Jul 19, 2011

Saya semakin suka kerja saya dan harini saya sangat sibuk sampai terlupa makan

Oh,dimulakan dengan tajuk yang panjang =P

Hari ini hari yang sangat sibuk
Kelas mula pukul 8-10.
Pukul 10-11 ada mesyuarat
Pukul 1230 ada kelas smpai 130
Pukul 230 - 330 ada mesyuarat gubal soalan akhir
Sampai hari ini saya terlupa yang saya tak makan nasik
Hanya makan 2ketul kuih.sekeping pizza domino :Nyummy.. Cendol+Milo Ais
Maafkan mama sayang.. tapi kamu baik je harini..

Saya semakin suka menjadi pendidik.
Alhamdulillah, yang penting ikhlaskan hati.
Mungkin jugak sebab saya dapat subjek "Computer Network"
Banyak boleh kongsi dengan pelajar
Mungkin jugak sebab berkat ; akhirnya impian Almarhum ayah terlaksana
Ayah mahu saya jadi ustazah, tapi tak tercapai
Tapi sekurangnya saya menjadi pendidik.
Pendidik dan Pensyarah sesuatu yang berbeza biarpun dari mata kasar dan pemahaman nampak sama.
Bak kata bos saya, pendidik akan lebih mengenali pelajar. Mungkin sebab kami mendidik pelajar yang kita tak boleh nak anggap mereka semua sekali beritahu terus paham


Photobucket

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen supaya diri ini rasa lebih dihargai .. hehehe :) Terima kasih