Jun 12, 2012

Syokknya balik kampung

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Cuti walaupun tak banyak, amek jugak untuk balik tengok mak ayah kat kg :D 
Ajak mak datang Ipoh, tak boleh nak datang lagi, sebabnya rumah dekat kampung nak salin bumbung baru, balik haritu ribut kuat, tercabut selai dua bumbung,
So  mak amek keputusan untuk salin semua sebab en .suami sajes camtu.hehe
Insyaallah awal Julai nak bawak mai Ipoh..
Aktiviti dekat kampung macam biasa, ulang alik rumah mak, kat Tok Kepak, dengan rumah mak ayah dekat Pida 3.
Yang penting jumlah bermalam tu adil .hehe. Semua encik suami aturkan.saya ikutin sajeee

Alhamdulillah, dapat balik makan bihun sup dekat Kuala Perlis,
Mempelam harum manis je tak dapat rasa sebab tak sempat nak pi masa pi anta barang Kak Fae.
Padahal dah dekat sangat dah, tengok2 jam dah jam12,Dekat nak waktu solat Jumaat dah.
Sebelum balik, ahad tu, Mak Pida 3 buat laksa... (lagiiiii) tau2 je anak menantu hantu laksa.
Mak Tok Kepak pulak buat lepat pisang. (feveret mama tisya everrrr)
Alhamdulillah
Bertolak balik Ipoh lepas maghrib dah
Selamat sampai jam 130pg.. sian babah

♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 6, 2012

Terimakasih cik penyengat

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebab minat jari kaki saya yang gemuk.hehe
Kalut kakak ofis nak kuarkan sesungut dia. Pastu tak sampai 5minit dah bengkak
SMS suami, terus suh pi kelinik amek injection
Mula2 bantah jugak tak pela apa semua
Last2 pi jugak sebab selalu kalau bantah cakp suami mesti ada something xkena..
Pi la round,TC, Ampang semua kinik doktor tade.
Rasa nak marah..
SMS suami lepas kat beliau.
Maafkan mama babah, mama tak sengaja.. heee
Last2 jumpa satu kinik dekat ngan Pekan Razaki..
Amekla injection.. so nanti tak payah dh injek utk kancing gigi.
anak kedua sekali je injek
anak sulung 2kali.. legaaaa
kena la rm55 :D
terima kasih cik penyengat ataupun tebuan tu.sampai sekarang sakit
hukhuk..

tak sabarnya nak balik sorga doniaaaaa
balik tampung laaa

♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 5, 2012

Kakak demam lagi

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Baru lepas bawak kakak jumpa paed, Dr.Kuldeep Singh kat Pantai Hospital Ipoh.
Paed feveret kakak kat Ar-ridzuan ptg ni baru ada..lambat sangat
Macam biasa, kalau jumpa Dr.Kuldeep, mesti kakak nangis.
Babah cakap sebab dr tu xle baca bismillah.hehe
Kakak demam 37.5..takberapa tinggi tapi masih demam sebab 37.
Esok kalau tak baik juga, mama je la mc.Siann pi tinggal kakak kat nurseri. Haih..
Nak boleh apa pulak la ucuk acam mama tuu.
Semalam bagi makan ubat, tak bukak kipas, xpakai baju. Babah rajin jelum kepala kakak.
Semoga kesayangan mama dan babah ni baik2 saja



♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 4, 2012

Apa yang paling hampir dengan kita?

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Suami? Isteri? Anak? Ibu bapa? Keluarga?
Semua itu memang paling hampir dengan kita.
Namun yang paling hampir dengan kita adalah..
MATI
Sebab itu adalah janji Allah yang takkan berganjak hatta sesaat. Kerana, kehidupan di dunia bukanlah satu pengakhiran, tetapi satu persinggahan sementara untuk kita mencari bekalan bagi menuju kehidupan akhirat yang abadi.
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah Ali Imran, 185) 

♥dengan penuh kasih sayang♥

Sebulan sekali demam

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebulan sekali pasti kakak demam. tapi ni rasa belum cukup lagi ni sebulan.
Haih..cuti mama pun dah tak banyak..ada 9hari je lagi. Nasib tahun ni mama beranak lagi.hikhik
Tadi jam 4pagi dah bagi ubat. Dah pesan dekat kakak pengasuh tisya, suruh bagi lagi sekali
Nanti tengah hari mama pi tengok kakak.. Kalau demam lagi, mama bawak kakak jumpa dr. Hadrami ye dekat Ar-Ridzuan.. Paed feveret kakak :)
Haih.. nak boleh apa pulak la bulan ni.. agaknyaa nak berjalan kot :D
Gigi atas baru nak keluar lagi satuuuu...


♥dengan penuh kasih sayang♥

Jun 1, 2012

Kahwin kahwin ---> Kematoes kawinnnnn

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tahun ni pun banyak jemputan kahwin.
Hari ini, sorang lagi kawan baik saya (read:BFF) bakal mengakhiri zaman bujang.
Beliau ialah kawan makan nandos saya. kawan sedorm zaman matrix, kawan sebilik zaman u
Beliau yang ajar saya makan nandos. Kami selalu makan nandos di the Mines (ayat karangan x)
Alhamdulillah, dia pun dah lalu zaman bercinta,putus cinta, dan mengakhiri dengan orang yang tak disangka sebabnya, perkahwinan yang rasa macam tiba2. hehehe. sama macam apa saya rasa bila nak kawin dengan encik somi :D

dear kema, semoga berbahagia hingga akhir hayat, selamat melalui pahit-manis alam rumahtangga.
After maghrib 1Jun2012, insyaallah kema akan jadi isteri orang dah.
lepas ni xleh nak curi ajak pi ronggeng lagi daaaaah.
SELAMAT PENGANTIN BARU IN ADVANCED


♥dengan penuh kasih sayang♥

Makanan Tambahan

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Day 1
Breakfast
HL Choc Shake
Nasi Putih+Ayam Paprik+Sayur
Plain water 500ml
B-Complex Shaklee
Kalsium
* salah menu ni.. patutnya breakfast tu hanya Shake sajeee :D

Baru nak start consume HL semula..
Baru 2-3hari lepas timbul kesedaran
Sebabnya nak bersedia untuk puasa supaya tak letih dan dapat tenaga optima
Nak2 masa puasa nanti kelas mesti padat.
Nak disiplin minum susu dan makan vitaminsssss

Semoga anak mama di dalam rahim sihat sentiasa
Semoga mama dapat susukan adik baby sepenuhnya macam kakak Tisya untuk sekurangnya 6bulan pertama
Semoga kakak mahu sambung balik menyusu dengan mama.

Mama dan babah love you both

♥dengan penuh kasih sayang♥