Jan 21, 2014

Tak sabar, sedih, "neves"

Tak sabar sebab nak tunggu "yang jauh" ni sampai.

Elok post je entry ni. Tuptup dah sampai with good condition.
Alhamdulillah


Sedih sebab :
1) keyboard laptop ada rosak sikit
2) skrin ipad dah retak seribu di pepenjuru atas kiri

"Neves" sebab:
1) nak masuk kerja tempat baru dengan pelajar baru

Semua bercampur baur.
Yang paling tak sabar, nak setel urusan streamyx
Semangat nak buat "writing" tengah berkobar.
Nak kena cari jurnal baru dan failkan.
Semoga Allah permudahkan,
Semoga dapat pakai jubah 2lines tahun ni.
Semoga dapat sambung level satu lagi.

Dec 20, 2013

Setiap anak berbeza kelahirannya -- pengalaman bersalin kali ke3

Mengandung kali ni, masuk je 36w mama dah cuak.
Takut2 adik keluar awal macam abang.
Mengandung kali ni juga mama selalu solat sambil duduk.
Senak sangat perut.
Kali terakhir mama scan adik sebelum pi kursus di Perlis, masa tu 34w--
Kepala adik kat bawah. OK la
Sepanjang 2 minggu mama kursus, memang nampak sarat sangat.
Lepas tu ada beberapa kali mama asek angin je.
Abes kursus,mama masuk ofis baru seminggu.
Jumaat 30/11 mama balik Ipoh, jumpa dr mama, 
Scan,xnampak kepala kat bawah.
Rupanya adik berpusing. Tu yang dr terus pusingkan adik tu.
Sabtu
Ahad
Isnin - mama amek AL
Selasa --
Pagi tu, bawak Tok pergi Hospital Pantai Puteri,Ipoh. Cek telinga Tok.
mama ingat nak jumpa dengan Dr.Mimin, nak scan tengok kepala adik sambil amek MC.
Kehkeh
Tapi.. Dr Mimin ada kat labor room pulak.
Balik rumah dulu, pegi jumpa aunty Adah dekat PUO
Pukul 3 keluar semula.
Pergi shaklee.
Pergi Klinik Dr Raoofah dekat Silibin.

Lepas daftar apa semua. Mama tunggu jela.
Lepas tu pembantu doktor cam mama sebab dah datang.
Terus dr suruh buat CTG tanpa masuk jumpa dulu.
20 minit buat CTG, rupanya contraction dah kuat. Tapi mama biasa je.
Nurse cakap "2 in 10"
Dr Raoofah buat VE(cek bukaan), dia cakap dah 3-4 cm.
Dia suruh admit terus, hehe .. Memang induce lagi la kali ni.
Mama minta nak balik n janji nak datang jam 9
Nasib petang tu makcik dah sampai,
Boleh tolong jagakan abang dan kakak.
Pukul 10baru mama ngan abah kuar. Siap singgah makan dekat dengan klinik lagi
Masa tengah makan rs contraction yang kuat.
Pukul11 malam baru admit. Dalam wad,xsakit sangat pun.
Esoknya...

Lepas mandi dalam pukul9 macam tu, SN SALINA bawa masuk LR.
Lepas proses2 semua, masukkkan induce dalam drip apa semua.
Dr raoofah naik, dia cakap dalam pukul11 bersalin la ni
Mama cakap,ha pukul 11?lamanyaaaa.sebab mama takut sakit comtraction kuat.
Dalam masa tu,ada kot 2-3 kali Sn Salina tambahkan dos induce tu, pitocin kot ye. Kata k.fae
Contraction walaupun dah kerap rasa sakit gitu2 je.
Tak sama sakit dia macam mama bersalin kakak dulu.
Kali ni rasa sangat mild je. Alhamdulillah.
Tiapkali sakit datang, mama baca doa Nabi Yunus je dengan rabbi yassir ..
Dalam masa menunggu tu, air ketuban masih keluar.
Sangat banyak,patutla kali ni perut besar Ya ampunnnn.
Dalam pukul 1120 camtu kot. Mama panggil nurse yang leka berborak cakap nak terberak.
Sempat depa cek bukaan,masa tu dah 8cm dan air ketuban masih keluar.
Kemudia dr naik, terus teran,rasa ada benda dh kat bawah.
Alhamdulillah,sekali teran terus keluar. -- sebelum masuk LR mama sempat sapu VCO dekat perineum.
Semasa proses menunggu nak bersalin,minum air selusuh dan air zamzam.
Alhamdulillah dalm 3kali teran adik berjaya dilahirkan tepat jam 11.29pagi.
Luka mama pun tak banyak, 3jarum saje.

Mama dan abah percaya,ada hikmahnya walaupun kali ni kena induce.
Takde apa induce tu.
Mama sempat tanya pada Sn yang 30tahun berkhidmat di GH.
Goverment tak induce sebab tak cukup bed dan staff nak handle patient. 
Legaaa.takpe laaa.
Yang penting masa mama bersalin, ada makcik dan abang2 sepupu jaga dan layan abang dan kakak di rumah.

Alhamdulillah -- 
Harini precious no3 mama dah berusia 16hari

Dec 18, 2013

Nak update

Tapi malas.
Adoi.
Banyak benda tak sempat setel sebelum beranak haritu.
Rumah tak siap kemas.
Barang tak siap packing.
Urusan KWSP -- tadi gagah juga.haha
Urusan streamyx -- pindah talian telefon.

Terima kasih IPOH -- PUO untuk tiga tahun ini.
Dapat "precious"no 3 pada tahun ke 3 di Ipoh.
Genap 3 tahun jadi penjawat awam -- pendidik.
Balik semula ke kampung setelah 15tahun merantau.

Semoga masa yang ada,
Masa yang dipinjamkan oleh Allah dapat memberi bakti kepada mak, mak dan ayah suami (tak suka nak sebut mak mertua atau mak ayah suami sebenarnya).

Semoga Allah mudahkan semuanya
Semoga cepat dapat sesuaikan diri dengan suasana kerja baru
Semoga gigih siapkan MASTER IN COMPUTER NETWORKING

Dec 10, 2013

Precious no three


Sejam selepas dilahirkan
11.29pagi
3.42kg
Lelaki
O+
SVD
Permata Specialist (Klinik Dr.Raoofah), Silibin


Dec 2, 2013

Pengalaman melakukan ECV aka pusing bayi

Jumaat lepas adalah rutin checkup yang biasa.
Balik Ipoh dari kampung sebab dah aemk cuti dan memang berniat nak bersalin sini.

Dr Raoofah mulakan pemeriksaan mcm biasa,dia nak check kepala baby dekat bawah tapi xjumpa.
Buat scanning,tengok2 kaki duk bawah dan kepala duk atas.
Erti kata medical, dalam posisi breech. Breech yg mcm mana mama tak sempat perasan.

Dengan tenangny Dr Raofah cakap "saya nak pusing baby ni,sakit cakap ye"
Terasa baby berpusing tapi Alhamdulillah langsung tak rasa sakit.
Dengan izin Allah atas bantuan doktor yang pakar.
Mata mama masa tu tak yah cakap laa.dah bergenang risau baby terusan breech. 

Lepas wat ECV (external cephalic version) ,kena buat CTG, dalam 20minit ada 3kali contraction.
Dr nak wat VE tapi mama riso. Dr macam nak suro admit. Tapi dia ubah fikiran cakap if sakit terus datang.
Pemeriksaan seterusnya adalah Jumaat ni. Lamanyaaa rasa.
Hari ni mama rasa macam nak pi check kedudukan kepala baby.
Risaunya hanya Allah yang tahu.

Rupanya, ruang rahim yang luas membolehkan baby masih berpusing walaupun memasuki 37minngu.
Adik baby ni boleh tahan,dah 3kg .

Semoga Allah mudahkan urusan bersalin mama dan adik baby remain cephalic until his birth.

Nov 27, 2013

Mengisi Masa Lapang

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Datang ofis pun berhantar berambik
TQ mr hubby.
tak payah dah nak serabut dengan traffic lite yang banyak.hehehe
walaupun rasa macam sedikit jauh, setengah jam dah boleh sampai.

datang ofis pun takde buat apa sebabnya student belum masuk
dapat jadual pun tak boleh nak prepare apa sebab semuanya belum di email lagi

line internet pun tak berapa nak okay,
just datang amek feel nak kerja tempat baru.hahaha adoi

bila la adik baby nak bagi sign yang kuat ni
mama asek makan-sakit perut-berak dah ni..
jalan kadang2 dah rasa macam penguin
nak2 bila adik tengah mengeras. :D
semoga baik2 saja kamu kat dalam rahim mama.
tak sabar namun nebes tetap ada.

sekarang tanya kakak ada berapa adik
dia cakap 2.
mana?
satu akan tunjuk abang thaqif, satu lagi tunjuk perut mama
semoga anak2 mama dan abah membesar jadi anak2 yang bijak dan soleh solehah

♥dengan penuh kasih sayang♥

Nov 26, 2013

Bersiaran Kembali

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Lama kot xupdate
Dan masih belum bersalin ;)
Now bersiaran dari tempat kerja baru.. Kekeke
Contraction belum kuat sangat macam nak bersalin abang Thaqif dulu dan sekarang dah 36w 3-4d..
Hopefully sempat balik Ipoh; mama nak bersalin dengan Dr. Raoofah Mohamed Amir jugak :D

kiri : tempat keje lama kanan:tempat keja baru
persamaan: dedua hidung dah superkembangssss :P

♥dengan penuh kasih sayang♥