Oct 27, 2011

Pemeriksaan Lepas Bersalin dan PAP Smear

Alhamdulillah..baru saja pulang dari Ar-Ridzuan dengan sikenit.
Lepas tu merayap ke Tesco cari sabun mandi dan vicks untuk Batrisyia.
Dr Raoofah pesan selepas habis nifas datang untuk buat pemeriksaan pap smear

Masuk je bilik rawatan, macam biasa Dr Raoofah akan bersalaman dan tanya khabar.
Saya beritau tulang dekat faraj tu masih sakit dan lengunh kadang2.
Dia tanya bila nak buat pap smear.
Automatik saya tanya sakit tak
Kemudia doktor balas. sakit beranak awak boleh tahan, sakit ni lagi la.sikit je.
Hehe...Rasa risau lak..
Dia suruh baring buka semua
Then dia masukkan alat plastik dalam rahim.
Tak la sakit pun banding dengan kontraksi bersalin. Sakit bersalin adalah sakit yang suatu nikmat dimana boleh rasa nikmat bersalin,Sakit yang dihapuskan dosa oleh Allah.Nanti saya cari nas yang menyatakan demikian.

Sebenarnya prosedur pap smear sekejap sangat
Neves takdan nak hilang rupanya dah siap.Sekejap sangat.
Diambil sample pangkal rahim kita untuk diuji.
Insyaallah dalam 2minggu lagi baru tahu keputusan.
Mudah mudahan takde apa2

Bercakap pasal perancangan keluarga.
"Sebenarnya, if menyusu badan sepenuhnya, tak beri baby air atau apa2 selain susu ibu, merupakan salah satu perancangan keluarga. dengan syarat tak datang haid lagi"
Saya adalah gagal tang tak datang haid tu.hahaha
Sebabnya batrisyia 2bulan 2minggu saya dah datang haid.
Kemudian doktor tnaya nak guna kaedah perancang keluarga apa.Suntikan ke implan ke.
Atau suami pakai "Stokin" ke..hehehe..
Suami saya tak mau semua perkara di atas. Jadi pandai2 beliau la..hahaha
Allah knows the very best for us. Semoga semuanya baik2 sahaja,

Kesimpulannya dekat sini.. PAP Smear adalah tidak sakit
Dinasihatkan untuk yang dah beranak.Yang dah kawin.dan yang sexually active. hehehe
-Sekian-
Photobucket

Oct 25, 2011

Alhamdulillah..

Ambil kali pertama gagal.
Tengah cuti bersalin, ketua jabatan telefon suruh datang kursus 4hari dan ambil exam.
Sebabnye ada ramai yang tak datang, jadi rugi yuran yang dibayar. Dekat RM900 untuk ambil exam.
Alhamdulillah seramai 20orang yang ambil, semua lulus.
Yang lain tu lulus tak kisah la..sebabnya mereka hanya renew sijil sahaja'
Saya ni nasib baik saja.
Nak fokus adalah gambar masa bulan 5 dan gambar Jumaat lepas.
Sangat berbeza.
Jadi bahan untuk suami gelakkan saya, terutamanya tang hidung.hahaha
Bukan nak salahkan masa mengandung.tapi masa mengandung la semua kembang semangkuk.hehe,,
Photobucket

Oct 22, 2011

terharu dengan pengorbanan suami

harini suami patut keje.
dia demam batuk selsema.
dapat mc tapi tetap memandu untuk saya ke kelas.
untuk beberapa bulan ni dia akan mc atau amek cuti pada setiap sabtu yang dia perlu kerja.
saya sayang kamu,suami
Published with Blogger-droid v1.7.4

Oct 20, 2011

hari ketiga nurul batrisyia dengan opah

alhamdulillah.harini dah hari ketiga batrisyia tinggal dengan pengasuh.opah sebelah rumah jek.ebm yang dibekalkan pun dalam 2hari ni habis.tapi kuantiti semua tu berbeza.paling banyak pun 4oz.sebelum ni hasil xmeriah..nampaknya batrisyia demand agak tinggi.harap hasil pengeluaran pun meriah.alhamdulillah semalam pump tiga kali semua 5oz.nak ikut tu boleh dapat lagi.tapi kekangan masa tengah training untuk exam esok.nak nangis rsnya..batrisyia sudah mau minum dari botol.tapi ikut suka dia je bila dia nak hisap bila dia nak jijitjijit teats tu..tapi tapelah.asalkan dia minum jugak.cuma kasian dekat opah dia la nak hndle.batrisyia anak yang baik dan bijak.alhamdulillah.
psst..baru beli botol NUK wide.harap dia selesa sebab teats dia latex.haih...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Oct 14, 2011

Ikan Masak Asam

Ini menu mak saya masak masa saya dalam pantang haritu.sedap.sebab saya tak berapa suka makan ikan selain ikan kembung. tadi saja google resipi ini. sumber dari sini.
untuk resipi ni saya dah ubah sedikit ikut kesukaan saya :)


Bahan-bahan ( 2@3 org )
  • 2 ekor ikan kembung (bersihkan lumur kunyit dan goreng)
  • *1 biji bawang besar hiris bulat
  • *2 ulas bawang putih dihiris
  • *3 biji cili padi belah 2
  • *1 cili merah dihiris
  • *1 st halba dan daun kari
  • garam,gula
  • 1 cwn air asam jawa
Cara-cara
  1. Gunakan 2@3 sb minyak dari goreng ikan tadi utk menumis bahan bertanda * hingga naik bau dan bawang layu sikit
  2. masukkan air asam jawa.kacau rata dan tunggu mendidih.biar pekat
  3. masukkan garam.gula secukup rasa.kemudian bolehlah dimasukkan ikan tadi..
  4. Sedia untuk dihidang.Sedap dimakan dengan nasi panas


Photobucket

quote


Photobucket

Oct 13, 2011

Dah ada anak asek nak cerita pasal anak le pulak eh

harini puteri kecil kami berusia 2bulan 2minggu..sehingga hari ini..dia dah boleh macam2
memanggil2 mama dan babah dengan bahasa dia sendiri
kalau dia tinggal sensorang dia akan panggil2 dengan bunyi dia
kalau mandi air sejuk masih lagi menjerit
kalau mandi air suam siap nak berenang renang lagi dalam bekas mandi dia
masih tak mahu minum susu dari botol (padahal kurang dari 10kali ajar) harap keajaiban je nanti
betis paha sudah montok..geram mama
petang2 mau tidur atas dada sampai nyenyak then baru pindah tempat dia
apa lagi eh..
dah boleh senyum lebar bila diagah
pandai pusing kepala kalau mama dan babah keluar bilik tinggal dia sorang2
betulla..anak adalah anugerah terindah dan pemurah rezeki

p/s..cikP mengunjung pada hari ke 74 usia Batrisyia..aiyark...
Photobucket

Oct 12, 2011

Wordless Wednesday


She really made my day...Everyday..
Mama&Babah love u sayang
Published with Blogger-droid v1.7.4

Oct 11, 2011

batrisyia yang manja

Petang2 mesti nak tdo macam ni..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Gembiranya hari ni

Buat pertama kalinya, pump susu dan dapat 5oz hanya dalam masa kurang dari setengah jam.
Alhamdulillah, murah rezeki Batrisyia,,walaupun dia masih reject botol.
Sebenarnya saya mengharapkan bila dia bersama BS nanti, dia mau,
Dengan saya dia reject mungkin dia fikir, yang ori ada asal kena bagi plastik..
Betapa besarnya kuasa Allah tu eh.kecik2 pun dah cerdik,
Baru2 lahir pun dah kenal mama dia.. Seronoknya teringat masa baru lahirkan batrisyia.
Kadang2 sampai saat ni pun macam tak percaya dia dah2bulan lebih,
Hari2 pipi dia kena gomol.Sayang sangat.
Babah dia pergi kerja pun tak sabar nak balik rumah..
Photobucket

Oct 6, 2011

Susu Ibu Susu Terbaik

Sejak ada dari mengandung lagi saya bertekad untuk beri susu badan sepenuhnya dekat baby saya,
Sekarang, pada usia baby 2bulan 1minggu, batrisyia diberi susu ibu secara ekslusif.
Cuma sekarang saya sedang ajar dia untuk menyusu dari botol. Sedihnya dia tak mau lagi.
Sedikit tertekan sebab saya adalah part-time student.Last week sejam sekali saya keluar kelas.Kelas sem ni agak rigid sebab kena present dan kena belajar java yang saya tak tahu, Kelas java ada exam.kelas yang takde exam lagi membunuh sebenarnya.

Sekarang saya ambil supplement dari shaklee.Nanti saya update mengenainya,
Baru beli botol NUK untuk batrisyia.Nanti nak minta babah dia susukan dia.
Mungkin aura ibu lagi kuat.Dia nak yang asli jugak,
Photobucket

Oct 5, 2011

puding jagung roti


Dari semalam duk cari resipi puding ni.dengan rasa nak makan agar2.ni buat cara campak2 saja.tadak sukatan pun.ikut sedap rasa.xdan nak sejuk dh abes separuh.
Bahan-bahannya:
Roti 2keping
Serbuk agar2
Susu cair
Susu pekat
Gula
Pes jagung
Air

Cara-caranya:
Didihkan air dlm 300ml.
Masukkan serbuk agar2 dan gula.

Roti direndam dalam susu cair dan dikisar.

Masukkan roti yg dikisar ke dalam periuk.masukkan sedikit susu pekat
Kacau hingga sedikit menggelegak.
Tuang ke dalam bekas.
Sejukkn seketika sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.
Published with Blogger-droid v1.7.4