Jun 30, 2011

Mungkin sakit mata baca belog saya

maaf ye kawan2...
saya terdelete background..lepas tu malas lagi nak cari background baru yg sesuai
nampak cerah je blog ni..aiyaaaa

34minggu

Alhamdulillah..
Harini sudah genap 34minggu..
Neves toksah cakap laaa..
Tiap2 hari tanya dekat suami "Takut tak bang"
Semalam dia boleh jawab "Takut nanti takboleh tidoq..asek nanges"
Hampes sungguh...
Walau dia tak nyatakan  ke'eksaited'an tu.. Tapi boleh rasa sebenarnya dia tak sabar..
Paling best..bila balik tiap2 petang masak..
Lepas makan suami akan kemas dan cuci pinggan serta periuk semua
Boleh tengok mata sayu suami pandang dengan penuh simpati bila saya mengeluh penat.xlarat.
Sepenat2 ,semalas2 nak masak.. Tapi semua tu dimulut saja..
Kot mana pun mesti masak
Sebab saya tak berapa selera kalau pergi kedai..Tak tau nak makan apa
Tapi bab air berais tu laju ja..
Kalu boleh tiapkali p kedai tu nak makan ABC saja.. hihi

Maafkan mama sayang,mesti awak sejuk je kat dalam tu...
Awak pun makin aktif je..
Mesti  tak selesa..
Mama pun dah tak larat berjalan dan naik turun tangga
Kawan2 pejabat mama tengok mama pun dah kesian..Sebab nampak sarat sangat..

Mama dan Baba tunggu kamu dengan sabarnya... more or less lagi 6minggu sahaja sayang...
Harap kita sentiasa dalam rahmat Allah..

Mama sayang awak &Baba sangat2

Jun 29, 2011

NPC2011 Request for Full Paper Submission by 5 July

Dear Mr/Mrs/Ms Nor Naematul Saadah Ismail,

Thank you for submitting the abstract of your paper entitled Hacking WEP and WPA to Identify Key Strength .
We are looking forward to receiving your full paper and appreciate if could submit it latest by 5 July 2011.

Your kind cooperation is highly appreciated.

Thank you.

Best regards,
NPC 2011
Technical Chair
 Fuhh..dapat email dari conference pulak..
Haritu submit executive summary untuk tajuk Hacking WEP and WPA to Identify Key Strength.. Submit sebab pensayarah utk Advanced Wireless Network cakap, sesiapa yang submit akan dapat full mark utk mini project. Alhamdulillah..rasanya dapat la full mark tu..kalau tak, takkan dapat A-. Tp ada lagi assessment lain.. Kuiz & Exam..
Research ni menarik sebenarnya.. Dah dapat buat.. Cuma tak buat full paper laa..
Rasa rugi pulak.. Tak sempat nk siapkan..Sibuk dengan preparation nak mengajar pulak..
Cuba tahun depan lah.. Guna dissertation pulak.. bukan senang nak present dekat conference.. Haih..

Jun 20, 2011

Macamana kalau sikecil adalah XY

Hari tu masa scan dekat satu klinik
Doktor tu cakap 95% is XX
Tapi, 14hb haritu pergi scan dekat tempat yang cadang nak bersalin
Baru perasan tadi dekat gambar tu doktor tulis macam XY.
Kalau XX mesti cara tulis huruf X tu serupa kan?
Saya tak kesah beliau XY atau XX pun
Tapi baju macam dah banyak ke arah XX je pun..
Aiyaaa.. silap pulak..patut beli yang universal..

Apapun, mama harap baby sihat selalu
Kita dah masuk minggu ke -33 ni.. mungkin lagi 7 minggu atau mungkin kurang dari tu
Kamu akan keluar jumpa baba&mama..
*****************************************************************************
Semalam borak2 dengan encik suami masa nak pergi tesco station 18
Tahun lepas, saya berhajat agar dapat beraya dengan seorang suami.Alhamdulillah..Allah makbulkan
Tahun ni, insyaallah akan beraya dengan suami+anak
Tapi. rasa masih tak sempurna
Sebabnya,, tahun lepas pun tak sempat sediakan sahur untuk suami
Berbuka pun tak hari2.
Tahun ni, mungkin tak sempat nak sediakan sahur dan buka puasa untuk suami lagi
Insyaallah mungkin akan berpantang masa puasa.
Haih..kesian suami.. Masih tak sempurna makan minum..

Jun 17, 2011

1 yr and counting

Hadiah Anniversary paling berharga

All praises is due to Allah,الحمد لله

Pagi ni datang ofis terus bukak email
Sebab IPSIS akan anta result melalui email:)
Jangkaan saya saya akan gagal.sebab saya tak mampu siapkan satu projek setupkan lima server dalam virtual machine. 
Dapat siapkan.tapi mungkin xsempurna.
Tetapi Allah Maha Tahu. Semua kawan2 dapat result yang mengancam saya rasa
Mereka semua otai network ..

A picture tells thousand words

Yeay..this is the best result ever :) Hope sem akan datang GPA naik lagi,then CGPA akan naik juga
Tapi master orang tak pandang sangat pun CGPA.
Insyaallah lepas ni kalau rajin, buat by research pulak. Try mintak scholar KPTM :)

Once dapat je result..
Terus sms kesayangan.. dan dia reply

Yahuuu ahad ni p bkt merah.hee pasni smbug phd lak klu llus sume.he

Fuhhh..jauh sungguh laki aku ni pk..nak abeskan master ni pn dh rasa hazab.
Tapi, Insyaallah..dengan adanya kesayangan sebagai penyokong.. harap semuanya dipermudahkan
Alhamdulillah, pengorbanan suami terbayar dengan keputusan macam ni.
Walaupun tak dekan.. tapi ALHAMDULILLAH


Thanks baba..hope jadi la ek :)

Jun 16, 2011

mengira ♥ yang tiada penghujung{counting endless ♥}

Sedang memotong nama anak2 PA.. teringat kesayangan cakap pasal bukit merah.
Lalu capai Android murah dan mesej kesayangan :D

Mama : Jum p bkt merah.hee
Baba:Mama ngndug.xlarat dh tu
Mama : Uihhh.bab bejln mama larat ja.hee
Baba : Nnt pk dlu
Mama : Yeay..muahmuah
Baba : Klu xjd?
Mama : Hee.xapa.esok kan anibesari 
(fuhhhh..dalam hati sebnarnya nak taip... mintak2 jadi)

Jadi, baby, mari berdoa supaya baba mau bawak kita p bukit merah,.
Last mama p masa tingkatan 4.10 tahun dulu :D
Mama janji takkan merungut depan baba.Mama kena tunjuk gagah.. hahaha

Jun 13, 2011

7# 60 hari lagi

Dear baby
Kalau tengok tickers dekat bawah tu,60 days to go.. Maksudnya lagi 60 hari mama nak jumpa kamu
Tapi kuasa Allah kan, mungkin lagi awal, mungkin lagi lewat.
Bila duk borak2 dengan baba, macam tak percaya dah semakin hampir nak berjumpa kamu
Barang-barang mama belum habis beli lagi
Barang-barang kamu dah hampir lengkap. Ada lagi sikit2
Sekarang ni mama dah tak larat nak jalan lama2
Malam2 kaki mama mesti kejang, kesian baba kena bangun urut
Nasib baik baba jenis tak tidur mati
Sekarang kalau tidur, mama tidur tak gerak2, bila terjaga mesti lenguh2..
Kadang2 baba yang kena pusingkan badan mama
Tapi mama hepi, kamu semakin aktif. Nak2 kalau dekat opis.
Dekat rumah kamu behave ye.
Lagi 3minggu mama kena panjat tangga turun tangga. Students mama dah nak masuk
Harap-harap kelas mama tak pack. hehe..
Duduk baik2 kat dalam ye sayang, sampai waktu,kita berjumpa
Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT

Jun 11, 2011

telefon pintar

ini namanya org keciwi..hehhehtapi saya sooooka.. walaupin tangan besar dan selalu salah taip..tapi saya suka androidddd

Jun 10, 2011

Almarhum Ayah

mak,abang ngah,almarhum ayah
Ya Allah, sampaikan salam rinduku buat ayah disana
Kau tempatkanlah beliau dikalangan yang beriman
Kau lapangkanlah kuburnya
Kau jauhilah beliau dari siksa kubur
Kau mudahkanlah perjalanan beliau meniti siratulmustaqim

Tuhan, sungguh benar aku rindu ayah

Kau berikanlah kesihatan yang bagus2 untuk emakku
Sungguh, aku masih perlu dia
Panjangkan umur emak supaya aku berkesempatan balik menjaga emak
Mudahkan urusan pengajian ku, urusan perpindahan tempat kerja ku nanti
Satu pintaku, lindungilah emakku

Jun 8, 2011

email dengan facebook? yourname@facebook.com

sebenarnya baru figure out sekejapan tadi.
saja nak share..
rasanya best jugak benda ni,,
katala kita nak send message dekat facebook kawan tapi kita tanak buka facebook
tapi kita perlu tahu la nickname kawan yang dia guna di facebook..
maka email address akan jadi @facebook.com
tapi sebelum tu kena la enable kan dulu..
buka message di facebook
jika belum enable, boleh cari "claim your facebook email"
as for mine sebab dah di enable, makanya dia dah jadi ciknaem@facebook.com
selamat mencuba ;)

memasuki minggu ke-31>>beliau bergerak dengan aktifnya

baru sudah baca belog kawan..
sedih sangat.. dia melahirkan baby yang baru 6bulan dalam kandungan
malangnya baby dia hanya sempat survive untuk 2hari..lahir dengan 500gm sahaja
organ semua belum cukup matang..
terus rasa cuak...
sekarang baby bergerak dengan aktif
baby tunggu cukup masa ye baru keluar
baru sekejap tadi dia begerak2 sebelah kanan..dekat pinggang..
aiya.cane la kedudukan kamu ni
minggu depan baru mama ada checkup dan baru boleh scan
hope kamu behave
mama harap dapat lahirkan kamu secara normal
moga Allah mudahkan urusan pertemuan kita.
tok dah siapkan set bantal tidur dan bantal peluk
nanti baru mama dengan baba pi cari tilam untuk kamu

Jun 2, 2011

yeyeh..balik kampung lagi besok

sekarang nak mohon cuti..kena guna sistem hrmis.
alhamdulillah KJ dah luluskan cuti.. balik kampung lagi minggu ni
minggu lepas pun balik kampung.member kenduri
minggu ni member suami pulak kawin & kesayangan saya bertunang
seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaaa

Jun 1, 2011

lagi 2 bulan



sungguh tak sabar nak bersua muka dengan nyawa di dalam rahim ini..
tapi kesian dia..baju dia baru enam pasang
sarung kakitangan ramai pulak.
nanti mama dengan baba pi shopping lagi ye sayang.. sungguh tak dan sekarang.
aiyaa..dah nak masuk 8bulan..
kamu jangan keluar awal tau..biar masak ranum dekat dalam dulu..hehe...
mama suka tengok perut gerak2 dengan rasa geli2..
terima kasih Allah :)