Jan 2, 2015

Bagaimana nak meneruskan penyusuan semasa mengandung

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tentu ada ibu-ibu mengandung yang masih menyusukan anak.
Dan sudah tentu tertanya-tanya adakah selamat untuk menyusukan semasa mengandung
Perlukah mengambil milkbooster untuk boost up kan susu badan?

Saya hampir nak mengambil milkbooster ..
Saya sempat berkonsultasi bersama Pn. Nur Zuain ; pengasasas pumponthego
Berikut merupakan jawapan dari Pn. Zuain

Bila kita pregnant memang susu kita akan drop/ berkurang secara semulajadi. Sebab bila kita mengandung hormon penghasilan susu akan menurun dan hormon wanita kita (estrogen&progesteron) akan meningkat.
Pengambilan sebarang pil/milk booster mungkin tidak dapat meningkatkan semula susu ibu sebab perubahan hormon ini dalam badan.
Penyusuan semasa hamil boleh diteruskan sebagai memenuhi keperluan psikologi anak. Jika anak dah berumur lebih dari 1 tahun, Naema boleh tambahkan pengambilan makanan lain sebagai sumber nutrisi anak.
Naema boleh terus menyusu selagi tiada rasa sakit pinggang, sakit di bahagian ari-ari atau sakit seperti contraction. Rangsangan pada puting susu ibu boleh menyebabkan pengecutan rahim. Jika Naema ada simptom seperti di atas, mungkin Naema mengalami contraction dan boleh merisikokan kandungan.
Saya tak galakkan pengambilan milk booster (terutamanya habbatussauda) semasa hamil sebab milk booster merangsang kelenjar susu. Bila kelenjar susu mula bekerja, dan ada stimulasi yg kerap pada puting susu, contraction boleh berlaku.Habbatussauda, kandungannya boleh merangsang pengecutan rahim. Ditambah pula dgn rangsangan hisapan bayi, ia boleh menyebabkan contraction.
Jadi cadangan sy utk Naema, susukan baby seperti biasa tanpa sebarang milk booster selagi tiada simptom sakit pinggang / ari-ari. Naema boleh mengambil supplemen kesihatan seperti vitamin atau makanan berkhasiat tinggi seperti kurma untuk menambah tenaga.
Makan yg natural sgt bagus. Kalsium boleh dapat dari sayuran hijau juga. Kurma pn sangat baik utk ibu hamil dan tenaga. 
Semoga boleh memberi manfaat kepada semua.

p/s: kak fae jangan terkejut :P

♥dengan penuh kasih sayang♥

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen supaya diri ini rasa lebih dihargai .. hehehe :) Terima kasih