Jan 2, 2015

Bagaimana nak meneruskan penyusuan semasa mengandung

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tentu ada ibu-ibu mengandung yang masih menyusukan anak.
Dan sudah tentu tertanya-tanya adakah selamat untuk menyusukan semasa mengandung
Perlukah mengambil milkbooster untuk boost up kan susu badan?

Saya hampir nak mengambil milkbooster ..
Saya sempat berkonsultasi bersama Pn. Nur Zuain ; pengasasas pumponthego
Berikut merupakan jawapan dari Pn. Zuain

Bila kita pregnant memang susu kita akan drop/ berkurang secara semulajadi. Sebab bila kita mengandung hormon penghasilan susu akan menurun dan hormon wanita kita (estrogen&progesteron) akan meningkat.
Pengambilan sebarang pil/milk booster mungkin tidak dapat meningkatkan semula susu ibu sebab perubahan hormon ini dalam badan.
Penyusuan semasa hamil boleh diteruskan sebagai memenuhi keperluan psikologi anak. Jika anak dah berumur lebih dari 1 tahun, Naema boleh tambahkan pengambilan makanan lain sebagai sumber nutrisi anak.
Naema boleh terus menyusu selagi tiada rasa sakit pinggang, sakit di bahagian ari-ari atau sakit seperti contraction. Rangsangan pada puting susu ibu boleh menyebabkan pengecutan rahim. Jika Naema ada simptom seperti di atas, mungkin Naema mengalami contraction dan boleh merisikokan kandungan.
Saya tak galakkan pengambilan milk booster (terutamanya habbatussauda) semasa hamil sebab milk booster merangsang kelenjar susu. Bila kelenjar susu mula bekerja, dan ada stimulasi yg kerap pada puting susu, contraction boleh berlaku.Habbatussauda, kandungannya boleh merangsang pengecutan rahim. Ditambah pula dgn rangsangan hisapan bayi, ia boleh menyebabkan contraction.
Jadi cadangan sy utk Naema, susukan baby seperti biasa tanpa sebarang milk booster selagi tiada simptom sakit pinggang / ari-ari. Naema boleh mengambil supplemen kesihatan seperti vitamin atau makanan berkhasiat tinggi seperti kurma untuk menambah tenaga.
Makan yg natural sgt bagus. Kalsium boleh dapat dari sayuran hijau juga. Kurma pn sangat baik utk ibu hamil dan tenaga. 
Semoga boleh memberi manfaat kepada semua.

p/s: kak fae jangan terkejut :P

♥dengan penuh kasih sayang♥

Dec 30, 2014

today is the day

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

May Allah ease everything.
Nervousnesssssss

♥dengan penuh kasih sayang♥

Dec 29, 2014

Bestnya lahai pakai unifi

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Dua hari ni, tumpang rumah abang di shah alam,
installed with unifi.
tengokla speedtest ni..
memang best...

bila la dekat kampung nak ada coverage unifi.

♥dengan penuh kasih sayang♥

Dec 4, 2014

Ulang tahun pertama-Muhammad Zharfan Tafhim

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Baru terpanggil untuk menulis.
Sebab tarikh istimewa hari ini.
Setahun yang lalu, lahir permata nombor tiga; Muhammad Zharfan Tafhim
di Pusat Rawatan Permata
Disambut oleh doktor kegemaran; Dr. Raoofah bt Mohamed Amir

Dah boleh berjalan sikit-sikit
Masih menyusu badan walaupun sudah ditambah dengan formula :D
Allah knows what is the very best for us ;)

Semoga anak-anak mama dan abah menjadi huffaz al quran
Penyejuk mata penawar di hati semua orang.

♥dengan penuh kasih sayang♥

Sep 17, 2014

Harapnya ini terakhir kali mendaftar

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Moga dapat pakai double line robe *nangis*




♥dengan penuh kasih sayang♥