Jul 28, 2011

baby adalah hendak keluar sudaa

Tadi pergi checkup macam biasa di Ar-Ridzuan.
Berat mama adalah naik 1kg. Maveless.
Pergi tadi dengan bunda tercinta
Prosedur biasa timbang berat,cek air kencing
Kemudian masuk jumpa doktor,dia cek denyut jantung baby
Saya tanya pasal uri semua,Alhamdulillah kepala dekat bawah dan tade apa2 halang kepala baby
Kemudian dia seluk..
Dah bukak 3cm,naematul nak bersalin bila?
saya jawap,,saya ingat kena tunggu air ketuban pecah.
Hahahahaha..gelakkan diri sendri
Rupanya bby mengeras tu adalah contraction, tapi saya tak sakit.
Haih..bby ni bikin mama cuak saja

Nanti di update kemudian
Nak bersiap ke hospital
Insyaallah malam ni atau pagi esok si kecil akan menjengah dunia
Doakan kami ya

Photobucket

Jul 22, 2011

Cuti Sakit

Semalam pemeriksaan dengan Dr. Raoofah, doc tanya perlu MC ke time slip ke?
Saya cakap..takpe doctor,saya ada time out.padahal nak drive nak angkat kaki pun tak larat
Maka harini saya pergi Poliklinik Taqwa diperiksa oleh Dr Khairuddin Bin Dato' Abdul Malik
Apa yang saya suka pasal klinik ini, dia adalah sangat islamik
Baru harini tergerak hati nak google pasal beliau.
Rupaya beliau adalah YDP Pas kawasan Tambun..
Patutla tadi beliau nasihat saya baca doa mudah bersalin banyak2.Amalkan surah yusuf segala
Siap bacakan ayat 78-80 surah An.Nahl.. Terus balik rumah saya googlekan ayat2 tersebut.
Ayat 78 yang membawa maksud :
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Dia risau sebab baby saya besar.takut nanti luka bersalin adalah besar.
Beliau dan Dr. Raoofah semalam pun jangka sikecil akan keluar dalam 2minggu lagi..
Semoga saya dapat bersalindengan normal.

Minggu depan pensyarah yang akan ganti kelas saya akan masuk.
Mungkin boleh terus handover kelas.Saya dah tak larat naik tangga.
Mula2 dulu ingat nk cuti bila deliver saja.tapi sekarang saya rasa tak mampu
Mungkin ambil cuti awal seminggu dari tarikh jangka bersalin.

Photobucket

Membawa satu nyawa di dalam rahim

Membuatkan aku terfikir, keagungan kuasa Allah SWT
Bagaimana ruang yang sempit boleh dilaraskan untuk menempatkan satu lagi jasad.
Kadang-kadang bukan hanya satu. Malah ada yang sampai lima enam
Masyaallah..
Dengan perut yang membesar ke depan
Membawa zuriat ,terasa nikmat dan pengalaman yang tak ternilai
Merasai kesakitan saat zuriat sedang mengambil masa untuk keluar melihat dunia.
Ya Alllah, mudahkan urusan kelahiran anakku.
Semoga aku dapat melahirkan secara normal
Photobucket

Jul 21, 2011

Pemeriksaan ketujuh di minggu ke tiga puluh tujuh

Harini pemeriksaan ke-7 ...
Alhamdulillah.berat naek 400gm saja.Risau pulak naek banyak2.
Kang ada kencing manis pulak.
Baby sekarang dalam 3.3kg.. ada masa lagi ni untuk dia menambah berat
Fuh... harapnya senangla kamu keluar dengan normal  nanti
Doktor anggar dalam 2minggu lagi baru bby nak keluar
Dia sedang berusaha untuk masuk ke laluan :D
Tak sabarnyaaa..
Tadi masa buat imbasan, beliau tutup muka dengan tangan.. Malu ke sayang? :D
Photobucket

Jul 19, 2011

Saya semakin suka kerja saya dan harini saya sangat sibuk sampai terlupa makan

Oh,dimulakan dengan tajuk yang panjang =P

Hari ini hari yang sangat sibuk
Kelas mula pukul 8-10.
Pukul 10-11 ada mesyuarat
Pukul 1230 ada kelas smpai 130
Pukul 230 - 330 ada mesyuarat gubal soalan akhir
Sampai hari ini saya terlupa yang saya tak makan nasik
Hanya makan 2ketul kuih.sekeping pizza domino :Nyummy.. Cendol+Milo Ais
Maafkan mama sayang.. tapi kamu baik je harini..

Saya semakin suka menjadi pendidik.
Alhamdulillah, yang penting ikhlaskan hati.
Mungkin jugak sebab saya dapat subjek "Computer Network"
Banyak boleh kongsi dengan pelajar
Mungkin jugak sebab berkat ; akhirnya impian Almarhum ayah terlaksana
Ayah mahu saya jadi ustazah, tapi tak tercapai
Tapi sekurangnya saya menjadi pendidik.
Pendidik dan Pensyarah sesuatu yang berbeza biarpun dari mata kasar dan pemahaman nampak sama.
Bak kata bos saya, pendidik akan lebih mengenali pelajar. Mungkin sebab kami mendidik pelajar yang kita tak boleh nak anggap mereka semua sekali beritahu terus paham


Photobucket

Jul 17, 2011

Agaknya orang yang mengandung memang murah rezeki kan?

Setiap kali beroleh sesuatu semasa mengandung, mesti ramai akan cakap
"Alhamdulillah, rezeki anak"

Perkara pertama berlaku yang selepas mengandung,
Encik suami dapat kerja walaupun biasa2 saja.
Emak sendiri cakap "Alhamdulillah rezeki baby"

Setiap kali beli goreng pisang ke apa..mesti peniaga akan beri lebih.
Haritu..saya tengok saja cucur jagung pedas sementara tunggu dia goreng pisang,
Akak tu cakap " Amekla nak rasa"
Dia nampak saya macam teringin kot.. Hehe.Tak la teringin sebenarnya,cuma duk pk kalu beli mesti tak abes,Kesayangan saya keutamaan dia nasik saje..hee

Ni cerita petang tadi.Masa pergi Teluk Batik
Saya beli air kelapa.Mintak kakak tu campur ubi&pisang goreng RM1.
Sebab saya&baby saja yg makan,
Sekali dia bagi... Banyakkknyaaaaaaaaaaaaaaa... Macam RM2 RM3 camtu,,,
Semoga Allah murahkan rezeki mereka2 yang tak kedekut berniaga.

Hari ni dah 36minggu & 3hari..
Tak sabar tunggu baby,
Tiap2 malam mesti saja2 buat macam push2...
Nanti mesti dia gerak2..
Baba dia cakap apa "mama ni, orang nak tido la"
Hehe..comell...
I love You till death, Husband.
Thanks Allah for sending me this wonderful husband..
Seorang yang sangat penyabar dalam melayani perangai isterinya :)

Photobucket

Jul 16, 2011

Patutla mama asek lapar jeee

Your baby is gaining about an ounce a day.
Lepas makan pun masih lapar.
Tapi kadang2 selera makan takde sangat.
Haih..bila kamu nak  jumpa mama&baba ni
Photobucket