Oct 14, 2011

Ikan Masak Asam

Ini menu mak saya masak masa saya dalam pantang haritu.sedap.sebab saya tak berapa suka makan ikan selain ikan kembung. tadi saja google resipi ini. sumber dari sini.
untuk resipi ni saya dah ubah sedikit ikut kesukaan saya :)


Bahan-bahan ( 2@3 org )
  • 2 ekor ikan kembung (bersihkan lumur kunyit dan goreng)
  • *1 biji bawang besar hiris bulat
  • *2 ulas bawang putih dihiris
  • *3 biji cili padi belah 2
  • *1 cili merah dihiris
  • *1 st halba dan daun kari
  • garam,gula
  • 1 cwn air asam jawa
Cara-cara
  1. Gunakan 2@3 sb minyak dari goreng ikan tadi utk menumis bahan bertanda * hingga naik bau dan bawang layu sikit
  2. masukkan air asam jawa.kacau rata dan tunggu mendidih.biar pekat
  3. masukkan garam.gula secukup rasa.kemudian bolehlah dimasukkan ikan tadi..
  4. Sedia untuk dihidang.Sedap dimakan dengan nasi panas


Photobucket

4 comments:

  1. hahahha...naem...knita pun slu buat tuk makan sendiri..hubby x suka but knita mmg suka ngat...masa gugur kan knita berpantang sorang2..menu ni la hari2.kadang2 sanggup masak n bawak p sekolah tuh..kenangan..kenangan...tapi betul la lauk ni mmg menyelerakan...

    ReplyDelete
  2. sedap kan kak nita?faridzul pun cam pelik.mertua naem tak penah buat.agaknya ni menu org kedah kot.hee..tapi naem buat xsedap ngat cam mak naem buat..
    tapi pendek kata.sedap kan lauk ni kak nita.hehe

    ReplyDelete

Tinggalkan komen supaya diri ini rasa lebih dihargai .. hehehe :) Terima kasih