Jun 12, 2012

Syokknya balik kampung

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Cuti walaupun tak banyak, amek jugak untuk balik tengok mak ayah kat kg :D 
Ajak mak datang Ipoh, tak boleh nak datang lagi, sebabnya rumah dekat kampung nak salin bumbung baru, balik haritu ribut kuat, tercabut selai dua bumbung,
So  mak amek keputusan untuk salin semua sebab en .suami sajes camtu.hehe
Insyaallah awal Julai nak bawak mai Ipoh..
Aktiviti dekat kampung macam biasa, ulang alik rumah mak, kat Tok Kepak, dengan rumah mak ayah dekat Pida 3.
Yang penting jumlah bermalam tu adil .hehe. Semua encik suami aturkan.saya ikutin sajeee

Alhamdulillah, dapat balik makan bihun sup dekat Kuala Perlis,
Mempelam harum manis je tak dapat rasa sebab tak sempat nak pi masa pi anta barang Kak Fae.
Padahal dah dekat sangat dah, tengok2 jam dah jam12,Dekat nak waktu solat Jumaat dah.
Sebelum balik, ahad tu, Mak Pida 3 buat laksa... (lagiiiii) tau2 je anak menantu hantu laksa.
Mak Tok Kepak pulak buat lepat pisang. (feveret mama tisya everrrr)
Alhamdulillah
Bertolak balik Ipoh lepas maghrib dah
Selamat sampai jam 130pg.. sian babah

♥dengan penuh kasih sayang♥

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen supaya diri ini rasa lebih dihargai .. hehehe :) Terima kasih