam tu sambil tengok Zehra di tv3, duk prepare hospital bag.
Sebabnya ahad nanti nak pi shah alam, wedding zuma dan nak setel hal cuti di uitm.

8/9
Babah kerja.so berdua di rumah dengan kakak.
Nothing happen,but perut memang asek mengeras je.
Malamnya ajak babah pi Tesco, nak cari almari baju dorang dua beradik nanti.
Dekat pintu masuk tu, ada sorang makcik tu duk tengok saya sampai hilang dari mata.
Sebab masa jalan tu memang adik dalam perut ni duk mengeras. Saya asek pegang perut ja.

Balik rumah, babah pasang almari.
Saya kemas baju baju yang berlungguk.
Kemas baju untuk travel sekali.

9/9
Pagi bertolak ke shah alam, wedding zuma.
On the way tu, saya sms kak su, colleague kat ofis which dia due on 1/10.
Tanya dia pasal contraction mcm mana to be worried.
Kak su cakap kalau setengah jam sekali biar dulu.
Masa tu memeng contraction setengah jam sekali je.
Actually 2-3 hari sebelum ni pun memang setengah jam sekali.

Sampai tempat kenduri makan2,borak2.
Then pegi rumah kwn babah kat ttdi jaya.
Dekat pukul 7 baru pegi rumah abang dekat seksyen 19.
Mulanya malam tu nak bawak kakak pi tengok lampu kat icity,tapi dia sgt cranky malamtu, so tak jadi..

Malam ni la penderitaan bermulaaa..
Sekejap2 mengadu kat babah sakit perut.. Kerass sangatttt.
Tapi masa ni tak tengok pulak berapa minit sekali dia mengeras..
Masa mandi tu, temgok kat pantiliner cam ada discaj kale coklat sikit2.buat xtau saje.
Tdo cam biasa tapi tak berapa nyenyak sangat.
Subuh tu baru rs macam kepala baby dah turun bawah. Saya boleh rsperbezaann dia.
Ingat nak suro ank buah yang tengah buat housemanship kat hukm check kan perut. Tapi xsuro pun..

Bangun solat subuh, prepare baju nak pi uitm satgi..
♥dengan penuh kasih sayang♥

Sep 17, 2012

Dah beranak

Dengan mengejut dan tak disangka
Adik kuar on his 36w&3d; consider as premature sebab less than 37w
Alhamdulillah;anak tuna saya sihat
Sedang bertarung dengan jaundice
Saya risk factor carrier;O+ve blood group
Adik A+ve,ikut babah
Nantila update pengalaman bersalin kali ni..
Macam drama..hehe

Sep 7, 2012

36w

Tadi pegi jumpa Dr.mimin kat pantai.
Aunty kema nak jumpa tisya,alang2 terus decide pi sana mintak surat pengesahan untuk apply cuti bersalin awal dan cuti belajar khas

Adik baby very well inside mama's womb.
Air cukup.plasenta ok.kepala kat bawah dn mengadap belakang.
Dannnnnn
Berat beliau dh 2.7kg. Mau lebih 3kg lahir nanti.
Asek braxton hicks saja lately.
Semoga dipermudahkan macam bersalin kakak haritu. Sakit x lama

Aug 31, 2012

35w

Esok mau ke Bangi
Walimah bestie;sarah
Jika bekesempatan,boleh pi tengok Irfan Mifzal dan lagi sorang anak beatie

Panas panas

Takleh tdoqqqw
Tiap2 malam gini
Kul3 je jaga
Ekon buka tapi tak best
Buka kipas duk sorg2 kat ruang tamu
Babah jenis sejuk.syiannn dia kena layan karenah mama
Hehe.maklumlaa kali kedua mengandungkan anaknyee
Kakak pun jenis kuat berpeluh

Aug 27, 2012

Alhamdulillah

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Belum nak cerita pasal hari raya.
Sebabnye.. raya kali ni takde yang menarik sangat
Tak sempat pun nak bergambar pagi raya. *sad*
Cuma bersyukur sangat sebab ni Ramadahan pertama puasa penuh sejak lepas akil baligh.hee
Alhamdulillah diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk puasa penuh
Cuma tarawikh saja tak buat. *sad*
Alhamdulillah jugak sebab sempat bayar fidyah. Lepas ni kena pulun ganti puasa kalau tak berdabel lagi bayar fidyah.
Semoga dapat disucikan segala amalan.

Kondisi perut semakin mengeras.
Rasa macam dah tak lambat je nak bersalin adik Tisya.
Minggu ni dah masuk 35w.

♥dengan penuh kasih sayang♥

Aug 13, 2012

Silap.EDD laaaa

Loqlaq la mngandung kali ni.
Bape kali tah silapbEDD.
5/10/12.bukannya 1/10/12
Sempat lagi bejalan p kenduri nanti.hehe

Kakak.warded lagi.
Tadi check.dgn.dr datin mimin kat pantai ipoh,cambest je bilik diaa
Baru kali ni babah ikut masuk sekali kakak. Nak intai adik.sekali tdoo.tutup muka ngan tangan.
Kali ni very the clear xy nyaa

Aug 9, 2012

Seronoknyaa

Adik.baby bergerak.dengan aktifnya.
Asek mengerasnya.
Dah rs adik menurun ke bwh dh sebab dh rs sakit dh kat bawah nuuu
Moga2 adik.baby baik.saja.mama.xpi.checkup.harini sebab bekusus. Haih... Sarat sangat dh rasa.
Tiap2 petang sakit dada.
Rindu kakak.rindu babah.

Aug 8, 2012

Happy birthday suami

Dear husband.
Happy 27th birthday.
Sayang abang banyak2.


Aug 7, 2012

Meninggalkan...

Dua orang buah hati
Nasib ada satu lagi buah hati bersama2.
Nila.nasib jd org gomen..kusus sana sini
Sian suami sahur dan berbuka sendri.
Jaga kakak.lagi.haihhhh

Aug 1, 2012

Wordless Wednesday

Superlike this pic.
Mama loves you kakak.
Babah loves you as well

Posted via DraftCraft app

Jul 31, 2012

Happy birthday to me

Genap setahun lagi usia.
Mungkin makin dekat dengan mati.
Terima kasih mak sebab melahirkan.
Baru rasa pahit manis bergelar seorang ibu.
Tarikh lahir berselang 2hari dengan kakak.
Kebetulan masa checkup kakak tahun lepas hari khamis. Jumaat bersalin.
Terfikir, kalau checkup hari sabtu, mesti lahir kakak esoknya iaitu 31Julai.
Boleh sambut sama2.hehe, boleh pulak pk mcm tu.
Allah dah tetapkan semuanya dari loh mahfuz lagi.

Alhamdulillah di atas kurniaan nikmat umur sehingga kini.
Moga dipanjangkan umur agar dapat memperbaiki amalan diri untuk dibawa bekalan ke kehidupan yang abadi.
Semoga dapat jadi bidadari suami di syurga nanti.

Sedih

Dear diary,

Sedih yang tak terucap :'(
Takpelaaaaaaa

Jul 29, 2012

Ulangtahun pertama

Alhamdulillah. 29/7 genap usia kakak setahun.
Tade apa yang istimewa untuk kakak hari ni.
Mama cuma masak bubur nasi+carrot+dorina
Kakak makan sampai abes harini. Seronok tengok
Tadi petang cuma bawak kakak beli baju kurung raya+kasut raya.
Dengan harapan raya ni kakak dah boleh tatih tatih
Mama tak sempat buat baju sedondon. Asek bertangguh jeee.
Raya tahun depan, insyaallah kita berempat akan sedondon.
Menginjak ke minggu nak cukupnya kakak 12 bulan,
Kakak boleh duduk dan berdiri sekaligus.
Sukanyela mama dan babah.
Lagi suka bila tanya kakak mana gigi.sengih kemainnnn.
Tapi sekarang pesen perak takmau kat orang.
Dah paham bila tanya mana adik baby. Puk pak puk pak tepuk perut.

Semoga nurul batrisyia membesar menjadi anak yang solehah menjadi penyejuk mata penawar hati mama&babh serta semua orang.
Mama salu marah bukan mama tak sayang.
Babah je jarang marah kakak.
Apapun mama babah sayang kakak sangat2.
Kenangan melahirkan kakak insyaallah takkan mama lupakan
O

Jul 27, 2012

29w & 12m4w

Hari ni genap adik baby 29w dalam rahim mama.
Sekarang baru mama rasa adik baby semakin aktif.
Berombak je perut. Kalau time mengajar lagi laaa. Kemain mengeras lagi dia.
Mesti wonder apela mama duk bebel2 ni, kaco je dia nak tido.

Esok 29/7 puteri sulung bakal turns into 1.
Tade plan nak wat bufday party kat skolah pun sebab bulan pose. Weee.
Maaf ye kakak.
Nanti mama pujuk babah. Teringin nak shoot kat studio. Hehe

Semoga anak2 mama&babah menjadi anak yang soleh dan solehah.
Lembut lidah menyebut kalam Allah serta menyenangkan hati semu pihak.
Mama&babah sayang kakak.
Mama&babah sabar tunggu adik baby keluar.
Moreless 10w lagi. Tapi mama rasa earlier than that.
Kakak lahir on her 38w.

Jul 26, 2012

Syukur Alhamdulillah

Haritu dengar ura-ura saje.
Semalam betul dah diumumkan.
Kakitangan kerajaan bakal dapat setengah bulan gaji.
Alhamdulillah boleh buat belanja raye. Boleh buat baju sedondon. Haha. Babah nak ke tak tak tau laa.
Yang pasti tahun depan punya raya pun dah siap berangan. Mama sedondon ngan kakak, babah sedondon ngan adik baby. Insyaallah.
Haa.yang keje swasta tu jangan duk jeles. Korang tiap2 tahun bonus kadang berbulan gaji. Hehehe
Gov servant merasa time raya sajork.

Ps: kema jum shopping. Hahaha

Jul 25, 2012

Wordless Wednesday

Pertama kali boleh berdiri sendiri pagi ni.
Tak sempat amek gambar

Aunty Kema, geram takkkk?

Jul 23, 2012

Upgrade android froyo ke gingerbread dekat samsung galaxy mini

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


 Dengan bangganya pada diri sendiri sebab berjaya upgrade dari android 2.2.1(froyo) ke 2.3.6(gingerbread) dengan bantuan dari website2 yang membina.
Lepas dah upgrade nak ubah font pulak. Favvy font for the time being is schoolbell.
Maka wujud la interface macam di atas.
Nanti kalau rajin baru blog pasal ni.
Lepas ni nak upgrade ke honeycomb pulak (android 3.x).. dah 2-3 kali cuba tak berhasil.
Maka biarla dulu

♥dengan penuh kasih sayang♥

Ramadhan 3, 1433h

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sudah masuk hari ke-3 berpuasa. Sepatutnya tarawikh pun dah masuk tarawikh ke-3.
Tapi sedihnya, belum buat satu pun lagi tarawikh. Nak pi surau dengan kakak memang tak la..
Beliau pukul8 sudah merap2 mau tido. Nak tido kena mama yang bobokkan.
Kalau babah yang bobokkan mama tak boleh duk dalam bilik.
Baru 2hari habiskan puasa, rasa flat sangat. Harap diberi kekuatan untuk penuhkan puasa kali ni sebabnye tahun lepas satu hari pun tak puasa :D
Nak ikutkan, kakak dah genap satu tahun hijrah=354 hari. Beliau lahir 28syaaban1432h.
Hari ni dah 3Ramadhan 1433h.

Ramadhan ke-3 bergelar suami isteri.
Rasanya ni Ramadhan yang agak sempurna untuk kami suami isteri
Ramadhan pertama=duduk asing2.suami sahur sendiri.Tapi time berbuka mesti p buka dengan suami.
Ramadhan kedua=duduk sekali, tapi saya berpantang di kampung. sendirian jugak dia uruskan makan minum. paling kesian time sahur.
Ramadhan kalini= alhamdulillah,kami juga sudah bertiga dan bakal berempat. Makan minum suami saya uruskan. cuma suami tak bagi masak sebab saya dah sarat.asek nampak penat je.
Walaupun seronok tengok bazar ramadhan, tapi... saya xberapa selera. lagi prefer masak.

Semoga Ramadhan kita pada kali ni lebih bertambah amalan dari hari2 biasa, supaya di lengkapi Taqwa jugak. Puasa bukan sekadar menahan lapar dahaga, malah menjaga diri dari melakukan maksiat dan dosa-dosa. Semoga amalan kali ni bertambah, semoga sempat juga bertemu Lailatul Qadar.
Selamat Menyambut Ramadhan 1433h.

♥dengan penuh kasih sayang♥

Jul 20, 2012

Browser free untuk iPad

Sayang mozilla takde. Untuk iPhone saja ada
Mercury& Dolphin

Jul 16, 2012

Seronoknya kalau dapat pi bercuti...

Tengah2 sarat ni pun terringin nak pi merata lagi..
Kagum dgn kwn baik sy dtg dr hutan melintang lagi on her 35w pregnancy..
Thanks nisa for coming...
Tengok iklan iBilik kat gmail ni buat rasa teruja.
Rasa nak Singapura pn ada. Dengan satu tmpt cantik kat Indon tu..
Mungkin boleh pi berempat tahun depan. Insyaallah..
Apakata buat kejutan dekat suamiiii? Heeee
Untuk ulangtahun ke-3 tahun depan
Buat masa ni,dapat pi honeymoon kat PD pun jadilaaaaa

Jul 13, 2012

Jadual

Terbaik sem ni, alhamdulillah, dapat subjek yg mintak dan minat.
Computer network, information security, computing essentials.
Subjek baru cuma information security

Jul 12, 2012

Checkup 7bulan

Alhamdulillah. Esok akan genap 28weeks.
Setiap Jumaat akan genap seminggu.
Sama mcm kakak dulu.
Lahir pun kebetulan Jumaat pagi.
Harap adik pun macam tu.
Kali ni jela nampak "ball" adik.. Hehe.
Esok dak kena mula kira pergerakan baby.
Berat mama 66.4kg je. Rasa ringan pulak kali ni.
Tadi nurse tego, nk bangun tdo kena ngiring dulu, laju je nk bangun tadi. Hehe
Lupaaa.sian adik baby.

Jul 11, 2012

Buah hatiii

Punyala suka tengok gamba sendiri.
Pandai betul.

Aunty kema dengan aunty nisa bila nak jumpa shaye lagiii

Keciwi lagi

Jenuhnya la godek dekat mana nak view photo gallery,
Padahal ada dekat bawah tu haaaa
Tu laaaa..orang ada dia pun nakk.. Ngeee
Kawan cakap "bukan dah ada ke yang gambar matahari"

Jul 10, 2012

Liveee dari gadjet baru =p

Using DraftCraftFree

buah ati baru ni dah defect sikit dah..huhu.mesti jatuh sikit ms cas mlm tu kat rumah mil..srrob... Dh rs xbape sonok dah..
Tak banyak benda lagi install. Sebab bila kema tanya" kenapa nak beli" pastu xdak jawapan.haha.. Bengong..dh la fulus pn xramai mana, beli pun buat 0% installment plan. Jimat sikit. Rs syg nk byr sedebuk ber k k tu.ngee

Plan hujung minggu ni: kemas baju kakak yg boleh diwarisi ke adik baby.
Suh en somi pasang blind
En somi nak buat re-piping bilik air duduk
Kemasssss rumah.(tak buat2 lagi berkurun dahhh)

iOs dengan android ai suka android kot.
Lepas ni nk usha smartphone lain lak..
Maafkan mama, babah. Weeee

Jul 5, 2012

aeon member day

Sakan la memborong ari ni.utk suami dan ank2 je.utk.diri.sndri.xde apa pn.serinoknyaaa tgk baju2 utk kakak.utk.adik kena sabar sbb xkuar lg.hehe.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Budak hampir setahun

Yang baru boleh maju ke depan/menyulur..
Cepat jalan kakak,mama xsabar nak beli kasut pre-walker yang kiut2.
Harap raya ni boleh jalan

Jul 3, 2012

Masih ada feel nak melawa di hari raya

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mengandung kali ni sangat suka kaler pink+merah..
Bila baca Pa&Ma ada pulak baju kurung hamil oleh mumdreams.
Tak pk panjang terus order.haha.dengan xbitau suami :P
Raya nanti insyaallah adik baby dah berusia 33 minggu dalam rahim mama.
Masa tu mesti besarnya perut. Muat ke x tak tahu laaa.aiyark..tawakal jela sebab dah beli
Kain pasang pun dah beli 2bulan yang lalu tapi masih tak pi tempah.
Nak buat dress atau baju kurung tah..
Ni bakal baju raya saya
 

♥dengan penuh kasih sayang♥

Jul 2, 2012

Testinggg

One two three

Okay..semak

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Gatai cari template baru.
Lepas tu nak edit ada error menda tah.
so biar la dulu dia semak.
datang opis xbuat apa.
Dokumen MQA xsiap lagi.
Dok berpoya.plus teringat anak.
Asek demam je manja mama sorang tu. haih

♥dengan penuh kasih sayang♥

Seronokknyaaa

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Its July nowww
Hari besday mama&kakak
Hari start puasa

Yang paling seronok Julai kali ni sebabnye babah dah buat re-piping dekat rumah sewa.
Kalau tak sebelum ni lahai air..nak basuh berak pun xleh.. Nak kena tarik paip dari sinki
Rumah lama pakai paip besi of kos la dah berkarat..Geli geleman tengok paip tu.
Sekarang nak mandi, nak masak, nak basuh baju sangat seronok.Sebab tak yah berebut2.
Dah tak hangin dah ngan babah.,hahaha.
Cumanya babah belum pasang blind window yang dah berbulan beli tu.. Tunggu nak kena bebel lagi baru dia nak pasang. Haha..sorry sayang, Sekarang dah tau kan mama camne.. Sila redha dan pasrah :D

Dan yang paling tambah seronok, tiap2 bulan akan balik kampung.
Kali ni mesti cari harumanis+pulut dengan pasemboq masjid kodiang..
Babah dah janji jika sempat nak pergi Padang Besar ;)
Pregnant kali ni mama asek minum air gas je. Maaf ye adik baby..
Paling heaven minum mountain dew+rootbeer anw. Konon sebab rasa gas sorang :D ..hahha
Semoga adik baby sentiasa dilindungi Allah SWT.

♥dengan penuh kasih sayang♥