Sep 22, 2012

Pengalaman bersalinkan Thaqif-part 1

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Macamana nak mula tah..hehe.
Pengalaman bersalin kali ni rasa sangat indah sampai tak percaya thaqif dah menjengah dunia.
Berlaku dengan pantas rasanya.
Terpengaruh dengan pengalaman bersalin k.fae sampai sy wish to hv the experince like hers.
Alhamdulillah kali ni sakit tak lama dan rasa macam mudah. Wallahu'alam laa.
Okay..sudah part mukadimah..

7/9
Pagi jumaat ni ada makan2 kat opis..
Kemudian masuk kelas mcm biasa,sampai kul 10.
Kelas 10-12,sy bg latihan je dekat students.
Sebabnya kakak demam dan saya sendiri tak sihat. Selsema dan perut asek menegang.
Pi klinik,dapat MC terus pi amek kakak kat sekolah.
Kemudian rush pi hospital pantai,jumpa dr mimin,nk amek surat pengesahan sbb nk apply cuti uitm n cuti awal bersalin
Terus scan juga,baby ms ni dh 2.7kg. +- 350gm.
Tnya dr.mimin pasa braxton hicks n perut mngeras yakni ontraction, dia cakap normal.
Dr khaoruddin kat taqwa tadipun ckp normal.
Mas ajmpa dr.mimin,kema jagakan kakak.
Lepas tu p beli lunch n balik rumah..

(sambung semula,tadi kakak jaga dari tido)

Malam tu sambil tengok Zehra di tv3, duk prepare hospital bag.
Sebabnya ahad nanti nak pi shah alam, wedding zuma dan nak setel hal cuti di uitm.

8/9
Babah kerja.so berdua di rumah dengan kakak.
Nothing happen,but perut memang asek mengeras je.
Malamnya ajak babah pi Tesco, nak cari almari baju dorang dua beradik nanti.
Dekat pintu masuk tu, ada sorang makcik tu duk tengok saya sampai hilang dari mata.
Sebab masa jalan tu memang adik dalam perut ni duk mengeras. Saya asek pegang perut ja.

Balik rumah, babah pasang almari.
Saya kemas baju baju yang berlungguk.
Kemas baju untuk travel sekali.

9/9
Pagi bertolak ke shah alam, wedding zuma.
On the way tu, saya sms kak su, colleague kat ofis which dia due on 1/10.
Tanya dia pasal contraction mcm mana to be worried.
Kak su cakap kalau setengah jam sekali biar dulu.
Masa tu memeng contraction setengah jam sekali je.
Actually 2-3 hari sebelum ni pun memang setengah jam sekali.

Sampai tempat kenduri makan2,borak2.
Then pegi rumah kwn babah kat ttdi jaya.
Dekat pukul 7 baru pegi rumah abang dekat seksyen 19.
Mulanya malam tu nak bawak kakak pi tengok lampu kat icity,tapi dia sgt cranky malamtu, so tak jadi..

Malam ni la penderitaan bermulaaa..
Sekejap2 mengadu kat babah sakit perut.. Kerass sangatttt.
Tapi masa ni tak tengok pulak berapa minit sekali dia mengeras..
Masa mandi tu, temgok kat pantiliner cam ada discaj kale coklat sikit2.buat xtau saje.
Tdo cam biasa tapi tak berapa nyenyak sangat.
Subuh tu baru rs macam kepala baby dah turun bawah. Saya boleh rsperbezaann dia.
Ingat nak suro ank buah yang tengah buat housemanship kat hukm check kan perut. Tapi xsuro pun..

Bangun solat subuh, prepare baju nak pi uitm satgi..
♥dengan penuh kasih sayang♥

2 comments:

Tinggalkan komen supaya diri ini rasa lebih dihargai .. hehehe :) Terima kasih