May 14, 2011

Selamat Hari Sabtu & Selamat Hari Lahir

Selamat tiba hari sabtu.
Apa plan hari ni ye? rasa tenang sebab kelas dah abes.
Cuma debaran nak abeskan CCNA sajork.
Rasa ada satu report xsubmit lagi.Nanti takpe kot.hee..nasiblaaaaa

Plan harini...
Nak cari barang untuk sikecik..Tak sabarnyaaa
Pastu nak pi buat lawatan hormat dekat kedai perabot dulu.

Selamat Ulangtahun Kelahiran buat kesayangan saya... Nisa.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah

May 8, 2011

Emak saya jatuh pada hari ibu :(

Pagi tadi kakak di Bangi sms cakap dia p tengok kakak ipar yang nak operate.
Then dia bagitau kata mak jatuh.
Terus telefn mak kat kampung. RISAU...huhu..
Telefon tak angkat.
Tak pala..tunggu petang lepas anak buah balik sekolah....
Dah petang call anak buah.. Baru tau mak jatuh pagi tadi sebelum subuh.
Telefon abang kat Jitra.. Abang Long pun bukan jenis nak bagitau kalau jadi apa2 kat mak
Haih.. Seorang emak tak pernah nak menyusahkan hati anak2.
Tapi seorang anak.. bukan setakat menyusahkan hati emak..Kalau sakitkan hati seorang emak pun, seorang emak tu takkan bgatau punyala jika terasa atau apa.
Kalau boleh... sekarang juga saya nak balik pindah balik tinggal dengan mak.,jaga mak.
Harap tahun depan boleh la kot uruskan perpindahan lepas abes masters .Insyaallah.
Seorang emak, jika diajak pi duk rumah anak2 pun.Mesti susah.. Ingat cucu la..Ingat padi laa.. Even mak bukan pi bendang pun.. Hehe...

Sempena hari ibu ni, saya mengharapkan agar emak saya dipanjang usia dan diberi keberkatan usia untuk terus beribadah dan sentiasa sihat.
Bukan hari ni saja doakan emak, tiap2 hari kita perlu doa ibu bapa kita.
Haih.. Minggu lepas balik kampung, teringat Almarhum ayah sampai menangis,
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para syuhada :(
Siriyes menaip ni pun dah bergenang air mata :'(

Selamat Hari Ibu


Untuk mak,untuk mak mertua, untuk kawan-kawan semua.
Mari mengenang jasa dan pengorbanan ibu kita :)
Tahun ni jadi ibu dengan baby dalam kandungan.
Semoga dipermudahkan semuanya

May 5, 2011

Sedang berkursus untuk jadi instructor (kononnnnn)

Haiiiiiiiiiiiii
bersiaran langsung dari Poli Shah Alam
Hari ni baby bergerak dengan aktif.
Agaknya dia teruja masuk kelas while mama dia menahan mata mengantuk
sebab lenguh kaki drive 2jam setengah :D
sedang hadir kursus CCNA
lepas tu sabtu ni ada exam.lepas tu project lagi
sian baby mesti rasa tertekan jugak
lepas abes exam uitm balik ipoh balik sebab ada lagi satu kursus
so terpaksa skip kelas 4hari
waaaaaaaaaaaaaaaaa
takutnya tak lulus..dah la tak berapa mahir
harapkan keajaiban saja ni..
bukan senang nak jadi pendidik.. haih..
jalan ni yang dipilih..maka buat dengan seikhlas hati supaya pelajar senang paham
Ya ALLAH , mudahkan la segala urusanku
Berikanlah kekuatan kepada diriku :(

May 3, 2011

alhamdulillah


sudah nampak jalan.
semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah SWT...
:)

my nuffnang status has been changed to Glitterati

yeay...
akhirnya..setelah bertungkus lumus hantar email dan godek skrip..
status nuffnang saya sudah jadi Glitterati
Baru la boleh terjah innit

my nuffnang status has been changed to Glitterati

yeay...
akhirnya..setelah bertungkus lumus hantar email dan godek skrip..
status nuffnang saya sudah jadi Glitterati
Baru la boleh terjah innit