rasa terpanggil nak coretkan perjalanan menyusukan batrisyia secara ekslusif
rasanya perlu ubah ticker dekat atas tu.
hari pertama batrisyia saya tak dapat susukan beliau.
sebabnya nurse di Ar-Ridzuan yang tolong jagakan Batrisyia
saat saya lepas bersalin jam 11pg, sejam saya dalam labour room, mereka suruh berehat
dalam pukul12 tgh hari saya ditolak masuk ke dalam bilik
saya tertidur sampai petang
dalam pukul5-6,nurse datang bawak sicomel saya, suruh saya susukan.saya cuba.tapi tak berapa berjaya.
batrisyia bersama saya hingga jam 10malam sebelum nurse datang ambil dan letak dalam bilik bayi
agaknya sebab bersalin di hospital swasta, ada cas untuk nursing,sebab tu nurse akan jaga sepenuhnya
berbanding dengan hospital kerajaan saya percaya ibu ibu akan diajar tentang cara penyusuan
alhamdulillah, keesokan harinya, sicomel dikembalikan kepada saya.
dan jam 12tgh hari kami pun keluar wad
bermula dari hari itu, 30Julai2011,batrisyia diberi susu ibu sepenuhnya.. (cuma masa warded due to jaundice saja,dalam 2kali nurse dekat GH bagi FM sebab nak reducekan jaundice batrisyia)
sampai sekarang, pada usia batrisyia menjangkau 4bulan,dia masih menyusu ibu sepenuhnya
Alhamdulillah,dia seorang anak yang baik sejak saya mengandung saya tak alami alahan yang muntah2..
saya hanya trained batrisyia sekali dua sahaja untuk menyusu dari botol
kemudian saya giveup dan malas.
kawan saya beritau,dia tak train pun baby dia,hantar pada babysitter, baby dia mahu saja menyusu
saya pun tawakal saja masa anta batrisyia dekat opah sebelah rumah
kebetulan 17/10 bos called minta saya join training untuk certified ccna,esoknya saya terus anta batrisyia.
mula2 je dia refused botol.mula mula je dia gigit2 dan tolak2 botol dengan lidah
sekarang...
dia hisap dengan rakus sekali
kadang2 bila susu botol terakhir tak sempat minum dengan opah, saya atau suami akan suap dia di rumah.dan dia tak menolak.bila tak cukup, tukar dengan nenen original.
Alhamdulillah.Batrisyia tak mengalamai kekeliruan puting (nipple confusion).
di rumah memang saya beri secara terus (direct feeding,DF).di pejabat saya sempat pump 2kali.
saya berdoa agar batrisyia dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.sekuat mana pun saya berusaha,sepositif manapun saya, saya percaya akan ketentuan Allah.saya percaya, setiap usaha,niat yang baik,pasti Allah akan permudahkan.
♥dengan penuh kasih sayang♥