Jul 31, 2012

Happy birthday to me

Genap setahun lagi usia.
Mungkin makin dekat dengan mati.
Terima kasih mak sebab melahirkan.
Baru rasa pahit manis bergelar seorang ibu.
Tarikh lahir berselang 2hari dengan kakak.
Kebetulan masa checkup kakak tahun lepas hari khamis. Jumaat bersalin.
Terfikir, kalau checkup hari sabtu, mesti lahir kakak esoknya iaitu 31Julai.
Boleh sambut sama2.hehe, boleh pulak pk mcm tu.
Allah dah tetapkan semuanya dari loh mahfuz lagi.

Alhamdulillah di atas kurniaan nikmat umur sehingga kini.
Moga dipanjangkan umur agar dapat memperbaiki amalan diri untuk dibawa bekalan ke kehidupan yang abadi.
Semoga dapat jadi bidadari suami di syurga nanti.

Sedih

Dear diary,

Sedih yang tak terucap :'(
Takpelaaaaaaa

Jul 29, 2012

Ulangtahun pertama

Alhamdulillah. 29/7 genap usia kakak setahun.
Tade apa yang istimewa untuk kakak hari ni.
Mama cuma masak bubur nasi+carrot+dorina
Kakak makan sampai abes harini. Seronok tengok
Tadi petang cuma bawak kakak beli baju kurung raya+kasut raya.
Dengan harapan raya ni kakak dah boleh tatih tatih
Mama tak sempat buat baju sedondon. Asek bertangguh jeee.
Raya tahun depan, insyaallah kita berempat akan sedondon.
Menginjak ke minggu nak cukupnya kakak 12 bulan,
Kakak boleh duduk dan berdiri sekaligus.
Sukanyela mama dan babah.
Lagi suka bila tanya kakak mana gigi.sengih kemainnnn.
Tapi sekarang pesen perak takmau kat orang.
Dah paham bila tanya mana adik baby. Puk pak puk pak tepuk perut.

Semoga nurul batrisyia membesar menjadi anak yang solehah menjadi penyejuk mata penawar hati mama&babh serta semua orang.
Mama salu marah bukan mama tak sayang.
Babah je jarang marah kakak.
Apapun mama babah sayang kakak sangat2.
Kenangan melahirkan kakak insyaallah takkan mama lupakan
O

Jul 27, 2012

29w & 12m4w

Hari ni genap adik baby 29w dalam rahim mama.
Sekarang baru mama rasa adik baby semakin aktif.
Berombak je perut. Kalau time mengajar lagi laaa. Kemain mengeras lagi dia.
Mesti wonder apela mama duk bebel2 ni, kaco je dia nak tido.

Esok 29/7 puteri sulung bakal turns into 1.
Tade plan nak wat bufday party kat skolah pun sebab bulan pose. Weee.
Maaf ye kakak.
Nanti mama pujuk babah. Teringin nak shoot kat studio. Hehe

Semoga anak2 mama&babah menjadi anak yang soleh dan solehah.
Lembut lidah menyebut kalam Allah serta menyenangkan hati semu pihak.
Mama&babah sayang kakak.
Mama&babah sabar tunggu adik baby keluar.
Moreless 10w lagi. Tapi mama rasa earlier than that.
Kakak lahir on her 38w.

Jul 26, 2012

Syukur Alhamdulillah

Haritu dengar ura-ura saje.
Semalam betul dah diumumkan.
Kakitangan kerajaan bakal dapat setengah bulan gaji.
Alhamdulillah boleh buat belanja raye. Boleh buat baju sedondon. Haha. Babah nak ke tak tak tau laa.
Yang pasti tahun depan punya raya pun dah siap berangan. Mama sedondon ngan kakak, babah sedondon ngan adik baby. Insyaallah.
Haa.yang keje swasta tu jangan duk jeles. Korang tiap2 tahun bonus kadang berbulan gaji. Hehehe
Gov servant merasa time raya sajork.

Ps: kema jum shopping. Hahaha

Jul 25, 2012

Wordless Wednesday

Pertama kali boleh berdiri sendiri pagi ni.
Tak sempat amek gambar

Aunty Kema, geram takkkk?

Jul 23, 2012

Upgrade android froyo ke gingerbread dekat samsung galaxy mini

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


 Dengan bangganya pada diri sendiri sebab berjaya upgrade dari android 2.2.1(froyo) ke 2.3.6(gingerbread) dengan bantuan dari website2 yang membina.
Lepas dah upgrade nak ubah font pulak. Favvy font for the time being is schoolbell.
Maka wujud la interface macam di atas.
Nanti kalau rajin baru blog pasal ni.
Lepas ni nak upgrade ke honeycomb pulak (android 3.x).. dah 2-3 kali cuba tak berhasil.
Maka biarla dulu

♥dengan penuh kasih sayang♥

Ramadhan 3, 1433h

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sudah masuk hari ke-3 berpuasa. Sepatutnya tarawikh pun dah masuk tarawikh ke-3.
Tapi sedihnya, belum buat satu pun lagi tarawikh. Nak pi surau dengan kakak memang tak la..
Beliau pukul8 sudah merap2 mau tido. Nak tido kena mama yang bobokkan.
Kalau babah yang bobokkan mama tak boleh duk dalam bilik.
Baru 2hari habiskan puasa, rasa flat sangat. Harap diberi kekuatan untuk penuhkan puasa kali ni sebabnye tahun lepas satu hari pun tak puasa :D
Nak ikutkan, kakak dah genap satu tahun hijrah=354 hari. Beliau lahir 28syaaban1432h.
Hari ni dah 3Ramadhan 1433h.

Ramadhan ke-3 bergelar suami isteri.
Rasanya ni Ramadhan yang agak sempurna untuk kami suami isteri
Ramadhan pertama=duduk asing2.suami sahur sendiri.Tapi time berbuka mesti p buka dengan suami.
Ramadhan kedua=duduk sekali, tapi saya berpantang di kampung. sendirian jugak dia uruskan makan minum. paling kesian time sahur.
Ramadhan kalini= alhamdulillah,kami juga sudah bertiga dan bakal berempat. Makan minum suami saya uruskan. cuma suami tak bagi masak sebab saya dah sarat.asek nampak penat je.
Walaupun seronok tengok bazar ramadhan, tapi... saya xberapa selera. lagi prefer masak.

Semoga Ramadhan kita pada kali ni lebih bertambah amalan dari hari2 biasa, supaya di lengkapi Taqwa jugak. Puasa bukan sekadar menahan lapar dahaga, malah menjaga diri dari melakukan maksiat dan dosa-dosa. Semoga amalan kali ni bertambah, semoga sempat juga bertemu Lailatul Qadar.
Selamat Menyambut Ramadhan 1433h.

♥dengan penuh kasih sayang♥

Jul 20, 2012

Browser free untuk iPad

Sayang mozilla takde. Untuk iPhone saja ada
Mercury& Dolphin

Jul 16, 2012

Seronoknya kalau dapat pi bercuti...

Tengah2 sarat ni pun terringin nak pi merata lagi..
Kagum dgn kwn baik sy dtg dr hutan melintang lagi on her 35w pregnancy..
Thanks nisa for coming...
Tengok iklan iBilik kat gmail ni buat rasa teruja.
Rasa nak Singapura pn ada. Dengan satu tmpt cantik kat Indon tu..
Mungkin boleh pi berempat tahun depan. Insyaallah..
Apakata buat kejutan dekat suamiiii? Heeee
Untuk ulangtahun ke-3 tahun depan
Buat masa ni,dapat pi honeymoon kat PD pun jadilaaaaa

Jul 13, 2012

Jadual

Terbaik sem ni, alhamdulillah, dapat subjek yg mintak dan minat.
Computer network, information security, computing essentials.
Subjek baru cuma information security

Jul 12, 2012

Checkup 7bulan

Alhamdulillah. Esok akan genap 28weeks.
Setiap Jumaat akan genap seminggu.
Sama mcm kakak dulu.
Lahir pun kebetulan Jumaat pagi.
Harap adik pun macam tu.
Kali ni jela nampak "ball" adik.. Hehe.
Esok dak kena mula kira pergerakan baby.
Berat mama 66.4kg je. Rasa ringan pulak kali ni.
Tadi nurse tego, nk bangun tdo kena ngiring dulu, laju je nk bangun tadi. Hehe
Lupaaa.sian adik baby.

Jul 11, 2012

Buah hatiii

Punyala suka tengok gamba sendiri.
Pandai betul.

Aunty kema dengan aunty nisa bila nak jumpa shaye lagiii

Keciwi lagi

Jenuhnya la godek dekat mana nak view photo gallery,
Padahal ada dekat bawah tu haaaa
Tu laaaa..orang ada dia pun nakk.. Ngeee
Kawan cakap "bukan dah ada ke yang gambar matahari"

Jul 10, 2012

Liveee dari gadjet baru =p

Using DraftCraftFree

buah ati baru ni dah defect sikit dah..huhu.mesti jatuh sikit ms cas mlm tu kat rumah mil..srrob... Dh rs xbape sonok dah..
Tak banyak benda lagi install. Sebab bila kema tanya" kenapa nak beli" pastu xdak jawapan.haha.. Bengong..dh la fulus pn xramai mana, beli pun buat 0% installment plan. Jimat sikit. Rs syg nk byr sedebuk ber k k tu.ngee

Plan hujung minggu ni: kemas baju kakak yg boleh diwarisi ke adik baby.
Suh en somi pasang blind
En somi nak buat re-piping bilik air duduk
Kemasssss rumah.(tak buat2 lagi berkurun dahhh)

iOs dengan android ai suka android kot.
Lepas ni nk usha smartphone lain lak..
Maafkan mama, babah. Weeee

Jul 5, 2012

aeon member day

Sakan la memborong ari ni.utk suami dan ank2 je.utk.diri.sndri.xde apa pn.serinoknyaaa tgk baju2 utk kakak.utk.adik kena sabar sbb xkuar lg.hehe.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Budak hampir setahun

Yang baru boleh maju ke depan/menyulur..
Cepat jalan kakak,mama xsabar nak beli kasut pre-walker yang kiut2.
Harap raya ni boleh jalan

Jul 3, 2012

Masih ada feel nak melawa di hari raya

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mengandung kali ni sangat suka kaler pink+merah..
Bila baca Pa&Ma ada pulak baju kurung hamil oleh mumdreams.
Tak pk panjang terus order.haha.dengan xbitau suami :P
Raya nanti insyaallah adik baby dah berusia 33 minggu dalam rahim mama.
Masa tu mesti besarnya perut. Muat ke x tak tahu laaa.aiyark..tawakal jela sebab dah beli
Kain pasang pun dah beli 2bulan yang lalu tapi masih tak pi tempah.
Nak buat dress atau baju kurung tah..
Ni bakal baju raya saya
 

♥dengan penuh kasih sayang♥

Jul 2, 2012

Testinggg

One two three

Okay..semak

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Gatai cari template baru.
Lepas tu nak edit ada error menda tah.
so biar la dulu dia semak.
datang opis xbuat apa.
Dokumen MQA xsiap lagi.
Dok berpoya.plus teringat anak.
Asek demam je manja mama sorang tu. haih

♥dengan penuh kasih sayang♥

Seronokknyaaa

Hi readers or passer by
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Its July nowww
Hari besday mama&kakak
Hari start puasa

Yang paling seronok Julai kali ni sebabnye babah dah buat re-piping dekat rumah sewa.
Kalau tak sebelum ni lahai air..nak basuh berak pun xleh.. Nak kena tarik paip dari sinki
Rumah lama pakai paip besi of kos la dah berkarat..Geli geleman tengok paip tu.
Sekarang nak mandi, nak masak, nak basuh baju sangat seronok.Sebab tak yah berebut2.
Dah tak hangin dah ngan babah.,hahaha.
Cumanya babah belum pasang blind window yang dah berbulan beli tu.. Tunggu nak kena bebel lagi baru dia nak pasang. Haha..sorry sayang, Sekarang dah tau kan mama camne.. Sila redha dan pasrah :D

Dan yang paling tambah seronok, tiap2 bulan akan balik kampung.
Kali ni mesti cari harumanis+pulut dengan pasemboq masjid kodiang..
Babah dah janji jika sempat nak pergi Padang Besar ;)
Pregnant kali ni mama asek minum air gas je. Maaf ye adik baby..
Paling heaven minum mountain dew+rootbeer anw. Konon sebab rasa gas sorang :D ..hahha
Semoga adik baby sentiasa dilindungi Allah SWT.

♥dengan penuh kasih sayang♥