Dec 29, 2011

Nurul Batrisyia 5bulan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


"Happy 5month young Nurul Batrisyia"
Dah lama rasanya tak update.
Semakin sibuk sebab student dah masuk. Nak prepare untuk masuk mengajar.
Dengan tugas sampingan lagi,,jadi tenaga pengajar dekat sini bukanlah sesuatu yang mudah.
Sebab tu saya bercita2 nak jadi tenaga pengajar universiti pulak.. very the verangan laa..
Dengan tugasan kerja sekolah yang belum siap.
Sabar sikit lagi ja.. 7 Januari ni ada test untuk JAVA.. tak tau la apa nak dapat.

Motif harini nak update pasal kesayangan saya si kenit nurul batrisyia..
harini beliau dah 5bulan..
checkup dengan paed dia selasa haritu sikenit saya dah 6.6kg.
Alhamdulillah.. berkat susu mama.mama susukan tisya dengan eksklusif.
Paed dia cakap dah boleh beri makan makanan pejal, macam bubur nasi,nestum atau puree buah.
Tapi dari apa yang mama baca dekat belog sarakids, buat apa nak bagi nestum dan makanan segera yang lain.Sebabnya, konsep dia sama macam susu formula.
Mama cadang nak bagi tisya makan puree buah + susu mama (tengok kawan2 mama bagi macam ni) then lepas dua tiga minggu baru mama kasi tisya makan bubur nasi.Babah pun setuju je dengan cadangan mama.
Mama dah beli bekas plastik untuk simpan makanan tisya dan untuk tisya bawa ke rumah opah.
Tunggu hari cuti mama sediakan makanan untuk tisya.

Antara perkembangan tisya sekarang:
Sudah boleh meniarap
Suka menangis kalau tinggal sorang2, nak orang sembang je dengan dia
Boleh berdiri lama2..
Kalau dalam kereta asek nak pandang merata-rata.
sekarang dah pandai menyusu sambil baring
Malam malam kalau jaga, dia akan pusingkan kepala ke sebelah kiri(saya tidur di kiri dia)
Sambil buka mulut cari nenen..comel sangat.....


Mama dan babah sayang tisya sangat2

 ♥dengan penuh kasih sayang♥
 

Dec 8, 2011

Nurul Batrisyia 4bulan

Assalamualaikum semua..
Tak tahu nak update apa..
Sikenit Nurul Batrisyia sudah boleh meniarap..
Layan gambar beliau sajalah
 bawak pergi ofis rabu 7/12
 dekat rumah
 tengah tengok tv
di rumah mama nisa masa kenduri beliau :)
abaikan babah yang serabai.hahaha

♥dengan penuh kasih sayang♥
 

Dec 6, 2011

 http://ngm.nationalgeographic.com/ngm/photo-contest/2011/entries/122128/view/

♥dengan penuh kasih sayang♥

Nov 29, 2011

Buah Hati Mama dan Babah

Assalamualaikum semua Nama gedik saya tisya2.. Mama saya punya kerja.Babah saya seperti selalu redha saja Babah cakap muka saya masam macam mama.sebab masa saya dalam perut, mama selalu merajuk Babah saya cakap, muka macam babah, kulit macam mama. Tapi saya tak kesah, sebab saya tau mama dan babah sayang saya.
♥dengan penuh kasih sayang♥

Nov 25, 2011

Rezeki hari Jumaat

Assalamualaikum

Hari ni ada jamuan makan-makan dekat pantry..
Kurma kambing,rendang ayam,ayam masak kicap dan sayur
Rojak, kuih muih.
Makan sampai senak,,Hehehe.telajak ambil nasik.
Sebelum balik rumah tadi, dapat pam dekat 8oz. Pasan serentak manual pump mickey dengan medela swing.Alhamdulillah.Rezeki Nurul Batrisyia. Dua tiga hari ni kalau pam dapat dalam 4oz je.
Agaknya sebab saya tak kerap pam.saya tunggu cikB bengkak baru pam.Haih..
Nak kena ubah style pump supaya biology cycle boleh berubah automatik.
Selalu balik rumah 530 nanti akan dapat dalam 5-6oz.
Maka sehari boleh dalam lebih kurang 10-12oz. tak meriah macam ibu2 lain.
Sekarang saya berusaha ambil vitamin shaklee.Selain untuk susu berkualiti, saya juga nak jaga kesihatan. Ini adalah rasia tau..Saya juga pakai Premium Beautiful (PB).sebabnya masa dalam pantang dulu saya kurang berbengkung.sejak dari situ saya timbul kesedaran untuk jaga kesihatan dalaman, benda tak nampak lagi susah nak jaga. Alhamdulillah,setakat ni suami tak komen apa2 lagi..huhu..
Ramai yang menegur tentang kulit muka saya,nanti2 la cerita saya pakai apa ye.hehe.

♥dengan penuh kasih sayang♥

Nov 21, 2011

perjalanan penyusuan nurul batrisyia secara ekslusif

rasa terpanggil nak coretkan perjalanan menyusukan batrisyia secara ekslusif rasanya perlu ubah ticker dekat atas tu. hari pertama batrisyia saya tak dapat susukan beliau.
sebabnya nurse di Ar-Ridzuan yang tolong jagakan Batrisyia saat saya lepas bersalin jam 11pg, sejam saya dalam labour room, mereka suruh berehat dalam pukul12 tgh hari saya ditolak masuk ke dalam bilik saya tertidur sampai petang dalam pukul5-6,nurse datang bawak sicomel saya, suruh saya susukan.saya cuba.tapi tak berapa berjaya. batrisyia bersama saya hingga jam 10malam sebelum nurse datang ambil dan letak dalam bilik bayi agaknya sebab bersalin di hospital swasta, ada cas untuk nursing,sebab tu nurse akan jaga sepenuhnya berbanding dengan hospital kerajaan saya percaya ibu ibu akan diajar tentang cara penyusuan alhamdulillah, keesokan harinya, sicomel dikembalikan kepada saya.
dan jam 12tgh hari kami pun keluar wad bermula dari hari itu, 30Julai2011,batrisyia diberi susu ibu sepenuhnya.. (cuma masa warded due to jaundice saja,dalam 2kali nurse dekat GH bagi FM sebab nak reducekan jaundice batrisyia) sampai sekarang, pada usia batrisyia menjangkau 4bulan,dia masih menyusu ibu sepenuhnya
Alhamdulillah,dia seorang anak yang baik sejak saya mengandung saya tak alami alahan yang muntah2..
saya hanya trained batrisyia sekali dua sahaja untuk menyusu dari botol kemudian saya giveup dan malas.
kawan saya beritau,dia tak train pun baby dia,hantar pada babysitter, baby dia mahu saja menyusu saya pun tawakal saja masa anta batrisyia dekat opah sebelah rumah kebetulan 17/10 bos called minta saya join training untuk certified ccna,esoknya saya terus anta batrisyia.
mula2 je dia refused botol.mula mula je dia gigit2 dan tolak2 botol dengan lidah sekarang...
dia hisap dengan rakus sekali kadang2 bila susu botol terakhir tak sempat minum dengan opah, saya atau suami akan suap dia di rumah.dan dia tak menolak.bila tak cukup, tukar dengan nenen original.
Alhamdulillah.Batrisyia tak mengalamai kekeliruan puting (nipple confusion).
di rumah memang saya beri secara terus (direct feeding,DF).di pejabat saya sempat pump 2kali. saya berdoa agar batrisyia dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.sekuat mana pun saya berusaha,sepositif manapun saya, saya percaya akan ketentuan Allah.saya percaya, setiap usaha,niat yang baik,pasti Allah akan permudahkan.

♥dengan penuh kasih sayang♥

update tade tujuan

tak tahu nak update apa sebenarnya.. dua minggu kebelakangan ni,sejak masuk kerja,
sibuk jaga exam.sibuk buat kerja sekolah sendiri sebenarnya.haha
cikgu pun suka buat kerja last minit.ahaks..
 cerita pasal sikenit laah..
sikenit sekarang masih tegar berbaring.pusing tidak.meniarap apatah lagi kan.
sikenit suka masukkan tangan dalam mulut.
sikenit masih bangun 2jam sekali untuk menyusu
sikenit sudah pandai minum dari botol
sikenit masih minum susu mama,
mama harap boleh susukan sekurang-kurangnya selama 6bulan
seterusnya hingga 2tahun.. mama sangat berazam untuk susukan batrisyia dengan susu mama.
semoga Allah murahkan rezeki batrisyia
oh ya..tak sabar bawak sikenit jalan2 di melaka hujung minggu ni,
ada 2kenduri.tak sabar nak pakaikan sikenit dengan baju sepsi dan baju kurung,
sila redha ye babah. <3




♥dengan penuh kasih sayang♥

Oct 27, 2011

Pemeriksaan Lepas Bersalin dan PAP Smear

Alhamdulillah..baru saja pulang dari Ar-Ridzuan dengan sikenit.
Lepas tu merayap ke Tesco cari sabun mandi dan vicks untuk Batrisyia.
Dr Raoofah pesan selepas habis nifas datang untuk buat pemeriksaan pap smear

Masuk je bilik rawatan, macam biasa Dr Raoofah akan bersalaman dan tanya khabar.
Saya beritau tulang dekat faraj tu masih sakit dan lengunh kadang2.
Dia tanya bila nak buat pap smear.
Automatik saya tanya sakit tak
Kemudia doktor balas. sakit beranak awak boleh tahan, sakit ni lagi la.sikit je.
Hehe...Rasa risau lak..
Dia suruh baring buka semua
Then dia masukkan alat plastik dalam rahim.
Tak la sakit pun banding dengan kontraksi bersalin. Sakit bersalin adalah sakit yang suatu nikmat dimana boleh rasa nikmat bersalin,Sakit yang dihapuskan dosa oleh Allah.Nanti saya cari nas yang menyatakan demikian.

Sebenarnya prosedur pap smear sekejap sangat
Neves takdan nak hilang rupanya dah siap.Sekejap sangat.
Diambil sample pangkal rahim kita untuk diuji.
Insyaallah dalam 2minggu lagi baru tahu keputusan.
Mudah mudahan takde apa2

Bercakap pasal perancangan keluarga.
"Sebenarnya, if menyusu badan sepenuhnya, tak beri baby air atau apa2 selain susu ibu, merupakan salah satu perancangan keluarga. dengan syarat tak datang haid lagi"
Saya adalah gagal tang tak datang haid tu.hahaha
Sebabnya batrisyia 2bulan 2minggu saya dah datang haid.
Kemudian doktor tnaya nak guna kaedah perancang keluarga apa.Suntikan ke implan ke.
Atau suami pakai "Stokin" ke..hehehe..
Suami saya tak mau semua perkara di atas. Jadi pandai2 beliau la..hahaha
Allah knows the very best for us. Semoga semuanya baik2 sahaja,

Kesimpulannya dekat sini.. PAP Smear adalah tidak sakit
Dinasihatkan untuk yang dah beranak.Yang dah kawin.dan yang sexually active. hehehe
-Sekian-
Photobucket

Oct 25, 2011

Alhamdulillah..

Ambil kali pertama gagal.
Tengah cuti bersalin, ketua jabatan telefon suruh datang kursus 4hari dan ambil exam.
Sebabnye ada ramai yang tak datang, jadi rugi yuran yang dibayar. Dekat RM900 untuk ambil exam.
Alhamdulillah seramai 20orang yang ambil, semua lulus.
Yang lain tu lulus tak kisah la..sebabnya mereka hanya renew sijil sahaja'
Saya ni nasib baik saja.
Nak fokus adalah gambar masa bulan 5 dan gambar Jumaat lepas.
Sangat berbeza.
Jadi bahan untuk suami gelakkan saya, terutamanya tang hidung.hahaha
Bukan nak salahkan masa mengandung.tapi masa mengandung la semua kembang semangkuk.hehe,,
Photobucket

Oct 22, 2011

terharu dengan pengorbanan suami

harini suami patut keje.
dia demam batuk selsema.
dapat mc tapi tetap memandu untuk saya ke kelas.
untuk beberapa bulan ni dia akan mc atau amek cuti pada setiap sabtu yang dia perlu kerja.
saya sayang kamu,suami
Published with Blogger-droid v1.7.4

Oct 20, 2011

hari ketiga nurul batrisyia dengan opah

alhamdulillah.harini dah hari ketiga batrisyia tinggal dengan pengasuh.opah sebelah rumah jek.ebm yang dibekalkan pun dalam 2hari ni habis.tapi kuantiti semua tu berbeza.paling banyak pun 4oz.sebelum ni hasil xmeriah..nampaknya batrisyia demand agak tinggi.harap hasil pengeluaran pun meriah.alhamdulillah semalam pump tiga kali semua 5oz.nak ikut tu boleh dapat lagi.tapi kekangan masa tengah training untuk exam esok.nak nangis rsnya..batrisyia sudah mau minum dari botol.tapi ikut suka dia je bila dia nak hisap bila dia nak jijitjijit teats tu..tapi tapelah.asalkan dia minum jugak.cuma kasian dekat opah dia la nak hndle.batrisyia anak yang baik dan bijak.alhamdulillah.
psst..baru beli botol NUK wide.harap dia selesa sebab teats dia latex.haih...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Oct 14, 2011

Ikan Masak Asam

Ini menu mak saya masak masa saya dalam pantang haritu.sedap.sebab saya tak berapa suka makan ikan selain ikan kembung. tadi saja google resipi ini. sumber dari sini.
untuk resipi ni saya dah ubah sedikit ikut kesukaan saya :)


Bahan-bahan ( 2@3 org )
  • 2 ekor ikan kembung (bersihkan lumur kunyit dan goreng)
  • *1 biji bawang besar hiris bulat
  • *2 ulas bawang putih dihiris
  • *3 biji cili padi belah 2
  • *1 cili merah dihiris
  • *1 st halba dan daun kari
  • garam,gula
  • 1 cwn air asam jawa
Cara-cara
  1. Gunakan 2@3 sb minyak dari goreng ikan tadi utk menumis bahan bertanda * hingga naik bau dan bawang layu sikit
  2. masukkan air asam jawa.kacau rata dan tunggu mendidih.biar pekat
  3. masukkan garam.gula secukup rasa.kemudian bolehlah dimasukkan ikan tadi..
  4. Sedia untuk dihidang.Sedap dimakan dengan nasi panas


Photobucket

quote


Photobucket

Oct 13, 2011

Dah ada anak asek nak cerita pasal anak le pulak eh

harini puteri kecil kami berusia 2bulan 2minggu..sehingga hari ini..dia dah boleh macam2
memanggil2 mama dan babah dengan bahasa dia sendiri
kalau dia tinggal sensorang dia akan panggil2 dengan bunyi dia
kalau mandi air sejuk masih lagi menjerit
kalau mandi air suam siap nak berenang renang lagi dalam bekas mandi dia
masih tak mahu minum susu dari botol (padahal kurang dari 10kali ajar) harap keajaiban je nanti
betis paha sudah montok..geram mama
petang2 mau tidur atas dada sampai nyenyak then baru pindah tempat dia
apa lagi eh..
dah boleh senyum lebar bila diagah
pandai pusing kepala kalau mama dan babah keluar bilik tinggal dia sorang2
betulla..anak adalah anugerah terindah dan pemurah rezeki

p/s..cikP mengunjung pada hari ke 74 usia Batrisyia..aiyark...
Photobucket

Oct 12, 2011

Wordless Wednesday


She really made my day...Everyday..
Mama&Babah love u sayang
Published with Blogger-droid v1.7.4

Oct 11, 2011

batrisyia yang manja

Petang2 mesti nak tdo macam ni..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Gembiranya hari ni

Buat pertama kalinya, pump susu dan dapat 5oz hanya dalam masa kurang dari setengah jam.
Alhamdulillah, murah rezeki Batrisyia,,walaupun dia masih reject botol.
Sebenarnya saya mengharapkan bila dia bersama BS nanti, dia mau,
Dengan saya dia reject mungkin dia fikir, yang ori ada asal kena bagi plastik..
Betapa besarnya kuasa Allah tu eh.kecik2 pun dah cerdik,
Baru2 lahir pun dah kenal mama dia.. Seronoknya teringat masa baru lahirkan batrisyia.
Kadang2 sampai saat ni pun macam tak percaya dia dah2bulan lebih,
Hari2 pipi dia kena gomol.Sayang sangat.
Babah dia pergi kerja pun tak sabar nak balik rumah..
Photobucket

Oct 6, 2011

Susu Ibu Susu Terbaik

Sejak ada dari mengandung lagi saya bertekad untuk beri susu badan sepenuhnya dekat baby saya,
Sekarang, pada usia baby 2bulan 1minggu, batrisyia diberi susu ibu secara ekslusif.
Cuma sekarang saya sedang ajar dia untuk menyusu dari botol. Sedihnya dia tak mau lagi.
Sedikit tertekan sebab saya adalah part-time student.Last week sejam sekali saya keluar kelas.Kelas sem ni agak rigid sebab kena present dan kena belajar java yang saya tak tahu, Kelas java ada exam.kelas yang takde exam lagi membunuh sebenarnya.

Sekarang saya ambil supplement dari shaklee.Nanti saya update mengenainya,
Baru beli botol NUK untuk batrisyia.Nanti nak minta babah dia susukan dia.
Mungkin aura ibu lagi kuat.Dia nak yang asli jugak,
Photobucket

Oct 5, 2011

puding jagung roti


Dari semalam duk cari resipi puding ni.dengan rasa nak makan agar2.ni buat cara campak2 saja.tadak sukatan pun.ikut sedap rasa.xdan nak sejuk dh abes separuh.
Bahan-bahannya:
Roti 2keping
Serbuk agar2
Susu cair
Susu pekat
Gula
Pes jagung
Air

Cara-caranya:
Didihkan air dlm 300ml.
Masukkan serbuk agar2 dan gula.

Roti direndam dalam susu cair dan dikisar.

Masukkan roti yg dikisar ke dalam periuk.masukkan sedikit susu pekat
Kacau hingga sedikit menggelegak.
Tuang ke dalam bekas.
Sejukkn seketika sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sep 29, 2011

gulai daging pertamaku

Permintaan suami.
Gulai daging.harini guna rempah cap O.kuah dia terpekat sikit.masa tak tutup api tadi okay ja.pi buh kerisik pekat pulak. Ingat nak buat ns minyak sekali td.lain kali lah
Walaupun rupa xmabeles..tapi rasa ada.hehe

Pst..try belog dari tepon murah ni.dah tukaq telco salamfone.mmg best laa.maxis dulu leceh.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sep 24, 2011

network programming

Sem ni hanya amek 2subjek.network programming yang bahasanya guna java.waaaaa.saya xpandai.lagi satu research method..sem depan tinggal satu subjek dgn dissert.insyaallah..

While mama in class.bby is with her babah.sleeping..tadi dh turun nyusu.dia xmau btl pulak..aiyark
Published with Blogger-droid v1.7.4

main main dalam kelas

Susahnya kelas java
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sep 22, 2011

baru jadi mak sebulan dah terlupa

Dua hari lepas saya masak nasik xtutup periuk
Kalau dapur gas memang orang tak tutup dulu periuk.tunggu nasik kering baru tutup
Ni periuk karan orang terus tutup.
Nasib baik nasik masak.cuma bahagian atas saja keras.hahaha
Loklaq sungguh.Punyala kalut nak jaga anak.nak masak.aiya..
Photobucket

Sep 21, 2011

Wordless Wednesday#5




batrisyia behave well when accompanied mama to office.
good girl sayang
Photobucket

Sep 15, 2011

Si butak kesayangan saya&suami

 pipi yang selalu jadi mangsa mama cubit
 bila merap,tido atas lengan adalah satu yang menyamankan
paling best masa menyusu nurul akan tengok mama
Photobucket

Bila anak tidur...Mama perlu


sarapan pagi cepat2
mandi cepat2
kemas rumah cepat2
basuh baju cepat2
masak cepat2
facebook cepat2
belog cepat2
semua dah kena cepat2
tapi mama nurul batrisyia tetap saja makngot.haha
bersiap sedia la naematun..lepas ni nak kerja.nak pi kelas.
Harapnya Allah permudahkan segala urusanku.
Tak sabar nak abeskan masters degree
Terharu dengan pengorbanan suami,setiap sabtu yang dia kena kerja dia akan ambil cuti.
Semoga lepas abis masters, boleh pindah poli.
Lepas tu boleh sambung PhD dekat USM
Lepas tu boleh mohon jadi pendidik dekat UiTM pulak.
Nak balik kampong dengan SATU niat utama; JAGA MAK,TINGGAL DENGAN MAK
Terima kasih suami <3
Photobucket

Sep 14, 2011

Rutin harian bila dah jadi mak

Dah hampir 2minggu balik Ipoh.Haritu mak ikut sekali.Sekarang mak dah balik kampung
Sekarang bila suami pergi kerja pukul7,tinggalla saya dengan baby
Batrisyia akan jaga lebih kurang setiap dua jam untuk nyot2..
Selalunya sebelum babah dia pergi kerja dia akan bangun,
Lepas tu dia akan sambung tido.kadang2 saya join sekali.hehe
Hari ni tak dapat join sebab nak basuh baju,nak kemas rumah.Nak mandi awal
Batrisyia akan dimandikan dalam jam 9camtu.Masih lagi mandi air suam.
Saya akan ajar dia mandi air sejuk tak lama lagi.Alhamdulillah saya dah boleh mandikan dia sendirian.
Rasa belum pandai lagi uruskan rumahtangga,urus anak,
Minggu ni kelas dah mula.camno la ha nak buat tugasan bagai,,,
Nanti bila dia bangun menyusu,,,kena bangun terus buat tugasan...hikhik
Sementara cuti masih ada ni,,
 (tdo nak macam orang besar.dah takmau tdo atas tilam dia)
 (dah pukul 10malam mata celik bulat lagi)
 (ni syok sendiri kot,hehe)

Photobucket

Sep 12, 2011

Adilfitri kedua bergelar isteri & pertama sebagai mama

dan raya pertama sebagai ibu
Alhamdulillah..Allah tunaikan impian saya
kalau tahun lepas, saya harap saya dapat raya dengan suami
tahun ini saya harap kami dah bertiga
tapi tahun ni 30hari saya tinggal puasa
anak saya anak syaaban ;)

sudah 2kali aidilfitri, 1kali aidiladha
baru berapa hari lepas saya komplen dengan suami,kita xda gambar raya
(suami saya mmg xsuka bergambar)
tapi bila saya sms sedih2, dia cakap raya nanti kita bergambar
raya terdekat adalah raya haji,,,hehe..
si kecil masa tu dah 3bulan lebih,saya akan cuba buatkan baju kurung untuk dia..
tak sabaqnyaa...
lagipun syawal kali ni dalam pantang..selebet saja pakai dgn kain batik.
baju raya buat tapi xpakai sebab susah nk menyusu..aiyark..silap..patutnya buat baju kurung menyusu ke baju berbutang depan ke..

p/s:duit raya baby dekat RM500..tak sabar nak buka akaun dekat beliau
Photobucket

Sep 8, 2011

mari berusaha menurun berat

pagi tadi ada pemerikasan lepas bersalin (post natal) dgn dr,raoofah
macam tak percaya saja bila timbang berat dah 58.8kg
last timbang sebelum bersalin adalah 71.4kg
lepas bersalin tak pi timbang pun
ni timbang semula lepas baby dh berusia 1bulan1minggu&3hari
dia pn dah menyusu badan sebulan lebih dah
cuma nak cari bentuk saja
berat kena berusaha lagi
tak boleh nak eksesais lebih2 sebab dalam pantang
Photobucket