May 12, 2012

Kakak demam lagi

Baru cadang nak pi brekfas dgn bff bakal pengantin.tapi lil tisya demam pulak.naik rashes jugak.alhamdulillah bukan hand foot disease..beliau tgh tdo.babah requet nk makan tomyam harini..

May 11, 2012

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
 Kesayangan ini:hidung mancung,mata cekelat,rambut ada sikit perang
Cukup susah nak amek gambar.. *sigh*
 Kesayangan ini:subhanallah bulu mata lentik&panjang,hidung ikut babah
Kesayangan ini:nampak kan gynae saya;Dr.Raoofah tulis XY :) insyaallah Thaqif(tapi babah macam taknak jeeee)
♥dengan penuh kasih sayang♥

Menu Makan Malam Isteri Kurang Rajin :)

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Orang cakap, nak tawan hati suami kena tawan perut dia.hehehe
Sebab tu,penat macam mana pun, malas macam mana pun, saya tetap akan masak.
Melainkan takde barang untuk masak je..
Kesian dekat suami, kalau makan luar tak berapa puas, dengan kat luar selalu letak ajinomoto. we not like :D
Menu ringkas petang semalam; kurang dari sejam masa penyediaannya :
 gorengan malas
sup campak2.. eh campur
♥dengan penuh kasih sayang♥

May 10, 2012

EDD baru

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Insyaallah anak kedua dijadualkan lahir 1Oktober2012 ;)
Sempat raya puasa, cuma tak sempat raya haji..
Kira raya je..puasa ada 30hari tak ganti2 lagi..haih..
2minggu lagi dah rejab...pastu syaaban pastu ramadhan... fuhhhh
Tadi scan lagi, Insyaallah XY jugak..
Dr. Raoofah siap explain ni tangan, kaki, pastu penis dia.. tapi mama masih tak leh nampak..
Lepas tu tutup2 dengan tangan dia..comelll sangattt...Tak sabar nak jumpa kamu..
Sakit bersalinkan kakak pun masih belum lupa..
Tapi mama tetap eksaited mengandungkan kamu ..
Kali ni berat naik 2.5kg..maveles la ... mama memang dah berslera makan kalau kena gaya..
Macam biasa mama suka benda maniss... Harap nanti kamu pun manis :)

♥dengan penuh kasih sayang♥

May 9, 2012

wanita mengandung memang mudah kecil hati

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dear Kakak;
Harini mama terasa dengan babah
Tapi bila babah tanya mama tak jawab.Sebabnya mama dah sebak bila babah tanya pagi tadi.
Tapi babah tau mama kecik hati/marah..
Pagi tadi mama salam babah pun mama tak cakap apa-apa.selalu mama akan mintak maaf tiap2 pagi dan ucap terima kasih.Harini tak..
Tapi tadi mama dan babah dah mesej2..abesla balik rumah nanti babah mesti tanya lagi kenapa mama kecik hati..
Kadang2..mama cuma harap babah faham apa mama rasa dan nak..haih..
Susah dua dua bila jenis kurang cakap..

♥dengan penuh kasih sayang♥

May 5, 2012

cik lisa dan miss S

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Last week masa jalan-jalan di Giant Bercham,cane tah boleh borak dengan suami pasal nak tukar kereta.. Beliau respons pun macam serius setuju..
Kebetulan miss S pun ada tengah buat show kat sana.. Haih..
Tapi nak trade in lisa, sayang.... Rasa nak tukar ke gear auto je. lepas tu rasa nak cat baru. rasa nak tukar enjin mira..semua ada. Kalau buat lisa cantik2, Insyaallah tak tukar la  kereta baru..
Kalau kemaruk sangat ni... jadi je kot Miss S.. tapi nak tunggu balik perlis dulu la kot.

Miss S- Swift
Cik Lisa - Cute Little KELISA =P

pssst... kereta idaman suami isteri adalah Caldina dan E46... Insyaallah tunggu bisnes suami okay nanti... yeay...
Rumah kita kira lenn.. balik kampung menumpang mak dulu :P
Teman mak laaa
Semoga dipanjang usia mak dan diberi kesihatan yang baik...supaya saya berpeluang balas jasa mak.

♥dengan penuh kasih sayang♥

May 3, 2012

BFF saya...

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tadi nak taip entry lain..tapi lepas baca satu belog ni..rasa nak cerita pasal benda lain pulak...
Mula kenal dia dalam bulan Ogos tahun 2008..
Sebelum tu saya bekerja sebagai Penyelaras ICT dengan GITN anak syarikat TM. bersama-sama dengan Kak Nita dan Kak Fae.
Lepas tu..kononnya nak upgrade diri.Nak tambah skill programming...ceayyy.
Mohon la satu kursus ni.. Kena belajar di cosmopoint KL.
Saya memang jenis lone ranger.
Awal2 kelas, masuk duduk sebaris dengan Kak Su, Rose dan Fara.
Kawan saya yang sorang ni..duduk belakang sorang2 dengan sorang guy India ni..
Masa awal2 kelas, dia xcampur sangat dengan kitorang, Sebabnya unimate dia ke matrix mate dia tah pun undergo training yang sama.tp a batch earlier rasanya ..
Lepas kawan dia abes training. Saya pun tak perasan camne boleh mula rapat dengan nya..
Saya jenis yang susah nak approach orang, tapi once saya boleh get into sumone, bila dah serasi sure boleh rapat. me pun tak leh nak describe diri sendri..
Banyak kisah kami kongsi bersama.Dari dia frust, lepas tu flirting around.hee..Ingat lagi tak kena tinggal dengan chater mana tah dekat tepi jalan.Lepas tu pergi call dekat kedai makan apa semua tu? Heee.. 
Kemudian dia get in love with her matrix mate. the one who she admired if tak salah :)
Dah jodoh yang Allah tentukan, 3bulan lepas saya nikah, mereka pn di ijab kabulkan.. Paling saya terharu, masa saya bertunang bulan 3 2010, dia nak jugak2 datang rumah saya walaupun saya tak kasi sebab xmau susahkan dia. Datang sorang2 dengan bas yang kemudiannya saya pi jemput.hehe..
Rentetan perjalanan rumahtangga sesiapa pun pasti ada pasang surutnya..Hatta saya pun macam tu jugak..Masam muka dengan suami perkara biasa..Hehe
Saya bukan penasihat yang baik.Tapi saya rasa saya pembebel yang baik. 
Sekarang saya gembira tengok dia bahagia. Betul orang cakap, kehadiran anak pasti dapat memaut kembali 2hati yang kalau dulu selalu bermasam muka. Alhamdulillah.. Jarang dah bercerita pasal kisah duka.. Semoga kebahagiaan ini berkekalan sampai bila2.
Terasa hati,merajuk kecik hati masa mengandung tu perkara biasa.
Semoga dengan kehadiran si kecil akan lebih mengeratkan hubungan kalian. Insyaallah bila dah duduk sekali. jarang dah akan merajuk apa semua. :)
Saya curi gambar dia mengandung selai :P
BFF saya yang duk buat tanda peace tu ;)
♥dengan penuh kasih sayang♥