Jul 28, 2011

baby adalah hendak keluar sudaa

Tadi pergi checkup macam biasa di Ar-Ridzuan.
Berat mama adalah naik 1kg. Maveless.
Pergi tadi dengan bunda tercinta
Prosedur biasa timbang berat,cek air kencing
Kemudian masuk jumpa doktor,dia cek denyut jantung baby
Saya tanya pasal uri semua,Alhamdulillah kepala dekat bawah dan tade apa2 halang kepala baby
Kemudian dia seluk..
Dah bukak 3cm,naematul nak bersalin bila?
saya jawap,,saya ingat kena tunggu air ketuban pecah.
Hahahahaha..gelakkan diri sendri
Rupanya bby mengeras tu adalah contraction, tapi saya tak sakit.
Haih..bby ni bikin mama cuak saja

Nanti di update kemudian
Nak bersiap ke hospital
Insyaallah malam ni atau pagi esok si kecil akan menjengah dunia
Doakan kami ya

Photobucket

Jul 22, 2011

Cuti Sakit

Semalam pemeriksaan dengan Dr. Raoofah, doc tanya perlu MC ke time slip ke?
Saya cakap..takpe doctor,saya ada time out.padahal nak drive nak angkat kaki pun tak larat
Maka harini saya pergi Poliklinik Taqwa diperiksa oleh Dr Khairuddin Bin Dato' Abdul Malik
Apa yang saya suka pasal klinik ini, dia adalah sangat islamik
Baru harini tergerak hati nak google pasal beliau.
Rupaya beliau adalah YDP Pas kawasan Tambun..
Patutla tadi beliau nasihat saya baca doa mudah bersalin banyak2.Amalkan surah yusuf segala
Siap bacakan ayat 78-80 surah An.Nahl.. Terus balik rumah saya googlekan ayat2 tersebut.
Ayat 78 yang membawa maksud :
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Dia risau sebab baby saya besar.takut nanti luka bersalin adalah besar.
Beliau dan Dr. Raoofah semalam pun jangka sikecil akan keluar dalam 2minggu lagi..
Semoga saya dapat bersalindengan normal.

Minggu depan pensyarah yang akan ganti kelas saya akan masuk.
Mungkin boleh terus handover kelas.Saya dah tak larat naik tangga.
Mula2 dulu ingat nk cuti bila deliver saja.tapi sekarang saya rasa tak mampu
Mungkin ambil cuti awal seminggu dari tarikh jangka bersalin.

Photobucket

Membawa satu nyawa di dalam rahim

Membuatkan aku terfikir, keagungan kuasa Allah SWT
Bagaimana ruang yang sempit boleh dilaraskan untuk menempatkan satu lagi jasad.
Kadang-kadang bukan hanya satu. Malah ada yang sampai lima enam
Masyaallah..
Dengan perut yang membesar ke depan
Membawa zuriat ,terasa nikmat dan pengalaman yang tak ternilai
Merasai kesakitan saat zuriat sedang mengambil masa untuk keluar melihat dunia.
Ya Alllah, mudahkan urusan kelahiran anakku.
Semoga aku dapat melahirkan secara normal
Photobucket

Jul 21, 2011

Pemeriksaan ketujuh di minggu ke tiga puluh tujuh

Harini pemeriksaan ke-7 ...
Alhamdulillah.berat naek 400gm saja.Risau pulak naek banyak2.
Kang ada kencing manis pulak.
Baby sekarang dalam 3.3kg.. ada masa lagi ni untuk dia menambah berat
Fuh... harapnya senangla kamu keluar dengan normal  nanti
Doktor anggar dalam 2minggu lagi baru bby nak keluar
Dia sedang berusaha untuk masuk ke laluan :D
Tak sabarnyaaa..
Tadi masa buat imbasan, beliau tutup muka dengan tangan.. Malu ke sayang? :D
Photobucket

Jul 19, 2011

Saya semakin suka kerja saya dan harini saya sangat sibuk sampai terlupa makan

Oh,dimulakan dengan tajuk yang panjang =P

Hari ini hari yang sangat sibuk
Kelas mula pukul 8-10.
Pukul 10-11 ada mesyuarat
Pukul 1230 ada kelas smpai 130
Pukul 230 - 330 ada mesyuarat gubal soalan akhir
Sampai hari ini saya terlupa yang saya tak makan nasik
Hanya makan 2ketul kuih.sekeping pizza domino :Nyummy.. Cendol+Milo Ais
Maafkan mama sayang.. tapi kamu baik je harini..

Saya semakin suka menjadi pendidik.
Alhamdulillah, yang penting ikhlaskan hati.
Mungkin jugak sebab saya dapat subjek "Computer Network"
Banyak boleh kongsi dengan pelajar
Mungkin jugak sebab berkat ; akhirnya impian Almarhum ayah terlaksana
Ayah mahu saya jadi ustazah, tapi tak tercapai
Tapi sekurangnya saya menjadi pendidik.
Pendidik dan Pensyarah sesuatu yang berbeza biarpun dari mata kasar dan pemahaman nampak sama.
Bak kata bos saya, pendidik akan lebih mengenali pelajar. Mungkin sebab kami mendidik pelajar yang kita tak boleh nak anggap mereka semua sekali beritahu terus paham


Photobucket

Jul 17, 2011

Agaknya orang yang mengandung memang murah rezeki kan?

Setiap kali beroleh sesuatu semasa mengandung, mesti ramai akan cakap
"Alhamdulillah, rezeki anak"

Perkara pertama berlaku yang selepas mengandung,
Encik suami dapat kerja walaupun biasa2 saja.
Emak sendiri cakap "Alhamdulillah rezeki baby"

Setiap kali beli goreng pisang ke apa..mesti peniaga akan beri lebih.
Haritu..saya tengok saja cucur jagung pedas sementara tunggu dia goreng pisang,
Akak tu cakap " Amekla nak rasa"
Dia nampak saya macam teringin kot.. Hehe.Tak la teringin sebenarnya,cuma duk pk kalu beli mesti tak abes,Kesayangan saya keutamaan dia nasik saje..hee

Ni cerita petang tadi.Masa pergi Teluk Batik
Saya beli air kelapa.Mintak kakak tu campur ubi&pisang goreng RM1.
Sebab saya&baby saja yg makan,
Sekali dia bagi... Banyakkknyaaaaaaaaaaaaaaa... Macam RM2 RM3 camtu,,,
Semoga Allah murahkan rezeki mereka2 yang tak kedekut berniaga.

Hari ni dah 36minggu & 3hari..
Tak sabar tunggu baby,
Tiap2 malam mesti saja2 buat macam push2...
Nanti mesti dia gerak2..
Baba dia cakap apa "mama ni, orang nak tido la"
Hehe..comell...
I love You till death, Husband.
Thanks Allah for sending me this wonderful husband..
Seorang yang sangat penyabar dalam melayani perangai isterinya :)

Photobucket

Jul 16, 2011

Patutla mama asek lapar jeee

Your baby is gaining about an ounce a day.
Lepas makan pun masih lapar.
Tapi kadang2 selera makan takde sangat.
Haih..bila kamu nak  jumpa mama&baba ni
Photobucket

Jul 15, 2011

Anak Baba & Mama dah 36minggu dalam rahim mama

Dear baby,

Harini kamu dah 36minggu dalam rahim mama..Mengikut perkiraan doctor la kan.
Perut mama pun dah semakin menurun.
Kamu pun dah asek mengeras tak kira masa.
Mama tak dapat bayang bila kamu nak keluar.

Tok pun tak datang lagi.Hanya Mama&Baba saja.

Mama tau Baba neves.tapi dia menten cool.Besela baba.bukan nak cerita apa dia rasa.

Tapikan.. sekarang mama asek nak makan benda manis sahaja
Ni tengah hari mama nak pi cari kek dekat resipi rasia.
Haritu dah makan.
Ni kamu ke mama yang 'hi-taste' ni.
Mama bagitau baba anak dia hi-taste.
Tapi baba cakap mama yang nak makan.Hehe
Okay..Mama yang nak makan.Kamu rasa sikit eh ;)Photobucket

Jul 13, 2011

Dialog Isteri Malas Masak

Isteri:Abg.nk mkn apa mlm ni?
Suami:Kanji?bole dak?
Isteri:Boleh.abg xjemu ka?
Suami:Xjemu.tp kot nk mkn nsk,bli syur,sadin,cabai
Isteri:Orite..hr ni psr mlm.naema bli syur kat psr je eh.
Suami:Eh.psr mlm?bli 2k esk.mlm ni naema bli ja
Isteri:Mkn mlm ni bli ja?nk mcm biasa ka?nk snggh terus ka p ngn abg?
Suami:Larat dak jln sorg?Xlrt blk dlu.p skali
Isteri:Larat tu larat.tp nt mesti byk pastik nk kendong.klu nk blk dlu blh?
Suami:Blk dlu lah.pakig lisa kt dlm
Isteri:Baeklah.luv u
Suami:Luv u.muah2

ps...adat berumah tangga biasa la bermasam muka kan.
agaknya time mengandung ni memang terlebih emo.
maaf mama ye sayang.jangan la kamu ikut perangai mama.
nanti kalau kamu muncung mesti baba cakap ikut mama sebab mama suka merajuk.marah.
Photobucket

Wordless Wednesday#3

Dua dua kembang
Dua dua gemuk
hahaha










Photobucket

Jul 12, 2011

Hari ni saya buat salah dengan suami

Pagi tadi dua2 orang kecik hati.
Kalau saya kecik hati.saya berterus terang
Kalau suami.. saya kena paham beliau..susahnya.
Maka hari ini saya rasa tak seronok
Sebab saya rasa bersalah
Sebab hari ni tak cium tangan suami :(
Photobucket

Jul 11, 2011

Hari Pertama Puasa Hari Pertama Kelas

Assalamualaikum semua....cewah..

sekarang baru terhegeh2 nak ganti puasa.
haritu duk ingat macam tak larat..tapi rasanya sebab malas kot.
haih..tak baek betul
bila puasa ni.tak la rasa lapar.cuma tekak je kering.
masa student tadak tamau nak puasa.aiyaaa..
tak baik betul
nanti dengan fidyah pun kena bayar.konpem la tak sempat nak ganti puasa..
baby duk bebaik eh..hope kamu xlapar harini..haih..

hari ni sesi perkuliahan pun sudah bermula
dapat subjek FP303-Computer Network
Subjek baru.. tapi okay la.. dari kena mengajar Fundamentals of OS..hiks
I prefer opensource lagi kot. dari fundamentals os
lagi 2subjek adalah projek final&projek analisa.
jadi penyelia lagi.. haih..apola nasib den ..hiks
bersabar untuk kurang lebih 4-5minggu
tapi tetap kena beri yang terbaik utk pelajar
takkan nak lepaskan batuk di tangga je kan..
tapi nasib la untuk computer network kena mengajar lepasan sijil.sekurangnya mereka dah ada asas

all the best naematun ;)Photobucket

Jul 9, 2011

Transformers 3:Dark Of The Moon

Dekat Ipoh ni ingatkan hanya ada 2port untuk menonton wayang saja : Jusco&Ipoh Parade
Sekali officemate beritau ada lagi satu:Lotus Cinema dekat BangunanSeri Kinta.
Orang pun tak berapa ramai, sebab dia tayang cerita box office sajork+cerita tamil =D
Maka semalam saya dan enF dan sikecik dalam perut pi round2kot situ dan terus beli tiket.
Malas nak review pasal transformers 3 tu...
Cuma nak beritau, baby dalam perut memang tak duduk diam masa dalam cinema.
Agaknya bising kot.. Asektendang2 dan menegang saja perut.
Mama dan Baba p mana la ni,,
Selalu pukul8 mama dah landing, selesa sikit dia nak tolak2.. hikhik

Erk: 34days to go :)

Photobucket

Jul 7, 2011

Signature Baru

Testing signature Baru..
Macam susah & tak best saja

Photobucket

Jul 5, 2011

Pemeriksaan ke-3 diAr-Ridzuan

Hari ni merupakan temujanji ke-3 dengan Dr.Raoofah di Ar-Ridzuan.
Cuma dengar ultrabunyi degupan jantung baby saja.
Alhamdulillah.. baby baik2 sahaja.
Walaupun Ahad lepas dia kurang gerak.
Sekarang dia dh makin menekan rahim&pundi kencing.
Asek sakit saja dekat bahagian bawah tuh.
Tapi doktor cakap dia belum masuk lagi ruang nak keluar tu.
Malam2 toksah cerita la.nak pusing pun kena kejut suami tolong gerakkan badan.
Nak tidur mengiring si kecik ni asek tolak2 belah kanan saja.
Kalau mengiring ke kiri diam pulak dia.
Tapi seronok.. Kalau terjaga ja mesti dia tengah mengeras ataupun tengah ketuk2 perut.. Comel..
Tak sabar tunggu dia keluar.
Kurang lebih 2-3minggu untuk matang.
5minggu lagi dari tarikh jangkaan..

Doakan saya dan si kecik ya :)

Jul 4, 2011

8# Sudah siapkan minyak selusuh :)

Dear baby,

Mama tunggu kamu kurang lebih 4-6minggu lagi.
Cuma tinggal 39hari lagi..
Sekarang dah masuk minggu ke-35..
semalam kamu kurang bergerak sampai buat mama&baba risau.
Agaknya kamu penat sebab mama angkut set cawan dari Langkawi.
Masa pergi Langkawi kamu behave well. ;)
Tok dah siapkan tilam kekabu untuk kamu.
Mama dan baba baru nak pi cari.Sekarang dah tak perlu beli lagi la
Sekarang mama dah sakit2 kat pintu kamu nak keluar tu.
Duduk lama je mesti sakit.
Mungkin kamu dah semakin ke bawah.
Esok mama ada appointment dengan doktor.Mama tanya pasal kondisi kamu ya..
Mama tak sabar tapi mama juga neves..
Mama harap semuanya dipermudahkan Allah..
Semoga kita dilindungi Allah SWT..
Nanti mesti mama sangat merindui saat kamu dalam rahim mama.
Kamu yang selalu gerak2 dan buat mama terkejut..
Semoga kita sekeluarga dalam rahmat Allah.
Semoga baba kamu dapat pindah tempat kerja dekat sikit.