Jun 4, 2012

Apa yang paling hampir dengan kita?

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Suami? Isteri? Anak? Ibu bapa? Keluarga?
Semua itu memang paling hampir dengan kita.
Namun yang paling hampir dengan kita adalah..
MATI
Sebab itu adalah janji Allah yang takkan berganjak hatta sesaat. Kerana, kehidupan di dunia bukanlah satu pengakhiran, tetapi satu persinggahan sementara untuk kita mencari bekalan bagi menuju kehidupan akhirat yang abadi.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah Ali Imran, 185) 

♥dengan penuh kasih sayang♥

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen supaya diri ini rasa lebih dihargai .. hehehe :) Terima kasih