May 3, 2012

BFF saya...

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tadi nak taip entry lain..tapi lepas baca satu belog ni..rasa nak cerita pasal benda lain pulak...
Mula kenal dia dalam bulan Ogos tahun 2008..
Sebelum tu saya bekerja sebagai Penyelaras ICT dengan GITN anak syarikat TM. bersama-sama dengan Kak Nita dan Kak Fae.
Lepas tu..kononnya nak upgrade diri.Nak tambah skill programming...ceayyy.
Mohon la satu kursus ni.. Kena belajar di cosmopoint KL.
Saya memang jenis lone ranger.
Awal2 kelas, masuk duduk sebaris dengan Kak Su, Rose dan Fara.
Kawan saya yang sorang ni..duduk belakang sorang2 dengan sorang guy India ni..
Masa awal2 kelas, dia xcampur sangat dengan kitorang, Sebabnya unimate dia ke matrix mate dia tah pun undergo training yang sama.tp a batch earlier rasanya ..
Lepas kawan dia abes training. Saya pun tak perasan camne boleh mula rapat dengan nya..
Saya jenis yang susah nak approach orang, tapi once saya boleh get into sumone, bila dah serasi sure boleh rapat. me pun tak leh nak describe diri sendri..
Banyak kisah kami kongsi bersama.Dari dia frust, lepas tu flirting around.hee..Ingat lagi tak kena tinggal dengan chater mana tah dekat tepi jalan.Lepas tu pergi call dekat kedai makan apa semua tu? Heee.. 
Kemudian dia get in love with her matrix mate. the one who she admired if tak salah :)
Dah jodoh yang Allah tentukan, 3bulan lepas saya nikah, mereka pn di ijab kabulkan.. Paling saya terharu, masa saya bertunang bulan 3 2010, dia nak jugak2 datang rumah saya walaupun saya tak kasi sebab xmau susahkan dia. Datang sorang2 dengan bas yang kemudiannya saya pi jemput.hehe..
Rentetan perjalanan rumahtangga sesiapa pun pasti ada pasang surutnya..Hatta saya pun macam tu jugak..Masam muka dengan suami perkara biasa..Hehe
Saya bukan penasihat yang baik.Tapi saya rasa saya pembebel yang baik. 
Sekarang saya gembira tengok dia bahagia. Betul orang cakap, kehadiran anak pasti dapat memaut kembali 2hati yang kalau dulu selalu bermasam muka. Alhamdulillah.. Jarang dah bercerita pasal kisah duka.. Semoga kebahagiaan ini berkekalan sampai bila2.
Terasa hati,merajuk kecik hati masa mengandung tu perkara biasa.
Semoga dengan kehadiran si kecil akan lebih mengeratkan hubungan kalian. Insyaallah bila dah duduk sekali. jarang dah akan merajuk apa semua. :)
Saya curi gambar dia mengandung selai :P
BFF saya yang duk buat tanda peace tu ;)
♥dengan penuh kasih sayang♥

1 comment:

  1. =)kamuuuuuu...cerita apakah itu..hehe terima kasih untuk semuanya...<3

    ReplyDelete

Tinggalkan komen supaya diri ini rasa lebih dihargai .. hehehe :) Terima kasih