Takut2 adik keluar awal macam abang.
Mengandung kali ni juga mama selalu solat sambil duduk.
Senak sangat perut.
Kali terakhir mama scan adik sebelum pi kursus di Perlis, masa tu 34w--
Kepala adik kat bawah. OK la
Sepanjang 2 minggu mama kursus, memang nampak sarat sangat.
Lepas tu ada beberapa kali mama asek angin je.
Abes kursus,mama masuk ofis baru seminggu.
Jumaat 30/11 mama balik Ipoh, jumpa dr mama,
Scan,xnampak kepala kat bawah.
Rupanya adik berpusing. Tu yang dr terus pusingkan adik tu.
Sabtu
Ahad
Isnin - mama amek AL
Selasa --
Pagi tu, bawak Tok pergi Hospital Pantai Puteri,Ipoh. Cek telinga Tok.
mama ingat nak jumpa dengan Dr.Mimin, nak scan tengok kepala adik sambil amek MC.
Kehkeh
Tapi.. Dr Mimin ada kat labor room pulak.
Balik rumah dulu, pegi jumpa aunty Adah dekat PUO
Pukul 3 keluar semula.
Pergi shaklee.
Pergi Klinik Dr Raoofah dekat Silibin.
Lepas daftar apa semua. Mama tunggu jela.
Lepas tu pembantu doktor cam mama sebab dah datang.
Terus dr suruh buat CTG tanpa masuk jumpa dulu.
20 minit buat CTG, rupanya contraction dah kuat. Tapi mama biasa je.
Nurse cakap "2 in 10"
Dr Raoofah buat VE(cek bukaan), dia cakap dah 3-4 cm.
Dia suruh admit terus, hehe .. Memang induce lagi la kali ni.
Mama minta nak balik n janji nak datang jam 9
Nasib petang tu makcik dah sampai,
Boleh tolong jagakan abang dan kakak.
Pukul 10baru mama ngan abah kuar. Siap singgah makan dekat dengan klinik lagi
Masa tengah makan rs contraction yang kuat.
Pukul11 malam baru admit. Dalam wad,xsakit sangat pun.
Esoknya...
Lepas mandi dalam pukul9 macam tu, SN SALINA bawa masuk LR.
Lepas proses2 semua, masukkkan induce dalam drip apa semua.
Dr raoofah naik, dia cakap dalam pukul11 bersalin la ni
Mama cakap,ha pukul 11?lamanyaaaa.sebab mama takut sakit comtraction kuat.
Dalam masa tu,ada kot 2-3 kali Sn Salina tambahkan dos induce tu, pitocin kot ye. Kata k.fae
Contraction walaupun dah kerap rasa sakit gitu2 je.
Tak sama sakit dia macam mama bersalin kakak dulu.
Kali ni rasa sangat mild je. Alhamdulillah.
Tiapkali sakit datang, mama baca doa Nabi Yunus je dengan rabbi yassir ..
Dalam masa menunggu tu, air ketuban masih keluar.
Sangat banyak,patutla kali ni perut besar Ya ampunnnn.
Dalam pukul 1120 camtu kot. Mama panggil nurse yang leka berborak cakap nak terberak.
Sempat depa cek bukaan,masa tu dah 8cm dan air ketuban masih keluar.
Kemudia dr naik, terus teran,rasa ada benda dh kat bawah.
Alhamdulillah,sekali teran terus keluar. -- sebelum masuk LR mama sempat sapu VCO dekat perineum.
Semasa proses menunggu nak bersalin,minum air selusuh dan air zamzam.
Alhamdulillah dalm 3kali teran adik berjaya dilahirkan tepat jam 11.29pagi.
Luka mama pun tak banyak, 3jarum saje.
Mama dan abah percaya,ada hikmahnya walaupun kali ni kena induce.
Takde apa induce tu.
Mama sempat tanya pada Sn yang 30tahun berkhidmat di GH.
Goverment tak induce sebab tak cukup bed dan staff nak handle patient.
Legaaa.takpe laaa.
Yang penting masa mama bersalin, ada makcik dan abang2 sepupu jaga dan layan abang dan kakak di rumah.
Alhamdulillah --
Harini precious no3 mama dah berusia 16hari