Jan 23, 2015

Subway Arau

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Dua tiga menjak ni duk teringin nak try subway,
Google2 tengok2 rupanya F&B premises yang franchise ni depends dekat premis tu utk apply sijil halal
Tak walk in lagi dekat subway arau...
Dekat website halal direktori takde lagi SUBWAY Arau.
Mungkin sebab baru buka dan website halal direktori tak update lagi

Jumpa review dari doctor blogger ni http://zouldahanblog.blogspot.com/2013/06/aku-gila-ke-subway.html


♥dengan penuh kasih sayang♥

Bila henfon di tangan anak #1

Jan 21, 2015

Kisah anak kedua


Mengandung
Melahirkan
Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan
Sekarang Allah uji bila dia pun dah jadi abang di usia setahun dua bulan
Sekarang dia ad jugak meragam
Macam biasa nak perhatian😁 
Tapi yang paling mama dengan abah senang adalah dia mudah sangat tidur
Harini bawak dia datang ofis






Jan 20, 2015

Bank Rakyat

Teruja dapat card holder bank rakyat masa pi buat kad baru tadi 😁

Jan 15, 2015

Rasa tak lengkap bila keluar tak cukup korum

Screen short conversation dengan suami
Harini cuti sebab tadi pi klinik
Now kat ofis sebab anta kakak pergi sekolah
Sementara dia dah okay nak pi sekolah
Kejap lagi nak keluar cari barang
Adik ada dengan pengasuh
Tiba tiba suami mesej tanya.
Selalunya mama yang berat hati if keluar tak bawak semua anak
Haritu pergi shah alam tinggal kakak dan abang tasa tak lengkap
Haih laaa
Ni nanti kena tanya if adik tak tidur angkut semua
Hahahaha
Walaupun jenuh nak kepung nanti
Kami tidak pernah bawak stroller even anak dah tiga
Tapi mama depa dah teringin nak belu babyzen yoyi bila adik baru nanti
Mihmihmih


Jan 9, 2015

Tak sabar

Tak sabar tunggu minggu depan
Tak sabar tunggu bulan dua
Mama dan abah sama sama tak sabar
Nanti baru"reveal"

😏

Mode:stress construct soalan exam😭😭

Jan 7, 2015

Tragedi

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Entry kedua 2015 dimulakan dengan penuh kesedihan. :'(




















Terjatuh di KFC dan kena jahit 5jarum





















Mama dan abah mintak maaf kakak :'(


♥dengan penuh kasih sayang♥



Jan 2, 2015

Bagaimana nak meneruskan penyusuan semasa mengandung

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tentu ada ibu-ibu mengandung yang masih menyusukan anak.
Dan sudah tentu tertanya-tanya adakah selamat untuk menyusukan semasa mengandung
Perlukah mengambil milkbooster untuk boost up kan susu badan?

Saya hampir nak mengambil milkbooster ..
Saya sempat berkonsultasi bersama Pn. Nur Zuain ; pengasasas pumponthego
Berikut merupakan jawapan dari Pn. Zuain

Bila kita pregnant memang susu kita akan drop/ berkurang secara semulajadi. Sebab bila kita mengandung hormon penghasilan susu akan menurun dan hormon wanita kita (estrogen&progesteron) akan meningkat.
Pengambilan sebarang pil/milk booster mungkin tidak dapat meningkatkan semula susu ibu sebab perubahan hormon ini dalam badan.
Penyusuan semasa hamil boleh diteruskan sebagai memenuhi keperluan psikologi anak. Jika anak dah berumur lebih dari 1 tahun, Naema boleh tambahkan pengambilan makanan lain sebagai sumber nutrisi anak.
Naema boleh terus menyusu selagi tiada rasa sakit pinggang, sakit di bahagian ari-ari atau sakit seperti contraction. Rangsangan pada puting susu ibu boleh menyebabkan pengecutan rahim. Jika Naema ada simptom seperti di atas, mungkin Naema mengalami contraction dan boleh merisikokan kandungan.
Saya tak galakkan pengambilan milk booster (terutamanya habbatussauda) semasa hamil sebab milk booster merangsang kelenjar susu. Bila kelenjar susu mula bekerja, dan ada stimulasi yg kerap pada puting susu, contraction boleh berlaku.Habbatussauda, kandungannya boleh merangsang pengecutan rahim. Ditambah pula dgn rangsangan hisapan bayi, ia boleh menyebabkan contraction.
Jadi cadangan sy utk Naema, susukan baby seperti biasa tanpa sebarang milk booster selagi tiada simptom sakit pinggang / ari-ari. Naema boleh mengambil supplemen kesihatan seperti vitamin atau makanan berkhasiat tinggi seperti kurma untuk menambah tenaga.
Makan yg natural sgt bagus. Kalsium boleh dapat dari sayuran hijau juga. Kurma pn sangat baik utk ibu hamil dan tenaga. 
Semoga boleh memberi manfaat kepada semua.

p/s: kak fae jangan terkejut :P

♥dengan penuh kasih sayang♥