Dec 29, 2011

Nurul Batrisyia 5bulan

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


"Happy 5month young Nurul Batrisyia"
Dah lama rasanya tak update.
Semakin sibuk sebab student dah masuk. Nak prepare untuk masuk mengajar.
Dengan tugas sampingan lagi,,jadi tenaga pengajar dekat sini bukanlah sesuatu yang mudah.
Sebab tu saya bercita2 nak jadi tenaga pengajar universiti pulak.. very the verangan laa..
Dengan tugasan kerja sekolah yang belum siap.
Sabar sikit lagi ja.. 7 Januari ni ada test untuk JAVA.. tak tau la apa nak dapat.

Motif harini nak update pasal kesayangan saya si kenit nurul batrisyia..
harini beliau dah 5bulan..
checkup dengan paed dia selasa haritu sikenit saya dah 6.6kg.
Alhamdulillah.. berkat susu mama.mama susukan tisya dengan eksklusif.
Paed dia cakap dah boleh beri makan makanan pejal, macam bubur nasi,nestum atau puree buah.
Tapi dari apa yang mama baca dekat belog sarakids, buat apa nak bagi nestum dan makanan segera yang lain.Sebabnya, konsep dia sama macam susu formula.
Mama cadang nak bagi tisya makan puree buah + susu mama (tengok kawan2 mama bagi macam ni) then lepas dua tiga minggu baru mama kasi tisya makan bubur nasi.Babah pun setuju je dengan cadangan mama.
Mama dah beli bekas plastik untuk simpan makanan tisya dan untuk tisya bawa ke rumah opah.
Tunggu hari cuti mama sediakan makanan untuk tisya.

Antara perkembangan tisya sekarang:
Sudah boleh meniarap
Suka menangis kalau tinggal sorang2, nak orang sembang je dengan dia
Boleh berdiri lama2..
Kalau dalam kereta asek nak pandang merata-rata.
sekarang dah pandai menyusu sambil baring
Malam malam kalau jaga, dia akan pusingkan kepala ke sebelah kiri(saya tidur di kiri dia)
Sambil buka mulut cari nenen..comel sangat.....


Mama dan babah sayang tisya sangat2

 ♥dengan penuh kasih sayang♥
 

Dec 8, 2011

Nurul Batrisyia 4bulan

Assalamualaikum semua..
Tak tahu nak update apa..
Sikenit Nurul Batrisyia sudah boleh meniarap..
Layan gambar beliau sajalah
 bawak pergi ofis rabu 7/12
 dekat rumah
 tengah tengok tv
di rumah mama nisa masa kenduri beliau :)
abaikan babah yang serabai.hahaha

♥dengan penuh kasih sayang♥
 

Dec 6, 2011

 http://ngm.nationalgeographic.com/ngm/photo-contest/2011/entries/122128/view/

♥dengan penuh kasih sayang♥

Nov 29, 2011

Buah Hati Mama dan Babah

Assalamualaikum semua Nama gedik saya tisya2.. Mama saya punya kerja.Babah saya seperti selalu redha saja Babah cakap muka saya masam macam mama.sebab masa saya dalam perut, mama selalu merajuk Babah saya cakap, muka macam babah, kulit macam mama. Tapi saya tak kesah, sebab saya tau mama dan babah sayang saya.
♥dengan penuh kasih sayang♥

Nov 25, 2011

Rezeki hari Jumaat

Assalamualaikum

Hari ni ada jamuan makan-makan dekat pantry..
Kurma kambing,rendang ayam,ayam masak kicap dan sayur
Rojak, kuih muih.
Makan sampai senak,,Hehehe.telajak ambil nasik.
Sebelum balik rumah tadi, dapat pam dekat 8oz. Pasan serentak manual pump mickey dengan medela swing.Alhamdulillah.Rezeki Nurul Batrisyia. Dua tiga hari ni kalau pam dapat dalam 4oz je.
Agaknya sebab saya tak kerap pam.saya tunggu cikB bengkak baru pam.Haih..
Nak kena ubah style pump supaya biology cycle boleh berubah automatik.
Selalu balik rumah 530 nanti akan dapat dalam 5-6oz.
Maka sehari boleh dalam lebih kurang 10-12oz. tak meriah macam ibu2 lain.
Sekarang saya berusaha ambil vitamin shaklee.Selain untuk susu berkualiti, saya juga nak jaga kesihatan. Ini adalah rasia tau..Saya juga pakai Premium Beautiful (PB).sebabnya masa dalam pantang dulu saya kurang berbengkung.sejak dari situ saya timbul kesedaran untuk jaga kesihatan dalaman, benda tak nampak lagi susah nak jaga. Alhamdulillah,setakat ni suami tak komen apa2 lagi..huhu..
Ramai yang menegur tentang kulit muka saya,nanti2 la cerita saya pakai apa ye.hehe.

♥dengan penuh kasih sayang♥

Nov 21, 2011

perjalanan penyusuan nurul batrisyia secara ekslusif

rasa terpanggil nak coretkan perjalanan menyusukan batrisyia secara ekslusif rasanya perlu ubah ticker dekat atas tu. hari pertama batrisyia saya tak dapat susukan beliau.
sebabnya nurse di Ar-Ridzuan yang tolong jagakan Batrisyia saat saya lepas bersalin jam 11pg, sejam saya dalam labour room, mereka suruh berehat dalam pukul12 tgh hari saya ditolak masuk ke dalam bilik saya tertidur sampai petang dalam pukul5-6,nurse datang bawak sicomel saya, suruh saya susukan.saya cuba.tapi tak berapa berjaya. batrisyia bersama saya hingga jam 10malam sebelum nurse datang ambil dan letak dalam bilik bayi agaknya sebab bersalin di hospital swasta, ada cas untuk nursing,sebab tu nurse akan jaga sepenuhnya berbanding dengan hospital kerajaan saya percaya ibu ibu akan diajar tentang cara penyusuan alhamdulillah, keesokan harinya, sicomel dikembalikan kepada saya.
dan jam 12tgh hari kami pun keluar wad bermula dari hari itu, 30Julai2011,batrisyia diberi susu ibu sepenuhnya.. (cuma masa warded due to jaundice saja,dalam 2kali nurse dekat GH bagi FM sebab nak reducekan jaundice batrisyia) sampai sekarang, pada usia batrisyia menjangkau 4bulan,dia masih menyusu ibu sepenuhnya
Alhamdulillah,dia seorang anak yang baik sejak saya mengandung saya tak alami alahan yang muntah2..
saya hanya trained batrisyia sekali dua sahaja untuk menyusu dari botol kemudian saya giveup dan malas.
kawan saya beritau,dia tak train pun baby dia,hantar pada babysitter, baby dia mahu saja menyusu saya pun tawakal saja masa anta batrisyia dekat opah sebelah rumah kebetulan 17/10 bos called minta saya join training untuk certified ccna,esoknya saya terus anta batrisyia.
mula2 je dia refused botol.mula mula je dia gigit2 dan tolak2 botol dengan lidah sekarang...
dia hisap dengan rakus sekali kadang2 bila susu botol terakhir tak sempat minum dengan opah, saya atau suami akan suap dia di rumah.dan dia tak menolak.bila tak cukup, tukar dengan nenen original.
Alhamdulillah.Batrisyia tak mengalamai kekeliruan puting (nipple confusion).
di rumah memang saya beri secara terus (direct feeding,DF).di pejabat saya sempat pump 2kali. saya berdoa agar batrisyia dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.sekuat mana pun saya berusaha,sepositif manapun saya, saya percaya akan ketentuan Allah.saya percaya, setiap usaha,niat yang baik,pasti Allah akan permudahkan.

♥dengan penuh kasih sayang♥

update tade tujuan

tak tahu nak update apa sebenarnya.. dua minggu kebelakangan ni,sejak masuk kerja,
sibuk jaga exam.sibuk buat kerja sekolah sendiri sebenarnya.haha
cikgu pun suka buat kerja last minit.ahaks..
 cerita pasal sikenit laah..
sikenit sekarang masih tegar berbaring.pusing tidak.meniarap apatah lagi kan.
sikenit suka masukkan tangan dalam mulut.
sikenit masih bangun 2jam sekali untuk menyusu
sikenit sudah pandai minum dari botol
sikenit masih minum susu mama,
mama harap boleh susukan sekurang-kurangnya selama 6bulan
seterusnya hingga 2tahun.. mama sangat berazam untuk susukan batrisyia dengan susu mama.
semoga Allah murahkan rezeki batrisyia
oh ya..tak sabar bawak sikenit jalan2 di melaka hujung minggu ni,
ada 2kenduri.tak sabar nak pakaikan sikenit dengan baju sepsi dan baju kurung,
sila redha ye babah. <3




♥dengan penuh kasih sayang♥