Jun 3, 2015

Pengalaman bersalin kali ke -4 -edited

Entry yang panjang
Next entry akan cerita pasal Pusat Rawatan Mahsuri,Jitra

Alhamdulillah
Khalifah kecil dah berusia sembilan hari
Nama diberi Muhammad Tasnif Zayyan-pengarang yang cantik.

Sedikit catatan pengalaman untuk kenangan mama masa depan.hihi
Setiap anak berbeza pengalamannya.

Selasa minggu lepas,26/5/2015 rutin checkup dengan Dr Rohana di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra. Genap 38minggu.
Pagi tu hantar kakak pergi pasti.
Dalam pukul 9lebih baru sampai Jitra.
Dalam 10lebih dapat masuk jumpa Dr Rohana. Scan, alhamdulillah kepala masih di bawah.dah masuk laluan.
Dr cek bukaan masih lagi 3cm sejak hari Sabtu. Then Dr suruh buat ctg.
Pergila buat ctg di labor room.
Contraction dah ada tapi tak kuat.
Dr tengok2 dia kata jantung mcm drop.
Jam tu jugak Dr suruh admit. Tapi minta nak admit petang sebab nak pi Sg. Petani. Dr cakap jgn lewat sangat nanti saya balik 😂
Maka pergilah kami bertiga ke sg petani. Mama abah dan abg thaqif.
Balik ke Jitra semula sampai di Pusat Rawatan Mahsuri jam 4.40
Sempat sembahyang asar dan hajat. Tak tau nape takut sangat.
Jam 5.05 masuk LR tukar baju.
Jam 5.15 nurse masukkan ubat berak.
Elok masuk je terus rasa nak beron 😷😷
Setel urusan tu jam 5.30 nurse masukkan pasang line untuk drip. Pasang ctg semua
Masukkan air. Elok masuk air je terus contraction graph nampak tinggi. Belum masuk pitocin lagi😂. Nurse check bukaan baru 4cm.
Jam 5.45 dr rohana datang pecahkan air ketuban
Kali ni xrasa air ketuban keluar banyak
Rasa macam keluar tak abes.
Dr rohana suruh masukkan pitocin or dh masuk sebelum pecah air ketuban,lupa dah. Lepas tu baru surges makin kerap.
Dia tanya nak epidural tak?
Cepat saya geleng kepala.tak pernah amek
Kalau tak tahan kita bagi entonox yg sedut atau masuk ikut drip.
Saya boleh tahan.dengan confident kawab
Lepas tu dgr dr pesan nanti lag sejam tambah lagi.2-3jam lagi bersalin la.
Dan dia pun keluar pi anta anak dia balik.
Tak lama lepas tu dh rs surges makin kiat.
Masa ni abah bawak abang p beli susu.dia pun bajet lambat lagi.
Dalam 5.45-6.00 mcm tu rasa nak kencing,nurse pun pasang paip.
Lepas tu mintak pakaikan stokin. Sejuk sangat.
Dalam hati if surges mai lagi nk mintak painkiller sebab tak tahan.
Lepas tu baru nurse cakap adik rasa dalit adik teran. 
Dalam pukul 6.00 dah rasa surges makin kuat. Cuba teran.
Lepas tu bagitau nurse saya sakit perut rasa nak pi toilet. Memangla baby dh nak keluar. Nurse jawab.mama tanya dah sampai ke, dia seluk dh rasa kepala dah.
Saya tak tahan dah ni
Dengar depa kalut2 panggil Dr Norhaida datang, masa dia duk pakai apron mama dah mula meneran. Masa dia duk pakai glove kepala baby dah keluar.
Dr norhaida cakap sabar sayang baby awak ni. Hahah mama yang tAk menyempat. Rasa macam sekali dua je teran. Sambil depa duk handle baby rasacam something keluar dari montot.
Sorry saya terberak
Tak penah2 teberak masa bersalin
Then depa cakap, awak berak anak la.mana ada tahi.hahaha gelabah mama
Sempat pegang tangan baby masa dr tunjuk once dia lahir.sambil doktor sbut sbil dia iqamat ke azan ntah.lupas jugak.
Lepas keluar uri baru rasa lega
Terus tanya banyak tak nak jahit

Doktor cakap tak kena jahit
Calar sikit je

Rupanya intact svd
Alhamdulillah. Perineum tak terkoyak langsung. Anak no 4 kot.

Mama rasa baby kuar awal lagi dr 610.tapi sebab masing2 sibuk xsempat tgk jam.haha

Alhamdulillah smooth kelahiran kali ni
Tanpa jahitan tanpa ubat tahan sakit dengan sedikit pitocin.
Memang ditakdirkan baby nak keluar hari selasa

Jam 6.30
Lepas doktor dah bersihkan baby dan setelkan mama
Baru abah tercongok depan LR dengan abang thaqif? 
Mau tak terkejut tak sempat teman mama kalini mai tengok adik baby dah siap duk dalam baby coat
Naik bilik baru azan semula.
Alhamdulillah sangat

4 comments:

  1. Tahniab sis...selamat berpantang..salam ukhwah jgk...
    ikhlas dr sya..
    kembaraperjalanan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam... boleh tau berapa kos bersalin ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.. exact amount tak ingat.. tapi 2k lebih sebab saya ada extra jab-rhogum

      Delete

Tinggalkan komen supaya diri ini rasa lebih dihargai .. hehehe :) Terima kasih