Nov 29, 2011

Buah Hati Mama dan Babah

Assalamualaikum semua Nama gedik saya tisya2.. Mama saya punya kerja.Babah saya seperti selalu redha saja Babah cakap muka saya masam macam mama.sebab masa saya dalam perut, mama selalu merajuk Babah saya cakap, muka macam babah, kulit macam mama. Tapi saya tak kesah, sebab saya tau mama dan babah sayang saya.
♥dengan penuh kasih sayang♥

Nov 25, 2011

Rezeki hari Jumaat

Assalamualaikum

Hari ni ada jamuan makan-makan dekat pantry..
Kurma kambing,rendang ayam,ayam masak kicap dan sayur
Rojak, kuih muih.
Makan sampai senak,,Hehehe.telajak ambil nasik.
Sebelum balik rumah tadi, dapat pam dekat 8oz. Pasan serentak manual pump mickey dengan medela swing.Alhamdulillah.Rezeki Nurul Batrisyia. Dua tiga hari ni kalau pam dapat dalam 4oz je.
Agaknya sebab saya tak kerap pam.saya tunggu cikB bengkak baru pam.Haih..
Nak kena ubah style pump supaya biology cycle boleh berubah automatik.
Selalu balik rumah 530 nanti akan dapat dalam 5-6oz.
Maka sehari boleh dalam lebih kurang 10-12oz. tak meriah macam ibu2 lain.
Sekarang saya berusaha ambil vitamin shaklee.Selain untuk susu berkualiti, saya juga nak jaga kesihatan. Ini adalah rasia tau..Saya juga pakai Premium Beautiful (PB).sebabnya masa dalam pantang dulu saya kurang berbengkung.sejak dari situ saya timbul kesedaran untuk jaga kesihatan dalaman, benda tak nampak lagi susah nak jaga. Alhamdulillah,setakat ni suami tak komen apa2 lagi..huhu..
Ramai yang menegur tentang kulit muka saya,nanti2 la cerita saya pakai apa ye.hehe.

♥dengan penuh kasih sayang♥

Nov 21, 2011

perjalanan penyusuan nurul batrisyia secara ekslusif

rasa terpanggil nak coretkan perjalanan menyusukan batrisyia secara ekslusif rasanya perlu ubah ticker dekat atas tu. hari pertama batrisyia saya tak dapat susukan beliau.
sebabnya nurse di Ar-Ridzuan yang tolong jagakan Batrisyia saat saya lepas bersalin jam 11pg, sejam saya dalam labour room, mereka suruh berehat dalam pukul12 tgh hari saya ditolak masuk ke dalam bilik saya tertidur sampai petang dalam pukul5-6,nurse datang bawak sicomel saya, suruh saya susukan.saya cuba.tapi tak berapa berjaya. batrisyia bersama saya hingga jam 10malam sebelum nurse datang ambil dan letak dalam bilik bayi agaknya sebab bersalin di hospital swasta, ada cas untuk nursing,sebab tu nurse akan jaga sepenuhnya berbanding dengan hospital kerajaan saya percaya ibu ibu akan diajar tentang cara penyusuan alhamdulillah, keesokan harinya, sicomel dikembalikan kepada saya.
dan jam 12tgh hari kami pun keluar wad bermula dari hari itu, 30Julai2011,batrisyia diberi susu ibu sepenuhnya.. (cuma masa warded due to jaundice saja,dalam 2kali nurse dekat GH bagi FM sebab nak reducekan jaundice batrisyia) sampai sekarang, pada usia batrisyia menjangkau 4bulan,dia masih menyusu ibu sepenuhnya
Alhamdulillah,dia seorang anak yang baik sejak saya mengandung saya tak alami alahan yang muntah2..
saya hanya trained batrisyia sekali dua sahaja untuk menyusu dari botol kemudian saya giveup dan malas.
kawan saya beritau,dia tak train pun baby dia,hantar pada babysitter, baby dia mahu saja menyusu saya pun tawakal saja masa anta batrisyia dekat opah sebelah rumah kebetulan 17/10 bos called minta saya join training untuk certified ccna,esoknya saya terus anta batrisyia.
mula2 je dia refused botol.mula mula je dia gigit2 dan tolak2 botol dengan lidah sekarang...
dia hisap dengan rakus sekali kadang2 bila susu botol terakhir tak sempat minum dengan opah, saya atau suami akan suap dia di rumah.dan dia tak menolak.bila tak cukup, tukar dengan nenen original.
Alhamdulillah.Batrisyia tak mengalamai kekeliruan puting (nipple confusion).
di rumah memang saya beri secara terus (direct feeding,DF).di pejabat saya sempat pump 2kali. saya berdoa agar batrisyia dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.sekuat mana pun saya berusaha,sepositif manapun saya, saya percaya akan ketentuan Allah.saya percaya, setiap usaha,niat yang baik,pasti Allah akan permudahkan.

♥dengan penuh kasih sayang♥

update tade tujuan

tak tahu nak update apa sebenarnya.. dua minggu kebelakangan ni,sejak masuk kerja,
sibuk jaga exam.sibuk buat kerja sekolah sendiri sebenarnya.haha
cikgu pun suka buat kerja last minit.ahaks..
 cerita pasal sikenit laah..
sikenit sekarang masih tegar berbaring.pusing tidak.meniarap apatah lagi kan.
sikenit suka masukkan tangan dalam mulut.
sikenit masih bangun 2jam sekali untuk menyusu
sikenit sudah pandai minum dari botol
sikenit masih minum susu mama,
mama harap boleh susukan sekurang-kurangnya selama 6bulan
seterusnya hingga 2tahun.. mama sangat berazam untuk susukan batrisyia dengan susu mama.
semoga Allah murahkan rezeki batrisyia
oh ya..tak sabar bawak sikenit jalan2 di melaka hujung minggu ni,
ada 2kenduri.tak sabar nak pakaikan sikenit dengan baju sepsi dan baju kurung,
sila redha ye babah. <3




♥dengan penuh kasih sayang♥

Oct 27, 2011

Pemeriksaan Lepas Bersalin dan PAP Smear

Alhamdulillah..baru saja pulang dari Ar-Ridzuan dengan sikenit.
Lepas tu merayap ke Tesco cari sabun mandi dan vicks untuk Batrisyia.
Dr Raoofah pesan selepas habis nifas datang untuk buat pemeriksaan pap smear

Masuk je bilik rawatan, macam biasa Dr Raoofah akan bersalaman dan tanya khabar.
Saya beritau tulang dekat faraj tu masih sakit dan lengunh kadang2.
Dia tanya bila nak buat pap smear.
Automatik saya tanya sakit tak
Kemudia doktor balas. sakit beranak awak boleh tahan, sakit ni lagi la.sikit je.
Hehe...Rasa risau lak..
Dia suruh baring buka semua
Then dia masukkan alat plastik dalam rahim.
Tak la sakit pun banding dengan kontraksi bersalin. Sakit bersalin adalah sakit yang suatu nikmat dimana boleh rasa nikmat bersalin,Sakit yang dihapuskan dosa oleh Allah.Nanti saya cari nas yang menyatakan demikian.

Sebenarnya prosedur pap smear sekejap sangat
Neves takdan nak hilang rupanya dah siap.Sekejap sangat.
Diambil sample pangkal rahim kita untuk diuji.
Insyaallah dalam 2minggu lagi baru tahu keputusan.
Mudah mudahan takde apa2

Bercakap pasal perancangan keluarga.
"Sebenarnya, if menyusu badan sepenuhnya, tak beri baby air atau apa2 selain susu ibu, merupakan salah satu perancangan keluarga. dengan syarat tak datang haid lagi"
Saya adalah gagal tang tak datang haid tu.hahaha
Sebabnya batrisyia 2bulan 2minggu saya dah datang haid.
Kemudian doktor tnaya nak guna kaedah perancang keluarga apa.Suntikan ke implan ke.
Atau suami pakai "Stokin" ke..hehehe..
Suami saya tak mau semua perkara di atas. Jadi pandai2 beliau la..hahaha
Allah knows the very best for us. Semoga semuanya baik2 sahaja,

Kesimpulannya dekat sini.. PAP Smear adalah tidak sakit
Dinasihatkan untuk yang dah beranak.Yang dah kawin.dan yang sexually active. hehehe
-Sekian-
Photobucket

Oct 25, 2011

Alhamdulillah..

Ambil kali pertama gagal.
Tengah cuti bersalin, ketua jabatan telefon suruh datang kursus 4hari dan ambil exam.
Sebabnye ada ramai yang tak datang, jadi rugi yuran yang dibayar. Dekat RM900 untuk ambil exam.
Alhamdulillah seramai 20orang yang ambil, semua lulus.
Yang lain tu lulus tak kisah la..sebabnya mereka hanya renew sijil sahaja'
Saya ni nasib baik saja.
Nak fokus adalah gambar masa bulan 5 dan gambar Jumaat lepas.
Sangat berbeza.
Jadi bahan untuk suami gelakkan saya, terutamanya tang hidung.hahaha
Bukan nak salahkan masa mengandung.tapi masa mengandung la semua kembang semangkuk.hehe,,
Photobucket

Oct 22, 2011

terharu dengan pengorbanan suami

harini suami patut keje.
dia demam batuk selsema.
dapat mc tapi tetap memandu untuk saya ke kelas.
untuk beberapa bulan ni dia akan mc atau amek cuti pada setiap sabtu yang dia perlu kerja.
saya sayang kamu,suami
Published with Blogger-droid v1.7.4