Jun 13, 2011

7# 60 hari lagi

Dear baby
Kalau tengok tickers dekat bawah tu,60 days to go.. Maksudnya lagi 60 hari mama nak jumpa kamu
Tapi kuasa Allah kan, mungkin lagi awal, mungkin lagi lewat.
Bila duk borak2 dengan baba, macam tak percaya dah semakin hampir nak berjumpa kamu
Barang-barang mama belum habis beli lagi
Barang-barang kamu dah hampir lengkap. Ada lagi sikit2
Sekarang ni mama dah tak larat nak jalan lama2
Malam2 kaki mama mesti kejang, kesian baba kena bangun urut
Nasib baik baba jenis tak tidur mati
Sekarang kalau tidur, mama tidur tak gerak2, bila terjaga mesti lenguh2..
Kadang2 baba yang kena pusingkan badan mama
Tapi mama hepi, kamu semakin aktif. Nak2 kalau dekat opis.
Dekat rumah kamu behave ye.
Lagi 3minggu mama kena panjat tangga turun tangga. Students mama dah nak masuk
Harap-harap kelas mama tak pack. hehe..
Duduk baik2 kat dalam ye sayang, sampai waktu,kita berjumpa
Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT

Jun 11, 2011

telefon pintar

ini namanya org keciwi..hehhehtapi saya sooooka.. walaupin tangan besar dan selalu salah taip..tapi saya suka androidddd

Jun 10, 2011

Almarhum Ayah

mak,abang ngah,almarhum ayah
Ya Allah, sampaikan salam rinduku buat ayah disana
Kau tempatkanlah beliau dikalangan yang beriman
Kau lapangkanlah kuburnya
Kau jauhilah beliau dari siksa kubur
Kau mudahkanlah perjalanan beliau meniti siratulmustaqim

Tuhan, sungguh benar aku rindu ayah

Kau berikanlah kesihatan yang bagus2 untuk emakku
Sungguh, aku masih perlu dia
Panjangkan umur emak supaya aku berkesempatan balik menjaga emak
Mudahkan urusan pengajian ku, urusan perpindahan tempat kerja ku nanti
Satu pintaku, lindungilah emakku

Jun 8, 2011

email dengan facebook? yourname@facebook.com

sebenarnya baru figure out sekejapan tadi.
saja nak share..
rasanya best jugak benda ni,,
katala kita nak send message dekat facebook kawan tapi kita tanak buka facebook
tapi kita perlu tahu la nickname kawan yang dia guna di facebook..
maka email address akan jadi @facebook.com
tapi sebelum tu kena la enable kan dulu..
buka message di facebook
jika belum enable, boleh cari "claim your facebook email"
as for mine sebab dah di enable, makanya dia dah jadi ciknaem@facebook.com
selamat mencuba ;)

memasuki minggu ke-31>>beliau bergerak dengan aktifnya

baru sudah baca belog kawan..
sedih sangat.. dia melahirkan baby yang baru 6bulan dalam kandungan
malangnya baby dia hanya sempat survive untuk 2hari..lahir dengan 500gm sahaja
organ semua belum cukup matang..
terus rasa cuak...
sekarang baby bergerak dengan aktif
baby tunggu cukup masa ye baru keluar
baru sekejap tadi dia begerak2 sebelah kanan..dekat pinggang..
aiya.cane la kedudukan kamu ni
minggu depan baru mama ada checkup dan baru boleh scan
hope kamu behave
mama harap dapat lahirkan kamu secara normal
moga Allah mudahkan urusan pertemuan kita.
tok dah siapkan set bantal tidur dan bantal peluk
nanti baru mama dengan baba pi cari tilam untuk kamu

Jun 2, 2011

yeyeh..balik kampung lagi besok

sekarang nak mohon cuti..kena guna sistem hrmis.
alhamdulillah KJ dah luluskan cuti.. balik kampung lagi minggu ni
minggu lepas pun balik kampung.member kenduri
minggu ni member suami pulak kawin & kesayangan saya bertunang
seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaaa

Jun 1, 2011

lagi 2 bulan



sungguh tak sabar nak bersua muka dengan nyawa di dalam rahim ini..
tapi kesian dia..baju dia baru enam pasang
sarung kakitangan ramai pulak.
nanti mama dengan baba pi shopping lagi ye sayang.. sungguh tak dan sekarang.
aiyaa..dah nak masuk 8bulan..
kamu jangan keluar awal tau..biar masak ranum dekat dalam dulu..hehe...
mama suka tengok perut gerak2 dengan rasa geli2..
terima kasih Allah :)